Selasa, 11 Oktober 2011

terkilan atau terasa hati..

entah mengapa aku rasa jauh hati dengan sahabatku kerana sering kali melupakanku.. kami semakin renggang.. aku xtau kenapa.. xtau sama ada dia yang terkilan dengan diriku atau aku yang terkilan dengannya.. memang aku terkilan dengan sikapnya yang tak seprti dulu... aku terasa tapi apa yang mampu ku lakukan selain memendam rasa kerana jika di luahkan tiada gunanya, hanya menambahkan kesakitan di hati... jika benar dia ingin aku hilang dari pandangannya, aku tak kan muncul lagi.. jika itu lebihbaik darinya.. aku bertekad mendiamkan diri...

Sabtu, 10 September 2011

keletihan.. kepenatan...

aku ingat lari dari sana ke sini itu tidak memenatkan tapi rupa-rupanya amat memenatkan sampai adakalnya aku betul-betul putus asa... air mata yang mengalir usah nk kata la... adakah kerana aku tidak kuat.. tapi kalau aku tidak kuat, mana mungkin aku mampu berdiri hingga ke saat ini.. jika aku tidak kuat, maka rapuhlah dan terus rebah aku ke bumi menghadap ilahi tapi aku masih di sini memunasabahkan diri.. aku tidak tahu nak bercerita dengan siapa kerana aku tidak mempunyai seorang pn sahabat yang betul-betul memahami diriku.. aku takut aku hanya akan menyusahkan mereka dengan masalah yang bertimpa-timpa menimpaku... jadi di sini sahaja la tempat ku untuk meluahkan keletihan, kepenatan yang aku alami... untuk mendapatkan kembali kekuatan, ketabahan yang kian pudar dalam diriku... aku dah xmengharap pada sahabat yang aku selalu rindui itu kerana aku tahu ianya xmungkin kan bersatu kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. biarlah allah yang menentukan jodoh pertemuanku.. aku pasrah.. aku dah penat untuk semua itu.. sekarang ini yang menambhkan kepenatan diriku adalah kereta ku yang sentiasa bermasalah.. dalam setahun jer hampir rm5k aku membelanjakan wang ku bagi membaiki kerosakannya... aku tidak mampu bertahan lagi walau cuma setahun setengah lagi... kenapa? sebab aku terlalu penat mencari rezeki tapi tiada untuk diriku sendiri... wang habis begitu sahaja.. adakah kerana wang gaji yang kuperolehi tidak mendapat keberkatan darimu Ya Allah.... aku keliru... mungkin juga kerana aku adaklanya alpa pada perintah Allah SWT... mungkin ini balasan dariNya bagi insan yg alpa padaNya... hanya menghadapNya

Jumaat, 29 April 2011

Penat

Aku penat untuk memujuk hatiku agar bersabar dengan sikapnya.. aku penat untuk menipu hatiku sendiri.. aku penat berlakon yang aku tak punya apa2 perasaannya.. marah, geram tapi rindu... akn ku cuba lupakan semuanya... aku akn sibukkan diri dengan training... aku xkn mnghubunginya lg kerana byk kali kuhubugi namun tiada jawapan.. biarlah dia.. aku sendiri lagi.. aku hanya ada bila diperlukan . tiada bila tak diperlukan.. itulah aku di mata teman2..

Isnin, 11 April 2011

HaTi.... entahlah

Aku begitu ingin menyepikan diri dari segala-galanya.. maksudnya mendiamkan diri darinya .. namun aku rindu padanya.. cuma tak terluah oleh perkataan.. banyak kali sudah aku bermimpikan dirinya.. paling terakhir aku bermimpi berkenaannya ialah dia pergi untuk selama-lamanya.. aku rindu padanya namun dia bersikap endah tak endah jer.. hanya aku jer yang merinduinya.. bukan dia.. ape lah gunanya.. lagipun aku tau aku tidak setanding dengannya.. aku bkn pilihan hatinya.. aku hanya sahabat dia semata-mata.. bagaimana harus ku kikis perasaan ini.. tidak sabar rasanya untuk habis belajar supaya aku blh melupakan perasaan ku ini terhadapnya jika aku tidak bersua dengannya.. mungkin lebih mudah untuk aku melupakannya.. aku tahu hari ini dia telah kembali bertugas semula namun aku sengaja menyembunyikan diri agar tidak berchatting dengan dia.. aku tak nak setiap kali aku yang memulakan perbualan.. biar la.. klu dia rasa nak sembang ngn aku .. itu terpulang dengan dia.. aku xblh memaksa @ provoke sangat.. hehehee..

Sabtu, 2 April 2011

Puaskah - wali band

Puaskah kau lukai ku
Puaskah kau sakiti ku
Puaskah khianati ku
Puaskah oh sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakkan ku
Setelah kau dapatkan ku

Chorus
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tegar khianatiku

Ulang Chorus 2X

aku still no in good mood.. semuanya kerana hari rabu lepas.. entah bila aku blh chill balik.. ne sampai sakit kepala di buatnya.. semakin teruk skrg sikap sensitif ku terhadapnya.. kenapa aku sedemikian.. sedangkan aku dah buang perasaan kasih, sayang kepadanya.. adakah perasaan itu masih wujud lagi.. apa lagi yang harus ku lakukan bagi menghindari perasaan ini.. tolonglah...

