Isnin, 31 Ogos 2009

hati ini..


aku xtau nape mlm ne hati ini rasa begitu sunyi, pilu dan rasa keseorangan.. sedih bila kufikirkan aku ditinggalkan sendirian di sini.. beginikah selamanya hati ini.. kawan yang datang hanya sementara, hanya ada semasa mereka memerlukan aku.. apa kah lagi salahku di mata kawan-kawan hinggakan akhirnya aku bersendiri lagi.. aku ingin gembira, ceria selalu seperti org lain.. tidak layakkah aku untk mendaptkan semua tu.. aku tidak meminta banyak pun.. aku hanya inginkan secebis kasih sayang di hati para pembaca.. ingin rasanya ku menangis tapi air mata ini tidak ingin kuar.. katanya aku kena cekal menghadapi hidup ini.. aku mampu tempuhi semua ini tapi aku dah penat berkorban untuk mendaptkan kasih syg.. dr kecil hingga kini. aku rela jadi masa marah org lain asalkan lps tu aku dpt kasih syg w/pn sementra... aku jadi lemah semula.. entah sampai bila aku akana begini.. aku rasa tidak berdaya utk meneruskan semua ini tapi aku kena teruskan sehingga ke akhir hayatku.. pasti aku akan temui apa yg aku impikan, pujuk hati kecilku. mampukah aku menipu hati diri sendiri? entah aaa.. aku pn xtau..

Selasa, 18 Ogos 2009

pengalaman suatu pengajaran..

dah lama aku xmencegah blog ku ini.. rindu rasanya.. maklumlah sibuk dengan tugas-tugas harian. adkalanya gembira, adakalanya berduka, itulah lumrah kehidupan ini.. aku tidak layak berkata-kata seolah-olah aku beroleh kebahagiaan sedangkan kebahagiaan itu jauh dr ku.. tidak mungkin mampu aku gapai setelah apa yang berlaku baru-baru ini.. semuanya berpunca dari silapku.. aku yang bertindak tanpa memikirkan perasaan org di sekelilingku.. itulah padahnya.. padan ngan muka aku.. dengan itu akan bermula episod baru dlm hidupku.. ku rasakan diri ini tidak tahu menghargai dan dihargai.. biar lah.. aku xblh salahkan orang lain, yang perlu disalahkan adalah diriku sendiri kerana tidak tahu membawa diri.. tidak menghargai apa yang ada.. silapku sendiri.. biar la walaupun payah akan ku cuba cekalkan hati.. adakalanya di saaat fikiran ku tidak waras aku ingin pergi jauh dari dunia ini kerana aku fikirkan aku tidak diperlukan lagi di sini.. hanya menyemakan mata dan merosakkan keindahan alam yang ada.. mungkin betul agaknya dengan ketiadaan ku semua orang akan gembira dan bahagia.. biar aku yg rasa sakitnya asalkan orang lain bahagia.. aku hanya menumpang di sudut tepi dunia ini, yang dipandang hina .. hanya ada bila diperlukan tiada bila tidak diperlukan.. mungkin semuanya telah tersurat untukku.. aku kena terima semua ini.. semua ini mengajar aku supaya tidak mudah memberi kepercayaan pada org lain.. begitu sukar ku bina tembok kepercayaan itu, begitu mudah ianya dirobohkn.. apa erti sayang jika tiada kepercayaan? entah la aku tidak layak untuk berbicara tentang syang kerana aku tidak tahu menunjukkan rasa sayang itu sehinggakan menimbulkan salah faham.. biarkn lah aku sendiri dan terus bersendiri kerana bila bersendiri xkn menyakitkan hati sesiapa lagi.. klu sakit pn sendiri yang tanggung tidak menyusahkan orang lain.. lama-kelamaan aku akan hilang di telan zaman, di mamah usia.. ku tidak tahu apa yang kan jadi nanti.. biarlah aku biarkan keadaan yang menentukannya... terima kasih kepada yang mengajar aku erti kehidupan ini, onak durinya dan segalanya.. betulkah cinta itu betul2 indah? iya cinta kepada allah adalah yang betul2 indah.. kenapa aku jauhkan diri dr allah.. inilah padahnya jika melupakan allah.. aku akan bertatih semula untuk mendekatkan diri kepada allah.. dengan itu aku akan mendpat ketenangan drnya.. jika kematian itu dapat menenangkan diriku, aku rela mati dari hidup begini.. tp sudah cukupkah segala amalanku? pastinya belum cukup.. banyak lagi yang perlu aku bawa ke alam barzakh nanti..