Ahad, 31 Oktober 2010

Moody? Pasrah ... huhuhu

Minggu ne sepatutnya minggu yang mengembirakan namun ianya berubah menjadi hambar dan "mood" aku berubah-ubah setelah tahu bahawa sahabat baikku mempunyai kekasih hati yang baru... kenapa aku jadi begitu aku tidak pasti pada mulanya namun akhirnya ketemui jua jawapannya iaitu aku mula menyayanginya namun tak mampu meluahkannya.. aku cuba untuk redha menerima kenyataan itu dan berlagak tenang ketika dia gembira menceritakan kebahagiaannya itu, malah aku memberi nasihat lagi kepadanya berkenaan hubungan yang baru terjalin itu.. walaupun sukar untuk ku terima namun hakikatnya memang begitu.. dia memang hanya anggap aku sekadar sahabat biasa semata-mata.. Aku akhirnya pasrah akan kenyataan yang aku xnak terima selama ini.. yang aku xnak terima dan xnak tau tp aku kena hadapinya juga dan kena terima bahawa itu benar-benar berlaku... bukannya mainan, bukannya ujian buatku.. aku memang xpatut menyimpan perasaan terhadapnya kerana aku terlalu jauh untuk menggapai impian itu.. ah itu terlalu sukar utk kucapai.. aku tau dari dulu tapi kenapa aku nak bertahan berada di sisi dan berharap .. dah tau harapan itu tiada tapi masih mengharap lagi.. bodoh kan aku .. aku nak sedih pn xblh coz aku kena tenang menghadapi keadaan itu... kerana dengan ketenangan itu baru lah aku kuat untuk berdepan dengannya.. jika aku blh berlari aku akan berlari sejauh mana yang boleh.. tapi nasib baik la dia xmenyedari akan ape yang berlaku .. lagipun aku memang tidak patut menyimpan perasaan terhadapnya kerana tidak mungkin aku memiliki hatinya malah dirinya... aku patut lupakan perasaan ini dan buang jauh2.. aku tidak sedar pun bila perasaan ini hadir dalam diriku.. entah lah.. adakah aku betul-betul menyintainya atau ini hanya mainan perasaan semata-mata.. ya allah kau kuatkan lah diri ini untuk menghadapi dugaan ini.. ini hanya sikit.. lagipun kami memang kawan baik semata-mata.. jangan aku ubah status itu kerana pastinya akan jadi serba salah jika dia mengetahui perasaanku.. entah2 dia pun xnak kawan dengan aku dah.. dia hanya anggap aku hanya sekadar kawan.. hanya kawan semata-mata.. tolonglah kawal perasaan aku ne.. aku xnak persahabatan ini akan berlakunya perpisahan hanya kerana semua ini.. tapi kuatkah aku untuk bertahan dengan segala cerita berkenaan kekasih hatinya.. dengan melihat dirinya sms dan call kekasih hati... ah itu betul-betul mengusik hatiku, namun aku kena cuba utk kuat dan boleh buat untuk setenang yang boleh.. bkn cuba tapi boleh buat... tolonglah jangan uji aku sedemikian rupa... tapi entah la, kenapa aku seringkali kalah dengan perasaan yang hadir ini.. perasaan yang tanpa diundang... aku boleh jadi gila camne.. aku cuba utk bersikap gembira dengan kebahagiaan dia kecapi malah memberi nasihat lagi kepadanya.. pandainya aku ne berlakon xde ape2 di hadapannya dan malah menjadi pendengar yang setia pada setiap masalahnya dengn kekasih hati dia.. ah.. kenapa nak melukakan diri terus hanya kerana dia.. kenapa? adakah aku terlalu sayang padanya atau kerana kami terlalu rapat.. entah la... memang aku perlu korbankan perasaan ini demi kebahagiaannya kerana aku telah tahu aku bukan pilihan hatinya.. kerana aku bukan ciri-ciri idamannya... aku hanya aku.. dan aku kena pasrah dengan keadaan ini.. pasrah , itu lah yang perlu aku buat sekarang dan bersikap setenang yang boleh walaupun itu menipu diri aku sendiri.. aku lebih rela dilukai dari dia terus dilukai.. jika itu adalah jodohnya.. aku kena restu.. jadi dia akan jadi sahabt aku selama-lamanya ibarat lagu antara kasih dan cinta... itu lah ibarat hubungan aku dengan dia.. aku dah xlarat untuk meneruskannya..doakan aku mampu menghadapi semua ini.. mungkin ini balasan aku... aku kena redha.....

Antara Cinta Dan Kasih

Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

Sambil dengar lagu ne dimainkan, mengingatkan aku siapa aku sebenarnya di sisinya dan aku telah berikan lagu ne khas untuknya namun dia mungkin ingat itu hanya gurauan semata-mata sebab baginya antara aku dan dia tiada yang serius.. semua hanya jenaka.. mulai ari ne mungkin aku patut keraskan kembali hati ini dengan mengurangkan sms dan call kepadanya.. itu lebih baik rasanya.. kerana aku nak dia bahagia dengan pilihan hatinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan