Ahad, 31 Oktober 2010

Moody? Pasrah ... huhuhu

Minggu ne sepatutnya minggu yang mengembirakan namun ianya berubah menjadi hambar dan "mood" aku berubah-ubah setelah tahu bahawa sahabat baikku mempunyai kekasih hati yang baru... kenapa aku jadi begitu aku tidak pasti pada mulanya namun akhirnya ketemui jua jawapannya iaitu aku mula menyayanginya namun tak mampu meluahkannya.. aku cuba untuk redha menerima kenyataan itu dan berlagak tenang ketika dia gembira menceritakan kebahagiaannya itu, malah aku memberi nasihat lagi kepadanya berkenaan hubungan yang baru terjalin itu.. walaupun sukar untuk ku terima namun hakikatnya memang begitu.. dia memang hanya anggap aku sekadar sahabat biasa semata-mata.. Aku akhirnya pasrah akan kenyataan yang aku xnak terima selama ini.. yang aku xnak terima dan xnak tau tp aku kena hadapinya juga dan kena terima bahawa itu benar-benar berlaku... bukannya mainan, bukannya ujian buatku.. aku memang xpatut menyimpan perasaan terhadapnya kerana aku terlalu jauh untuk menggapai impian itu.. ah itu terlalu sukar utk kucapai.. aku tau dari dulu tapi kenapa aku nak bertahan berada di sisi dan berharap .. dah tau harapan itu tiada tapi masih mengharap lagi.. bodoh kan aku .. aku nak sedih pn xblh coz aku kena tenang menghadapi keadaan itu... kerana dengan ketenangan itu baru lah aku kuat untuk berdepan dengannya.. jika aku blh berlari aku akan berlari sejauh mana yang boleh.. tapi nasib baik la dia xmenyedari akan ape yang berlaku .. lagipun aku memang tidak patut menyimpan perasaan terhadapnya kerana tidak mungkin aku memiliki hatinya malah dirinya... aku patut lupakan perasaan ini dan buang jauh2.. aku tidak sedar pun bila perasaan ini hadir dalam diriku.. entah lah.. adakah aku betul-betul menyintainya atau ini hanya mainan perasaan semata-mata.. ya allah kau kuatkan lah diri ini untuk menghadapi dugaan ini.. ini hanya sikit.. lagipun kami memang kawan baik semata-mata.. jangan aku ubah status itu kerana pastinya akan jadi serba salah jika dia mengetahui perasaanku.. entah2 dia pun xnak kawan dengan aku dah.. dia hanya anggap aku hanya sekadar kawan.. hanya kawan semata-mata.. tolonglah kawal perasaan aku ne.. aku xnak persahabatan ini akan berlakunya perpisahan hanya kerana semua ini.. tapi kuatkah aku untuk bertahan dengan segala cerita berkenaan kekasih hatinya.. dengan melihat dirinya sms dan call kekasih hati... ah itu betul-betul mengusik hatiku, namun aku kena cuba utk kuat dan boleh buat untuk setenang yang boleh.. bkn cuba tapi boleh buat... tolonglah jangan uji aku sedemikian rupa... tapi entah la, kenapa aku seringkali kalah dengan perasaan yang hadir ini.. perasaan yang tanpa diundang... aku boleh jadi gila camne.. aku cuba utk bersikap gembira dengan kebahagiaan dia kecapi malah memberi nasihat lagi kepadanya.. pandainya aku ne berlakon xde ape2 di hadapannya dan malah menjadi pendengar yang setia pada setiap masalahnya dengn kekasih hati dia.. ah.. kenapa nak melukakan diri terus hanya kerana dia.. kenapa? adakah aku terlalu sayang padanya atau kerana kami terlalu rapat.. entah la... memang aku perlu korbankan perasaan ini demi kebahagiaannya kerana aku telah tahu aku bukan pilihan hatinya.. kerana aku bukan ciri-ciri idamannya... aku hanya aku.. dan aku kena pasrah dengan keadaan ini.. pasrah , itu lah yang perlu aku buat sekarang dan bersikap setenang yang boleh walaupun itu menipu diri aku sendiri.. aku lebih rela dilukai dari dia terus dilukai.. jika itu adalah jodohnya.. aku kena restu.. jadi dia akan jadi sahabt aku selama-lamanya ibarat lagu antara kasih dan cinta... itu lah ibarat hubungan aku dengan dia.. aku dah xlarat untuk meneruskannya..doakan aku mampu menghadapi semua ini.. mungkin ini balasan aku... aku kena redha.....