Ahad, 27 Mac 2011

lazy @ malas @ no mood @ no idea...

hurmmmm.. selamat pagi semua... dah lama aku xjengah blog ne.. cadang nk close jer my blog tapi xclose gak... ari ne agak kebosanan dan no mood to go kuliah... hari ABC katakan... tp xblh katakan itu alasan untuk malas kan... mlm td tgk movie mars need moms.. no bad citer dia tapi aku nk tgk citer rango .. member lak dah tgk citer rango tu.... citer rango lagi kelakar rasanya... hurmm... minggu ne minggu yang agak memalaskan diri aku... maklum la baru balik dari cameron ... tu jadi begong sikit...a aduyaiii... apa nak jadi la ngn aku ne.. makin dekat nak exam, makin malas stdy .. mcm mana nk ok pointer ne.... dah la ne thn akhir... blh lak nak memain... now still waitng my buddy at campus.. kuliah pukul 10.30am tapi saja dtg awal coz tugasan xsiap lagi. . acytually dah siap cuma nak kena wat penambahbaikkan... hehehehe. tu la lazy sgt & suka wat keja last minute... itulah padahnya.. k la nak sambg wat tugasan, ada masa terluang nanti aku update lagi ape yg aku lakukan ... itupun klu ada mood nanti aku sambg balik merapu kat sini hahahaha.....^_^

Sabtu, 5 Februari 2011

Sendiri Lebih baik

aku sering sendirian sejak akhir2 ini... itu lebih baik dari aku mengganggu hidup teman-temanku.. walaupun aku sering kali terfikir yang bukan-bukan.. dah lama aku xmengarang di blog ne kerana kesibukan tugas dan belajar aku akhir-akhir ini.. maklum la ne thn akhir aku.. aku harap aku berjaya dengan cemerlang.. amiinn ya rabbal'alamin.. insya allah.. cuma aku makin kesepian bila kawan-kawan karib @ rapat denganku juga menyepikan diri dan tidak mengendahkan aku.. mungkin kerana sikap aku yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian.. salah diriku.. lepas ini aku akan menyediri lagi, lebih menyepikan diri.. itu yang lebih baik.. aku boleh hidup sendiri walaupun sukar namun itu hakikatnya yang patut aku terima.. rasanya cukup la di sini aku menulis.. xperlu lagi aku meluahkan ape yang aku rasa... biar ku pendam sendiri semuanya selepas ini.. tiada gunanya aku terus meluahkan apa yang aku rasa kerana aku tak nak menyusahkan & menyakiti hati orang jika membaca luahan aku ini.. biarlah ianya berakhir.. akan ku simpan rasa cinta, sayang dan rindu di hati selama-lamanya... tak lama lagi semua tu pastinya hilang kerana kehadiranku hanya seketika dan hanya ada bila diperlukan... memang patut aku tetapkan prinsip aku dulu iaitu tidak mudah mempercayai, menyayangi seseorang itu kerana jika mudah itu semua, aku sendiri yang akan kecewa dan sendiri lagi.. selamat tinggal semuanya... aku mohon ampun maaf pada semua..

Khamis, 27 Januari 2011

not in good mood @ stress

hurm.. kebelakangan ne aku sibuk ngn kuliah & kerja membuatkan diri cepat letih dan stress... entah la skrg pun not in good mood.. tak tau la pg2 nanti aku blh kembali ceria utk g keja... blk keja mlm td, aku terus tdo dengan off dua2 handphone aku.. xlarat nak layan sms @ call coz aku xnak sape2 kena tempias kestressan ku... biasanya bila bgn dr tdo aku dah xstress tapi kenapa kali lain... entah la.. mungkin sebab aku byk sangat fikir kot.. aku tidak tahu sampai bila aku blh bertahan..

Isnin, 10 Januari 2011

hatiku tersentuh kerananya..

aku rasa aku tidak mampu untuk terus bercerita tentang dirinya setelah apa yang dia lakukan padaku semlm... memang aku hanya sekadar kawan baginya... dia dah xblh berdepan lama sgt dengan aku.. ada shj alasan yg dia berikan tika duduk berdua denganku.. yang paling wat aku terfikir ialah ketika lunch time dia lansung xsms tanya aku dah mkn ke? nk trn mkn sekali ker? lepas tu dia xmsk lg kelas w/pn kelas dh bermula sehingga aku sms tp dia xreply cuma lps tu br dia msk .. pastu aku dpt 1 sms dr dia gtau dia nk 1 group dgn aku utk tugasan kumpulan tu.. aku tak reply msg tu krn aku masih terkilan dengan sikapnya padaku.. ketika itu br aku perasan rupanya dia juga seperti kwn2 lain.. sehingga akhir kelas dia tidak menyapaku.. namun ketika aku menuruni tangga dia melambaikn tgn pdku tp aku wat xnampak kerana rasa terkilan ku... adakah aku pentingkan diri?

