Rabu, 2 September 2009

aKu RaSa LeTiH....

diri ini rasa begitu letih sejak-sejak akhir ini.. rasa tdk kuat utk teruskan perjuangan yang belum selesai.. penat rasanya.. entah la.. tapi memang untuk beroleh kejayaan perlunya bertahan dan berkorban bagi mencapai kejayaan itu.. adakalanya bukan aku penat kerana mengejar kejayaan tapi aku penat menghadapi liku-liku kehidupan yang telah ditentukan untukku.. macam-macam yang berlaku sampaikan aku jadi pendiam sediam-diamnya, sehinggakan kawan baikku terfikir adakah aku lari dari dia kerana aku tidak dapat dihubungi.. aku rasa diam sementara itu mungkin akan menyenangkan semua orang, kan diam lebih baik dari berkata-kata.. kerana jika silap kata-kata yang diluahkan maka akan ada yang terluka.. aku terluka tidak apa kerana telah biasa dilukakan dan ada yang mengganggap aku tiada perasaan.. adakah aku begitu.. aku jua manusia yang punya perasaaan.. aku penat memikirkan dan menjaga perasaan orang lain tapi aku harus menjaga hati dan perasaan orang jika aku nak orang jaga perasaan aku.. adakah aku tidak ikhlas dalam perkara ini? entah lah.. mungkin juga kerana aku rasakan kekurangan dalam diriku.. mungkin kurangnya cahaya penyuluh hidup diri sendiri ini..