Antara Cinta Dan Kasih

Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

Sambil dengar lagu ne dimainkan, mengingatkan aku siapa aku sebenarnya di sisinya dan aku telah berikan lagu ne khas untuknya namun dia mungkin ingat itu hanya gurauan semata-mata sebab baginya antara aku dan dia tiada yang serius.. semua hanya jenaka.. mulai ari ne mungkin aku patut keraskan kembali hati ini dengan mengurangkan sms dan call kepadanya.. itu lebih baik rasanya.. kerana aku nak dia bahagia dengan pilihan hatinya..

Khamis, 28 Oktober 2010

Sakit hati @ Gaduh @ Manja

Ari ne dok sakit hati, gaduh ngn member yang dah mcm bf aku tu.. sbb kami dua rapat jadi sesuka hati kami jer.. ada masanya dia panggil aku "dear", aku panggil dia "b".. eeeeeee gelinya...tapi itulah kenyataannya.. namun kami berdua xpernah serius, xpernah membicarakan perkara berkenaan hati dan perasaan masing-masing.. mungkin masing2 mengatakan kami kawan baik... betul ke kawan baik.. entah la... ada masa bertekak, ada masa merajuk.. selalunya aku la yang sensitif tu.. ikut kepala aku jer.. yg si member ne pula dok pujuk.. hahaha.. tp aku wat xtau dan tunjukkan hati keras aku... keras ke hati aku..entahlah.. ari ne aku xnk layan dia coz perkara kecil jer sebenarnya tp entah la aku blh gaduh n kata dia degil.. adushh apa2 la aku ne ... adakah aku ne cuma nk ambil perhatian member tu haahahaha.. xde maknanya ... aku dok kata dia kaki perempuan w/pn dia dok kata xbaik tau ko kata aku cmtu.. jahat kan aku.. tp dia tetap bersabar dengan karenah aku tu.. aku pun xtau kenapa la dia ne tahan sangt ngn perangai aku.. dan aku pun xtau nape la aku ne larat nak layan perangai dia tu.. dah terlebih manja ngn aku... semuanya nk aku watkan.. adusshh... tp aku sendiri yg rela.. hahaha... ne nak gadh ker manja atau majuk... hahahha entah la.. aku pun pening pala...

Rabu, 27 Oktober 2010

Rindu


Rindu ini seringkali menjengah diri ini.. rindu pada keluarga, teman-teman... adakalanya bila rindu, ianya mengusik perasaan ku.. hampir2 membuatkan air mata in mengalir namun ku cuba bertahan kerana ku pasti rindu ini tiada penghujungnya.. lebih baik rindu dari membenci... biar ku simpan rindu ini... angin malam, sampaikan rinduku ini kepada yang ku rindu ini.. semoga sesiapa yang kurindui merasai bahawa aku merinduinya... ah.. hati ini.. rindu ini... jika rindu ini memudaratkan diri, maka jauhkan rindu ini dari ku... namun aku percaya rindu ini hanya sekadar rindu, tidak mempunyai maksud tersirat dan tersurat.. ianya timbul secara tiba-tiba, tanpa diundang, ianya ada dalam diri setiap insan, cuma kadang-kadang kita sendiri yang tidak mahu mengakui bahawa rindu itu hadir.. walaupun rindu itu hadir untuk seorang sahabat.. adakalanya kita tidak tahu kenapa kita rindukan seseorang itu.. entah.. kenapa perlu mencari sebab dan alasan untuk menyatakan rindu.. kenapa lidah kelu untuk menyatakan rindu? adakah salah jika kita rindukan seseorang? tidak salah kn.. apa kita akan lakukan jika terlalu merindui ... saya pernah menghukum seseorang sahabat yang merindui diri saya... jahatkan saya.. ahh.. kenapa nak menghukum, sedangkan tak ada kesalahan pn yang dilakukan, hanya merindui.. tapi saya kejam tidak pedulikan rindu itu... walau sebesar mana pun sebabnya kita tidak patut berbuat demikian.. saya sedar kini dan cuba untuk bersikap lebih optimis... tp rindu tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata tapi ku cuba luahkan juga.. jika kita telah rela untuk tidak merindui seseorang yang telah pergi, kenapa rindu itu muncul kembali.. tidak kira orang itu telah tiada di dunia, telah ada pasangan hidup sendiri, seorang sahabat dan seangkatan dengannya.. rindu pada yang telah pergi, kusedekahkan al-fatihah... rindu pada sahabat dan teman-teman, itu biasa berlaku tidak kira sahabat itu lelaki atau wanita..asalkan rindu itu tidak memakan diri sendiri.. saya rindukan semua sahabat saya skrg kerana sahabat saya makin jauh dengan saya kerana mereka takut dengan perubahan diri saya.. saya jadi pemarah semula .. saya tak tahu pe yang merasuk fikiran ini sampai sukar untuk menenagkan diri.. ah tekanan ada di mana-mana...