Rabu, 24 November 2010

Sendiri

Sendiri lebih elok walaupun sebenarnya xelok.. namun aku rasa itu yg terbaik buatku masa ini.. aku masih berusaha untuk melupakannya.. buat apa kita nk ingt orang yang xingt kat kita.. jgn pula aku jadi hidung xmancung, pipi tersorong2 lak.. biarlah.. lgpn aku sedar aku byk kelemahan-kelemahan yang wat orang xkn blh terima aku ... skrg ne pun aku cuba berlagak happy jer sedangkan dlm hati hanya aku yang tahu namun itulah aku.. aku xkn pamerkan kesedihan yang aku alami pada org lain.. semlm adlh hari terakhir aku chatting dengan dia, insya allah itu kali terakhir kali kerana aku xnk nanti aku dianggap mengganggu ketenangan yang dia miliki.. aku doakan dia bahagia... byk pesanan yang aku tinggalkan kat dia semlm... mcm2, dah macam mak nenek lak... ari ne lak pg2 lagi dok sms aku, tp aku wat xlyn n off hp .. mls nk lyn.. tp tghari aku on blk hp automatik aku reply msg dia.. begong kan aku.. nape sukar sgt aku nk jauhkan diri dari dia.. kenapa la aku sentiasa ternanti2 akan sms @ call dr dia sedangkn xingt aku lansung.. pe la aku ne... xsedar2 lagi ke? adushh, parah lagu ne.. hahaha.. itu lah aku kata sendiri lebih baik dari berdua..

Sabtu, 13 November 2010

hurmm aku memang ditakdirkan keseorangan

kali ini baru aku tau di mana kedudukan aku di hati semua org... tiada siapa yg peduli dan ambil tahu pasal diriku skrg.. biarlah itu lebih baik.. xnk termakan budi org... susah bila termakan budi.. ari ne aku cuba kuatkan diri utk stdy bagi menempuh exam esok... tapi aku rindukan dia namun kukuatkan diri dengan off hp n invisible kat ym n gmail.. dia pn lansung xsms, call n chat ngan aku.. ini bermakna jika bukan aku yang mulakan perbualan, dia xkan mula.. mean aku xpenting pn dlm hidup dia.. nape la aku ne dok mengharap lagi.. sanggup membiarkan diri terus dilukai.. entah la.. yg non muslim tu pula ari tu bkn main romantis.. la ne senyap.. ah mungkin hanya aku yang fkr bkn2.. lebih baik begini daripada aku kepenatan yang amat sgt.. ini permulaanya.. jadi aku kena kuat pada permulaan bahawa aku akan sendiri tidak kira apa yang berlaku.. kenapa nak brgantung harp pada org kn .. sedangkan aku sendiri blh tanpa bantua sesiapa.. biarlah.. aku tau adakalanya aku rasa dipergunakan semata-mata namun ku buang perasaan itu jauh2 kerana ta baik buruk sangka dengan orang kan.. rasanya cuti semester ini aku akan menyendiri lagi.. tidak pedulikan phone call, sms, email dr member sekuliah dengan ku.. aku nk hidup dalam duniaku sendiri... aku xnak kacau hidup org.. aku xnak menyusahkan org.. biarlah aku dengan diriku... itu yg lebih baik..

Jumaat, 12 November 2010

nape ne?

hurmm.. aku tak tau nape ngn aku ne.. xada mood nk stdy lansung sedangkan exam ahad ne.. aku tak tau la ape yg mengganggu fkrn ku ini.. knp aku jd mls cmne.. tinggal sehari lagi tapi aku xbc apa2 pn.. asyik main game jer.. mcm mana aku nk jawab exam nanti.. dah tu hp aku off.. ym pn xon9.. gmail pn xon9.. biarlah bkn ada sapa2 nak cari aku pn.. aku xtau la nak g exam tak klu cmne .. tp x g rugii aku dah byr 270.. klu g confirm ke aku blh lepas paper tu.. entah la .. nape aku lansung xleh nak stdy.. ya allah tlg la hambamu ini.. tenangkan la jiwa ku yg kacau ini..

Rabu, 10 November 2010

Optimis atau tidak?

Hari ini aku cuba bersikap lebih optimis dalam kehidupan yang aku jalani sekarang ne.. kerana dengan sikap optimis tu aku mampu gembira tapi kenapa aku tak mampu melupakannya.. kenapa semakin ku cuba untuk melupakannya, semakin kuat ingatanku padanya.. kenapa aku diuji sebegini lagi.. sebelum ne aku pernah terjadi perkara yang sama namun aku mampu hadapi tapi kenapa kali ini aku rasa aku xmampu untuk menghadapinya ... sedangkan aku masih tak tahu siapa aku di hatinya kerana dia sendiri keliru dengan perasaannya.. aku tak nak dia buat keputusan dalam keadaan dirinya yang kekeliruan kerana keputusan yang dibuat dalam kekeliruan itu bukan keputusan yang tepat.. biarlah dia buat keputusan dengan tenang.. aku tak mampu jika tidak call n sms dia dalam sehari sekarang ne.. aku jadi rindu mendengar suaranya.. aku rindu pada kelakuannya yang kadang kala mencuit hati walaupun adakalanya aku terasa namun kerana sayang, terasa atau terkilan itu boleh hilang begitu sahaja.. ah.. aku perlu beranikan diri jika ingin bersikap lebih optimis sekarang ne.. semalam aku mampu tunjukkan tiada apa2 yang menyedihkan diri ini di depan dia.. walaupun pada mulanya amat sukar untuk memujuk diri ini agar tidak menunjukkan kesedihan di depan dirinya kerana aku xnak dia sedih kerana aku.. dah lama aku xmengalirkan air mata tp malam ne air mataku jadi rapuh dan tumpah dengan laju kerana aku telah menyatakan bahawa aku takkan hubungi dirinya walau rindu mcm mana sekalipun dengan aku.. aku tak nak dia rasa lebih tertekan dengan aku.. aku nak dia bahagia kerana aku bkn insan yang mampu bahagiakan dia.. perkara ne takkan lama.. pasti dia mudah untuk melupakkan aku.. aku telah membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan darinya... maafkan aku... aku terpaksa buat macam ne demi kebahagiaan dan kebahagiaan dirimu.. maafkan aku..

