Rabu, 27 Mei 2009

bangun semula...


aku kena kuat.. kena bgn.. xblh rebah dan terus rebah.. biar apa yang berlaku aku kena hadapinya.. xblh lari dari semua tu.. lari xkn menyelesaikan masalah.. benda yang dah lepas dikenang pn tiada gunanya jika hanya mendatangkn keresahan dalm hati.. yang berlalu biar la berlalu.. aku kena bangun semula dengan semangat yang baru... aku kena ceria dan jangan mudah ambik hati... sikap mcm tu xelok.. aku kena hindarkan sifat mazmumah.. kena lawan ngan sifat mahmudah.. tp aku perlu sokongan dari semua agar aku tidak cepat melatah atau cepat putus asa.. kena tetapkn pendirian.. dan sentiasa ingt Allah ada di samping ku.. mohon la padanya kn.. cerita padanya jika ada masalah. nak menangis pn depan dia.. tapi aku jangan alpa bila dlm keseronokan atau kesenangan.. ya allah kau berikan lah ku kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup ini.. andai aku alpa .. kau ingtkn la ya allah.. sesungguhnya kau maha yang lebih mengetahui... aku berserah padmu ya allah.. amin..

Ahad, 24 Mei 2009

kehilangan..

apakah ertinya kehilangan.. bagi yang pernah merasai kehilangan itu pasti tau betapa ruginya tidak menghargai sesuatu itu semasa ia ada.. bila dah hilang baru tercari-cari.. seperti diriku yang hilang dalam kegelapan.. tercari-cari akan cahaya itu.. cahaya yang bakal menyinari seluruh hidupku.. ya allah kau kuatkan la diriku ini dalam menghadapi cabaran hidup ini. walau sukar untuk ku menerima kehilangan ini namun aku cuba untuk menerimanya.. semuanya salahku... aku pasrah dalam diam, dalam segala sesalan.. menyesal pn tiada guna jika setelah kehilangan.. semuanya tak akan jadi seperti sediakala.. apa pun ya allah kau bantulah hambamu ini untuk bangun semula meneruskan sisa-sisa hidup ini... kau berikanlah ku kekuatan iman dalam menghadapi kehilangan ini.. kau berilah ku petunjuk ya allah.. apa yang harus aku lakukan bagi mengubati kehilangan ini.. tolonglah hambamu ini.. hanya padamu ku berserah.. amin..

Sabtu, 23 Mei 2009

sunyi

betapa sunyinya hari ini.. hari2 sebelum dan selepas ini terus menjadi sunyi sesunyi hatiku.. sepi.. dan terus diam.. itulah yang berlaku pada hati yang sunyi dan sepi.. bagaimanakah caranya untuk tidak membiarkan semua ini sepi.. entah la aku pn xtau.. tetapi hati berbisik.. berbisik pada siapa? aku pun xtau.. ah kenapa begini akhirnya.. lidahku kelu untuk bersuara bila hati jadi sunyi.. jesteru itu aku jadi pendiam semula... diam dalam seribu bahasa.. mungkin itu yang terbaik buat dirinya.. dengan diam semuanya akan jadi sediakala.. aku harap begitu.. aku hanya berserah dan terus beserah.. merendah diri pada Allah, tunduk sujud kepadanya.. agar diberi ketenangan hati ini tidak kira apa yang berlaku.. berikan juga ketenangan hati pada dirinya.. berikan kegembiraan dan kebahagiaan pada dirinya ya Allah.. aku mohon... berilah ku petunjuk dan cahaya hidayah kepada hambamu ini.. amin..

Kemaafan

kemaafan... layakkah aku memohon kemaafan atas kesalahan yang aku lakukan.. aku jadi sedih memikirkannya... namun pa dayaku untuk berhenti memikirkannya.. hanya kata maaf dikatakan tapi berbeza dengn perlakuan.. perlakuan seseorang itu melambgkn sama ada dia betul2 memafkan kesalahan aku atau tidak... aku pn tidak tahu.. mungkin kehadiran ku hanya mengganggu ketenangan hidupnya.. xada apa nk coretkan di sini hanya kesedihan d hati kerana air mataku sudah kering untuk semua ini.. apalah dayaku.. aku hanya insan biasa... insan yang kerdil ... hanya mampu berdoa dan terus berdoa.. semoga dirimu beroleh kebahagiaan yang diimpikan..