Rabu, 5 Januari 2011

Teman... maafkan aku..

Teman, maafkan aku andai bahasa yang kututurkan telah menyinggung perasaanmu.. aku hanya menuturkan ape yang aku rasa.. tanpa memikirkan dirimu.. betapa aku mementingkan diri sendiri.. aku sedih teman.. kerna kau menghindari aku setelah aku meluahkan apa yang aku rasa... adakah aku tidak layak untuk meluahkan apa yang aku rasa sehingga kau bersikap sedemikian... kenapa kau lakukan itu teman.. kenapa? jika kau tidak dapat menerima apa yang kukatakan, aku tidak kisah .. namun jangan la kau hindar diriku ... sakit rasanya teman bila kau menghindarkan diri dariku.. aku menjadi lebih bersalah padamu teman kerana menyebabkan kau bersikap sedemikian.. betapa jahatnya aku teman... aku memang bukan seorang teman yang baik.. tapi jika itu keputusan yang telah kau buat & kau gembira dengan keputusan itu, aku akur teman .. demi kebahagiaanmu... aku rela melepaskanmu walaupun payah.. cuma aku nak kau tahu, aku sentiasa mengingatimu teman... aku takkan melupakan mu teman... kerana aku menyayangimu... maafkan aku teman kerana telah menyayangimu lebih dari seorang sahabat... perasaan itu hadir tanpaku duga. puas kutepis teman, namun ianya tetap datang.. jadi bagaimana lagi harus aku lakukan teman agar perasaan itu hilang? aku sentiasa cuba memadamkan perasaan itu dari bertambah marak namun makin aku cuba padamkan, makin ianya tumbuh ...

Hari ini

hari ini walaupun pada mulanya aku merasa tidak keruan kerana tindakan beraniku mlm semlm namun akhirnya aku berfikir panjang dan terbuka akhirnya aku kelegaan kerana telah menyuarakan isi hatiku padanya w/pn bkn secara terus terang namun aku tahu dia memahami maksudku.. hari ini, dia lansung tidak sms, call & chatting dgn aku sehingga saat ini.. kupujuk diri ini pada awal pg td agar tidak fikir bukan2 dan positif.. jikalau dia xnak berkawan dengan aku seperti biasa, itu hak dia... terpulang kepadanya.. aku xkan ambil hati dah lepas ne... aku akan wat seperti biasa sahaja... ini kerana aku terbaca suatu ungkapan dari sebuah novel yang berbunyi,
" Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku merasa bahagia."

Selasa, 4 Januari 2011

Sahabat @ kekasih ?

hurmmm... ramai yang kata kawan baik boleh menjadi kekasih tetapi kekasih tak boleh menjadi kawan baik.. adakah betul begitu? jadi aku mencari akan jawapannya dengan membaca novel-novel yang berkaitan persahabatan yang akhirnya bersatu kerana rasa kasih dan sayang yang telah wujud di antara mereka tanpa mereka sedari.. perasaan itu wujud dengan sendirinya... hadir tanpa diundang... menjadi kan persahabatan itu tegang seketika.. tapi akhirnya bahagia kerana sama-sama menyayangi satu sama lain ... tapi peratusan sebegitu terlalu sikit.. selalunya persahabatan itu akan renggang tambh lagi si dia yang dia sayangi mempunyai kekasih hati... tapi mampukah aku pendamkan perasaan ini? adakah dia akan perasaan wujudnya perasaan ini... aku tidak tahu bila dan aku tidak pasti akn perasaan ini.. bersalahkah aku kerna jatuh cinta pada sahabat baik sendiri? malam ini aku beranikan diri tanya soalan adakah salah sekiranya seorang kawan itu jatuh hati pada kawannya sendiri? dia jawab xsalah .. tapi bila aku utarakan soalan ke2 .. ianya dibiarkan sepi dan ditanyakan soalan lain.. soalan ke2 , adakah patut kawan itu memendam saja perasaan atau meluahkannya? dia jawab nth & tanya kawan dia tu ada gf x? aku tanya balik klu ada & xada tu ada beza ker? dia senyap terus.. adakah dia tahu aku & dia yang dimaksudkan tu? nth la.. xtau la cmne ahad ne nanti... adakah aku patut mengelak dari berjumpa & bersembang ngn dia @ aku terus berlagak seperti biasa? seolah-olah tiada apa2 yang berlaku? aku rasa lebih baik aku berlagak seperti biasa agar dia xsyak.. tapi mampukah aku berlagak seperti biasa? insya allah blh.. aku xblh bg dia perasan semua tu...

Sabtu, 1 Januari 2011

aku rindu

aku amat merinduinya.. last km bersms tghari semlm .. itu pn suasana kaku @ tegang.. aku rindukan saat2 gembira ketika sms @ chatting dengannya.. semuanya berpunca dari aku sendiri.. aku yang selalu cari pasal dengan dia.. skrg masing2 tak sms @ chatting.. cuma aku berdoa agar dia sihat2 sahaja.. kali ne aku mesti bertahan agar tidak sms @ chatting dengan dia w/pn dia sms @ chatting dengan aku nanti.. aku haruskan jarakkan diri aku darinya..