Selasa, 12 Ogos 2014

hampir setahun aku ditempat baru

lupa nak update.. dah dekat setahun aku di sini, ditugaskan di hr ... keja yang lain dari yang lain.. cuba membiasakan, menerima, memahami dan belajar bagaimana melakukan kerja.. sungguh banyk lagi yang aku tak tahu.. tambh lagi aku seorang pendiam dan lambt ramah dengan org lain...

Isnin, 1 Julai 2013

hurmm

video
dah hampir setahun aku xupdate blog ne... pengikut pun hanya 6 orang... xapa la atleast ada la juga kn... adakah tiada lagi rasa cinta di dalam hati ini? mustahil kan... aku tetap ingin dicintai seperti orang lain namun merasa diri ini begitu kerdil untuk orang lain, diri ini begitu banyak kekurangan.... jom layan lagu ne... hanya mak ayah yang aku rindu dan cinta yang entah siapa akan memilikinya...

Ahad, 28 Oktober 2012

jaga hati

dah lama xjengah blog ne.. agak sibuk ngn kerja da pelajaran serta aktiviti luar akhir-akhir ne.. hurm alhamdulillah kawan baik aku dah kawen semlm. tahniah la kt dia dah jumpa jodoh yang sesuai. penat sebenarnya nk jaga hati semua orang kan. hati diri sendiri sapa yang nak jaga. tak de sapa. orang hanya tau menuding jari pada kita. tidak tahu ape yg kita rasa dan akhirnya kita dipersalahkan padahal kita memang betul2 tak bersedia. inilah nasib duduk di perantauan. entahlah aku pn tak tahu dan malas ambil peduli. masa aku perlukan pertolongan diaorg, ada diaorg peduli tapi bila diaorg perlukan aku baru nk terhegeh-hegeh. memang lumrah hidup ini rasanya.. ape yang mampu ku lakukan hanya bersabar...

Jumaat, 10 Februari 2012

Apa yang harus ku lakukan......

hati ini sayu dan pilu namun ku cuba berlagak ceria seolah-olah apa yang berlaku itu tidak merosakkan "mood" aku ketika melakukan kerja. aku cuba pasrah atas apa yang telah diberikan kepadaku tapi andai kata memang aku sudah tidak diperlukan di sini.. apa lah daya.. ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong la pula.. jika pemergiaanku dari tempat ini lebih membahagiakan semua orang, bermakna aku harus melangkah pergi walau sayang sekali meninggalkan rakan-rakan yang telah akrab denganku tapi apa lah daya jika memang pihak atasan sudah tidak memerlukan khidmatku lagi... apa dayaku... haruskah ku teruskan niat utk bertukar tempat kerja.... entah la, aku pn xpasti ... tak kira aku berbuat sehabis baik utk melakukan kerja yang diberikan tapi jika di minda mereka aku hanya orang yang bermasalah disiplin tiada orang akan pandang.. hanya ada yang mengambil peduli.. tapi aku pn tidak dapat mengagak yang mengambil peduli tu adakah benar-benar ikhlas atau hanya sekadar bermuka-muka sahaja... ini kerana yang mengambil peduli itulah yang menikam dari belakang... memang rasa sakit pada peringkat permulaan tapi bila perkara ini berlaku lagi sakit rasanya... dapatkah aku terus bersabar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan hambamu ini.. aku dah sedaya upaya menjaga peraasaan semua orang di sekeliling aku tapi aku penat keran terlalu menjaga perasaan orang di sekeliling sehinggakan sewenang-wenangnya mengambil tindakan berdasarkan emosi semata-mata bukannya penilaian yang sepatutnya.. adakah begini akhirnya segala bakti yang telah dicurahkan selama ini.. jangankan ucap terima kasih yang diterima tapi pandangan benci atau dendam yang terserlah dan menyebabkan kerenggangan perhubungan berlaku serta hilang raasa hormat yang selama ini ada dalam diri ini terhadap mereka... adakah aku telah menjadi insan yang kurang ajar? mungkin adalah baik aku berpindah ke tempat lain, bertukar angin kerana terlalu lama aku di sini.. maka orang akan jemu dengan sikap kita terutama yang tidak mengenali diri kita.. yang tidak boleh terima apabila pandangan/keputusan dibantah atau berlaku perjanggahan pendapat... apa yang harus aku lakukan?.... sampai bila benda ini akan berlarutan? sampai bila aku terus cuba bertahan? sampai bila? aku pn xtau .. tapi andai kata aku berpindah ke tempat lain adakah mudah untuk aku menyesuaikan diri... adakah kerana takut, aku was-was utk membuat keputusan? entah laa.. aku buntu.. tidak tahu dengan siapa yang boleh aku luahkan.. rasa percaya aku pada orang lain telah kurang.. dan itu membuatkan aku untuk bercerita kerana aku takut aku akn ditipu dan seterusnya ditertawakan....