Jumaat, 22 Mei 2009

bila hati terasa rindu..

hati ini rindu.. tapi pada siapa? pada mak ayah di kg. maafkan anakmu ini kerana jarang balik. rindu pada sahabat yang telah tiada, rindu pada teman yang telah hilang, rindu pada kekasih allah dan rindu pada semuanya.. bila rindu hati jadi sayu, entah apa ubatnya bila aku rindu seseorang ne. aku hanya mampu memandang wajahnya dari kejauhan. adakah orang yang kita rindu merasai apa yang kita rasa? entah la aku pun xtau.. rasa rindu hanya terbuku di hati, sukar untuk di luahkan.. apa yang patut aku lakukan jika rindu pada orang yang xnak jumpe aku? aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. rindu pada Allah kekal abadi kan.. jangan mengigau dah la... tu dah kira tahap bahaya.. kronik .. aku xtau rinduku padanya tahap mana.. biar angin malam yang menyampaikan rasa rinduku padanya.. mudah-mudahan dia juga begitu.. huyoo jiwangnya.. rasanya cukup la setakat ne.. nanti susah kalau berlarutan membebel ne.. xblh nak berhenti.. panjang umur saya sambg lagi... apa2 pun tangann dihulur sebgai tanda kemaafan.. jika ada terguris hati, maafkan diriku.. adakalanya aku tidak sedar ketika melakukan kesalahan itu...

geramnya..

tadi dah taip panjang2 tiba2 komputer ne teroff sendiri.. sakit hati tau.. nak taip balik dah xingat.. aku pn satu hala dok ganas sangt .. kan dah longgar wire komputer.. salah sendiri.. mcm mana hati nak tenang asyik marah jer.. ada orang kata ketenangan itu tidak dapat dicari, ada yang kata ketenangan itu ada dalam diriku sendiri.. aku jadi keliru.. keliru bagaimana nak memahami hatiku sendiri.. mampukah aku aku mencari hati yang tenang sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir.. aku kena sujud kepadanya jika inginkan hati yang tenang.. aku kena ingt padaNya selalu.. itulah pesan seseorang padaku.. sudahkah aku lakukan semua itu? kalau sudah adakah ianya mencukupi? rasa belum cukup lagi coz hati aku masih lagi ada sisa kesedihan yang aku sendiri kadang kala tidak faham kenapa.. kadang-kadang aku ingin bersendirian kerana takut anginku tidak elok dan orang di sekeliling menjadi mangsa kemarahanku.. betulkah tindakan itu? bila hati jadi keliru aku jadi lagi teruk.. knp la hati ku jadi begini.. aku kena mendalami lagi hati ini.. kenapa aku tidak faham hatiku sendiri? berilah bimbingan pada hambamu ini ya Allah..

bosannya..

ah bosannya ari ne.. xtau nape.. mungkin sebab hati yang xberapa sihat kot tp diri makin sihat.. entah la naper jadi mcm tu.. orang kat hati senang.. terbalik tu.. coz bila susah asyik makan jer tu yang berat badan naik. nak lagi kalau lapar sendiri masak.. lagilah.. orang memberi kita merasa.. jadi kalau dah memasak xada selera dah nk makan coz kita yang hidu dulu bau makanan tu.. kenyang tang tu jer .. iyolaa tu.. entah apa yang aku merepek ne. hahahaha... aku kena ceria walau apa yang terjadi.. dont give up girl.. tapi kan naper seorang yang bernama wanita suka mencubit.. ha tu la korang laki suka sangat menyakat wanita.. kan dah kena cubit..padan muka.. tapi kalau cubit manja mesti korang suka kan.. ekeleh.. jangan nak nafikan lak.. chewah.. banyak pula celoteh aku kali ne.. entah la aku jadi bosan ari ne coz ramai yang cuti.. kalau x blh kacau diorang semua.. hahaha.. entahlah sejak bila aku jadi pengacau kat ofis.. nak ceriakan keadaan katakan.. aku masih ingt kata-kata seseorang itu bahawa tiada orang lain yang mampu mengubah diri kita melainkn diri sendiri.. betul kan..kalau x cmne nak berjaya kan.. tapi kan aku tgh rindukan family aku ne.. nak balik jauh.. apa kata aku g melancong eik? g jejalan memane ker.. ikut ke mana kaki aku melangkah.. hahahah.. jalan kl pun xlepas ada hati nak g melancong kan.. apa la aku ne.. aduh2 aduh.. la aku baru perasan yang aku byk guna perkataan "kan" la.. apa nak jadi la.. jadi aku mengarang dah terus mengarang walau pun entah apa2 entah.. apa nak wat eik? ha apa kata kita kongsi citer nak tak.. apa2 pun aku doakan semua umat di dunia ini tidak kira yang muslim atau tak agar dilindungi oleh Allah SWT dan dijauhkan segala bencana.. amin.. sama-sama la kita berdoa yer.. kita hidup dalam negara yang majmuk.. berutung tau.. ok lah kita berhenti seketika berceloteh ne.. nanti ada orang bosan lak dgr citer aku.. ahahaha..