Selasa, 9 November 2010

bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi

ah, bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi.. begitulah keadaannya dia antara aku dan A.A.K..@ ada aku kisah... hahahaha... aku kena gembira.. aku xleh moody dah.. xpyh fikir pasal cintan cintun.. aku nk hidup sendirian.. itu yang lebih elok w/pn hakikatnya hidup berdua lebih elok.. namun siapa yang hidup dengan aku ne.. xde sape.. ari ne aku ada xm tapi aku xtau aku blh jwb tak.. entah la... aku sayang dia tapi dia seringkali mengungkapkan yang kami hanya sekadar kawan shj.. ungkapan itu yang melemahkan dan menyakitkan bagi aku.. dia kata kami kawan tp layan aku lebih dari seorang kawan.... apa maknanya.. kenapa nak seksa aku sebegini.. sampai bila aku mampu bertahan dengan keadaan sebegini.. argh.. aku perlu bertahan sehingga exam ini berakhir .. lepas tu aku nak tenangkan diri jauh2.. klu aku blh g jauh dr semua ini alangkah baiknya.. klu aku blh melangkah ke tempat yang semua orang xkenal aku alangkah baiknyaa.. tapi blhkah... insya allah... aku tiada harapan antara aku dan dia.. akan aku biarkan hubungan ini hambr seperti di angin lalu dan aku akn biarkn dia lupakan aku utk selamanya tp aku akan ingt dia selamanya.. aku sayang dia... aku hanya mampu meluahkan di sini.. aku tidak mampu menyuarakannya dengan kata-kata, hanya mampu memendam rasa dan meluahkan melalui jari jemari ku yang menari di papan kekunci ini.. hanya di sini sahaja tempatku untuk meluahkan ape yang aku rasa.. sesuatu berlaku antara kami semlm ... tp jap jer begong pastu ok balik.. biasa la kwan baik kan.. arghhh.. gembiralah hati.. aku xnak dia nampak aku sedih.. gembira lah.. aku xnak bila dia tgk aku sedih fikiran dia terganggu.. aku xna benda tu berlaku pada dia... cukup la setakat ne dulu.. aku kena bersiap skrg .. buhbyeeeee...semoga dia bahagia dengan kptsn yang dia buat..

Khamis, 4 November 2010

Kenapa?

kenapa aku baru tau perkara itu selepas 10tahun.. kejamnya.. kenapa tak dari dulu ... rupa-rupanya kawan baik yang sekelas aku masa form4 dulu suka kat aku tp xnk bgtau perasaannya kat aku coz kwn baik dia suka kat aku.. gila.. kenapa aku baru tahu semua ini selepas 10 thn dan selepas dia telah kahwin n mempunyai cahaya mata.. arghh.. sedangkan dulu aku juga menyayanginya dulu.. dia boleh match maker kn aku ngn kwn baik dia tu..

Selasa, 2 November 2010

Aku kalah ....tapi kena kuat..

kenapa aku kalah lagi dengan perasaanku sendiri.. mlm td aku dah bertekad xnak hubungi dia dan buat dia rasa akan kehilanganku... tapi aku sentiasa rindukan dia.. bagaimana ne.. ah... tp pagi2 ne aku dah on9 n nampak dia tukar gambar aku komen lak.. kenapa aku makin sukar melupakannya sedangkan antara kami tiada apa2, hanya kawan.. kami tidak pernah membicarakan soal hati dan perasaan antara kami.. yang ada hanya membicarakan tentang hati dan perasaan dia ngan kekasih hati.. aku hanya memendam perasaan.. adakah kerana aku ne terlalu lama memendam perasaan menyebabkan aku sukar untuk berjauhan atau xberhubungan dengan dia? kami sama-sama selesa dengan perhubungan sahabat selama ini, namun kenapa kali ini aku tak boleh nak terima akan berita yang dia mempunyai kekasih hati yang baru.. xkan aku nak tanya padanya tentang perasaan dia terhadap aku sedangkan aku tau dia br ada kekasih hati.. apa patut aku lakukan,.. dia hanya bgtau akulah kawan rapat dia.. itu yang membuatkan aku lagi sedih tapi ku tahan air mata ini agar tidak tumpah.. aku dah xmampu untuk menangis lagi walau sedih @ terusik hati ini.. mungkin sebab aku dah keraskan hati ku ini.. aku xbalas dah msg dia.. aku nak biarkan sahaja... baik sms, call, chatting dari aku nak abaikan kerana aku perlu bersendirian.. aku takut perasaan aku padanya makin mendalam, kerana ianya makin mendalam makin sukar untuk ku lupakan dia nanti.. aku harus kuatkan diri ..