Ahad, 22 Januari 2012

sedihh

Teman... aku rindukan saat-saat dulu.. saat tika kita belajar bersama-sama.. kenapa sekarang ne bila dah habis belajar kita dah makin jarang berhubung, seolah-olah aku hanya wujud bila diperlukan sahaja sedangkan ko tau aku amat memerlukan mu dan menyayangimu teman.. sampainya hatimu membuatku begini.. apa salahku... aku sedih teman bila aku sering sendiri tanpamu di sisi.. sunyi bila tidak mendengar suaramu.. tp aku harus tahu ko bukan milikku ... kenapa aku harus tamak .. tidak mahu berkongsi kasih sayang sahabat dengan orang lain.. kejam kah aku atau rasa sayang yang wujud ini menjadikan aku cemburu bila mengetahui ko lebih rapat dengan teman-teman lain... lupakah aku bahawa kita hanya sekadar kawan... itulah ungkapan yang sering bermain di bibirmu bila aku mempersoalkn tentang kita.. ya kita hanya sekadar sahabat baik... tapi kenapa kini aku seolah-olah dipinggirkan olehmu.... aku sedih teman... bukan senang utkku bersahabat dengan seseorang serapat dirimu namun akhirnya aku tetap sendiri.... apakah maknanya teman.. apakah ertinya persahabatan kita ini... adakah ko sentiasa mengingatiku... bila kuutarakan persoalan itu, lantas ko menjawab tak terlintas di fikiranmu melupakanku namun apa yang ko ucapkan tidak sama dengan apa yang ko lakukan .. aku sedih ...

hurmmm,... fuhhhh .. nthla...

Musim cuti-cuti begini ramai yang balik kampung namun aku jua yang masih dikota .. bersendirian tanpa apa-apa.. seringkali teringatkan kampung halaman.. teringat klu di kala ini aku di kampung aku xkn makan maggi setiap hari.. pasti mkn nasi walaupun lauknya xseberapa tp cukup utk alas perut.. aku ingin kembali ke kampung halaman tp pendapatan ku xseberapa dengan keadaan ekonomi sekarang.. aku rindukan mak ayah.. hati yang rawan bertambah pilu bila kawan-kawan tiada di sisi.. entah la.. nk kata sedih pn xtau la bila kawan rapat dh jadi xserapat dulu.. apa puncanya aku pn xtahu.. tapi aku sentiasa merindukan kawan-kawan yang jauh di mata tp dekat di hati...

Isnin, 9 Januari 2012

Aku juga sendiri....

hurmm xtau ape yang perlu aku fikirkan dengan sendiri.. si dia yang dulu telah berbahagia dengan kekasih hati dan mungkin akan bersatu di alam perkahwinan... aku juga sendiri.... cuma adakala aku terkenang saat dulu tp itu cuma tinggal kenangan dan sejarah silam... apa yang penting sekarang... adakah aku layak untuk mana-mana lelaki? adakah aku akan hidup sendirian sehingga akhir hayatku... sahabat baik yang ku sayang juga mempunyai kekasih hati.. aku cemburu yang entah apa dengannya... sedangkan aku telah berjanji dengan diriku memdamkan perasaanku terhadapnya kerana aku tidak pasti perasaan aku sebenarnya pada dirinya... aku takut dia tidak boleh terima diriku seadanya... aku insan biasa yang serba serbi kekurangan... lagipun hala tuju hubungan ku dengan yang nonmuslim tu pn xtau arah tuju.. entah laaa.. aku jadi tawar hati utk meneruskan kehidupan ini... aku jadi seorang pasif semula.. aku jadi pendiam dan tak endah keadaan sekeliling... aku hanya mampu bermenolog dalam diri sendiri.. mungkin kerana aku dahagakan secebis kasih syang... aku tak ada kawan rapat.. aku xrapt dengan keluarga.. aku sentiasa sendiri.. sepi dan terus sepi... sampaikan kedtangan tahun baru kali ini tanpa ada semangat baru... yang aku tau aku ingin tidur.. tidur untuk selama-lamanya jika itu yang menenangkan diriku.. aku tidak tahu nak bercerita dengan siapa kerana bagiku permasalahan masa lampau ku itu tidak patut dikongsikan dengan sesiapa.. biarlah... tahun ini umurku menginjak lagi setahun namun aku masih belum berteman.. masih belum berjumpa dengan pasangan hidupku.. betapa cepatnya masa berlalu.. kalau aku boleh pergi jauh dari sini.. jauh dari orang-orang yang mengenali aku alangkah bagusnya... namun ke mana boleh ku melarikan diri? entah la.. aku hilang punca.. jiwa jadi kosong ...