pertemuan itu..

pertemuan.. tanpa pertemuan tiadalah perpisahan.. betul ke? tapi apa yang aku tahu sebuah pertemuan itu mengembirakan hati dua insan atau lebih.. bak kata pepatah pertemuan pertama sukar dilupakan dan merupakan yang paling indah atau manis.. best kn kalau kita imbas kembali saat-saat pertemuan pertama kali atau sesiapa yang dapat cinta pandang pertama lagi indah kan. tp adakah pertemuan itu sekadar pertemuan atau ada terselit rasa kasih kepada insan yang kita baru kenal. ada orang kata cinta tak mengenal sesapa dan xkira masa. kalau dah terdetik di hati itu cinta, kita tidak mampu untuk menolaknya walau telah cuba sedaya upaya untuk berlagak biasa. saya pernah mengalaminya. pertemuan yang tidak saya jangkakan. masih segar di memori ini pertemuan di dalam train star semasa mengikuti kawan balik ke ipoh. masa itu hanya sekadar pandang sahaja sebab malu-malu lagi.. itupun hanya pandang2 jeling2 melalui cermin yang berhadapan dengan tempat duduk. kebetulan masa tu xramai penumpang. iyolaa kita xkenal kan xkan nak berani lak nak tegus sapa. lagipun di bandar besar ne bahaya bagi seorang gadis. yang dahsyatnya sya dengan kawan saya tersilap dengar ingtkan dah sampai plaza rakyat tp rupanya belum sampai. kami siap bangun lagi masa tu. xtau la merah muka masa tu hanya tuhan yang tahu. xsanggup dah nak berpaling dan duduk semula kerana silap tempatkn. dia pula adalah adik angkat kepada kawan satu ofis saya. lepas peristiwa itu kami mengambil haluan masing2 namun hati ini kuat untuk mengenalinya dengan lebih dekat tapi hanya diamkan jer.. malu tau..lepas balik bercuti dari ipoh kawan saya sibuk tanya nak tak kalau dia bg no tel saya pada adik angkat dia. saya kat nak wat pe kn. dia kata just nk kenal jer.. lama juga saya fikirkan, maklum la saya ne orang merantau jauh. akhirnya saya bagi juga. maka bermula detik-detik sms lepas tu caling2 then kami wat pertemuan rasmi kami iaitu pada 25.12.2003 pada hari krismas. aneh kan? tapi itulah tarikh keramat kami kenal dengan lebih dekat antara satu sama lain. masa tu saya gembira sangat. kalau blh tidak mahu berpisah pun tapi apa kan daya saya perlu kerja kan. setiap hari dilalui dengan perkara yang indah-indah. jarak tempat saya ke tempat dia tidak la berapa jauh cuma tempat dia jam teruk jer. ada masanya saya pergi ke tempat dia dan ada masanya dia pula ke tempat saya. indahnya masa tu. rasa ingin kembali ke waktu itu tapi apa kan daya masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.. kalau la blh kembali pada waktu itu saya akan lebih menghargai dirinya tapi apa kan daya salah saya kerana melukakan hatinya. hatinya luka kerana saya. semuanya berlaku terlalu pantas. hanya maaf yang dapat saya perkatakan. itulah perkara bodoh yang saya lakukan. selepas itu hati ini tidak tidak. telajak perahu boleh diundur terlajak kata tidak boleh kn. akhirnya saya biarkan masa yang menentukannya. adakalanya saya saja2 miscall no dia kerana rindu tapi tak berani nak bersuara kerana tau diri bersalah padanya. perkara itu berlarutan hingga ke hari ini. sekarang dia dah makin handsome, lagi la tidur ini xlena dibuatnya.. hahahaha.. tapi dia xnak berjumpa dengan saya lagi. saya ingin sekali berjumpa dengan dia, ingin meminta maaf secara berhadapan dengan dia. inilah balasan saya kerana melakukan kesalahan pada dia.. seandainya dia membaca cerita ini, saya minta maaf banyak2 kat dia dan kalau boleh saya nak jadi kawan dia semula. itupun kalau boleh. kalau xboleh saya nak wat camne kan. kalau kehadiran saya mengganggu ketenangan hidup dia, saya akan pergi jauh supaya xmengganggu hidup dia. saya xnk kerana saya dia sedih kembali. kalau boleh biar rasa sakit dia, derita dia saya yang rasa kerana saya tidak sanggup melihat atau mendengar dia derita lagi...saya doakan dia beroleh kebahagiaan yang sepatutnya.. ah melalut jauh pula saya.. abaikan la.. itu hanya kenangan yang tidak dapt dilupakan. apa yang pasti saya memang akan ingt pertemuan pertama itu sampai bila2. anda bagaimana pula? pesan saya hargailah apa yang ada dengan anda skarang jangan hargailah apabila ianya telah tiada kerana sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. sama-sama la kita hayati bait-bait lagu ini sebagai renungan kita bersama kerana jika anda menghayati lagu ini anda akan terasa maksud mendalam lagu ini.
Bila diri disayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang
Berakhir malam ku
Tak akan ku jemu
Menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah
Di darat di air
Siapa pun hambar
Keikhlasan doa
Keagungan kasih
Merubah takdir
Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali di pandu
Engkau yang pertama
Tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan
Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang
Di sini di bawah naungan
Kasih dan sayangmu
Ku berserah diri

jadi bila kita disayangi kita haruslah menyayangi insan tersebut sepertimana dia menyayangi kita. semoga dirimu bahagia...maaf jika dirimu marah setelah membaca cerita ini semula.. hidup perlu diteruskan..

Khamis, 21 Mei 2009

Penantian..

bilakah bermulanya penantian ini? bilakah akhirnya penantian ini.. ku sendiri tidak mengetahui.. penantian memang suatu menyakitkan.. tapi aku harus sabar menanti dan terus menanti pada yang tak pasti arah tujunya. bodohkah aku? entahlah hanya hati yang menentukan segalanya.. kerana hati adalah penentu sama ada penantian ini bererti bagiku atau tidak. berbaloikah penantian ini? aku tetap akan menanti dan terus menanti. semoga penantian ini berakhir dengan kegembiraan... apa yang pasti setiap penantian ada pengakhirannya.. ku tidak tahu bilakah berakhirnya penantian ini. hanya allah yang tahu dan menentukannya.. aku berserah padamu ya allah, ku hanya mampu memohon padamu yang allah. aku hanya insan biasa yang serba serbi kekurangan ya allah.. ku mohon kau berilah ku peluang untuk terus menanti..amin.. ku tahu menanti sahaja tiada gunanya tp apalah dayaku jika usaha yang di lakukan hanya sia-sia belaka. jadi sebab itulah aku mengambil keputusan untuk menanti dan terus menanti walaupun sakitnya terasa namun ku tahan jua.. aku tahu allah bersamamu.. aku tidak akan putus-putus berdoa..

ketenangan..

mampukah hatiku mencari ketenangan jika hati ini tidak tenteram. sentiasa didatangi rasa bersalah. bersalah pada diri sendiri, bersalah pada kawan-kawan, bersalah pada keluarga, bersalah kepada allah, bersalah kepada semua. aku hanya insan biasa yang inginkan ketenangan yang dicari.. mampukah aku menjumpai ketenangan itu sebelum ku menutup mata ini, sebelum berakhirnya nafasku. aku hanya mampu berserah pada ilahi. aku sentiasa berdoa semoga doaku diterimaNya. akan adakah cahaya ilahi itu untukku yang kerdil ini? ya allah berilah kukekuatan, berilah ku ketabahan, berilah ku semangat untuk mencari cahaya ilahi dalam hidupku.hidup dan matiku allah yang tentukan.. kita hanya mampu merancang tapi allah yang menentukan segalanya. hati yang resah kupujuk dengan meluahkan apa yang terbuku di hati ini.. entah lah kenapa semuanya berlalu dengan cepat tanpa diri ini sedar akan balasannya kemudian hari.. aku kena kuat, kena bangun semula.. bantulah hambamu ini yang allah.. kau terimalah taubatku.. kau bukakan pintu ilahi untukku ya allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. amin

hati

apa yang ada pada hati.. aku sendiri pun tidak tahu sebenarnya apa yang ada dalam hati seseorang itu. bak kata perpatah xkenal maka xcinta.. tp adakah aku kenal hati sendiri ini? sihatkah hati aku? atau sakitkah hati aku.. hati merupakan raja di dalam tubuh kita. bagi menetapkan hati sama-samalah kita berdoa Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu.. hati adalah segalanya seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa)." Riwayat Abu Ya'la
Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)