Khamis, 30 Disember 2010

kecelaruan

hurmm.. entah berapa kali sudah aku mengeluh.. mood ku berubah kerana perjumpaan petang semalam dengan kawan baikku semlm .. entah mengapa mood aku cepat sangt berubah & terasa bila dia bergurau denganku atau tak dengar apa yg aku cakap.. aku anggap dia tu siapa .. dia tanya xkn sebb dia xnak g klinik, aku marah dia.. aku pun tak tahu kenapa mood aku cepat berubah skrg hanya kerana sikap dia sebegitu.. adakah sebab kerana aku terlalu risaukan kesihatannya kerana dia perlu drive jauh mlm2 atau adakah sebab lain... sebab lain? aku tak tahu apakah sebab itu? entah la.. sepatutnya semlm perjumpaan itu perjumpaan yang menggembirakan, xsepatutnya berakhir dengan ketegangan @ kemuraman... kenapa aku mencipta keadaan yang tegang antara kami berdua? kenapa? walaupun kami keluar bertiga tapi suasana akhir perjumpaan tu menjadi tegang kerana aku.. dah la dia tak sihat, aku lak tambhkan masalah kat dia.. aku lak bg dia pening.. hari ini lansung tiada sinar gembira walaupun pasukan bola sepak malaysia menang.. biasanya aku blh jadi seperti sediakala bila bangkit dari tidur tapi kali tak.. apa yang ku rajuk sebenarnya? ape yang ku harapkan sebenarny? aku mula berfikir, adakah memang patut aku menjauhkan diri darinya? aku pernah cuba sebelum ini tapi aku tak berjaya kerana aku tak mampu menanggung rindu padanya.. tapi jika aku terus-terusan dengan sikap aku skrg ini, tidak mustahil dia yang akan jauhkan diri dari aku kerana bosan dengan sikapku.. dia pernah meluahkan dia bosan kerana aku asyik mengusik dia dengan cara yang sama.... apakah yang perlu aku lakukan bagi menghuraikan kecelaruan ini....

Rabu, 22 Disember 2010

Sedih

Aku sedih malam ini setelah bersembang dengan kakakku.. hati ini cepat tersentuh bila kakakku memberitahu abg-abg aku ramai yang tidak keja dan duduk di rumah.. makan, mak ayah yang bagi... sepatutnya diaorg la yang bagi... kenapa diaorg xsedar.. sedangkan aku anak bongsu mereka blh sedar akan tanggungjawab itu, kenapa mereka sewenang2nya berbuat demikian.. aku tidak sanggup untuk mengetahui semua itu dengan lebih mendalam kerana tika ini air mataku laju membasahi pipi comelku.. aku bg alasan kat kakak aku yang aku nk tdo.. padahal aku berendam dengan air mata.. dah la aku jauh dari keluarga... diaorg wat lak mak ayah aku mcm tu.. sampai hati diaorg.. bkn nk tlg usahakan tanah yang ada kat kg tu.. entah apa nk jadi dengan mereka aku pun xtahu... tapi aku kena kuat.. aku xblh lemah.. aku xblh suka2 membuang air mata ini... air mata ini menunjukkan aku insan yang lemah...

Ahad, 19 Disember 2010

Apakah maknanya

Aku xtahu kenapa aku seringkali terasa hati dan menyebabkan sahabat baikku salah sangka.. dia ingat aku mrah kn dia padahal aku berbuat begitu kerana bagi menggelakkan dia perasan perasaan aku terhadapnya.. apa aku perlu lakukan sekarang ne? sekali lagi kami bertengkar hanya kerana perkara kecil kukira.. aku yang memulakannya.. apa dah jadi ne? kenapa tali persahabatan ini menjadi sedemikian rupa.. aku kah yang membuat kesilapan kerana mengganggap dirinya lebih dari seorang sahabat? ku kira ku telah berjaya menghapuskan perasaan itu kerana aku sedar diriku yang serba kekurangan, yang tak sepadan dengannya, tambah lagi dia telah mempunyai kekasih hati.. sanggupkah aku menghancurkannya? sedangkan aku tahu antara kami berdua mustahil wujud satu hubungan yang istimewa.. tidak mungkin sama sekali.. sedar lah wahai hati, wahai diri ini.. sedarlah akan kedudukanmu dihatinya.. hanya sekadar sahabat baik semata-mata.. bertahan la hati utk setahun lagi kerana selepas ini tidak jumpa dia lagi... dan belajarlah terima hakikat wahai hati... yang dia bukan untukku.. setiap kali dia katakan kami adalah kawan baik, setiap kali itu juga aku merasakan hatiku bagai disayat-sayat sembilu.. tabahkan la hatiku.. mungkin adalah lebih baik aku diamkan diri macam dulu lagi walaupun seksanya ku rasa bila tidak bersembang dengannya. kiranya itu yang lebih baik dari keadaan sekarang ne, asal sembg jer pasti tercetus pergaduhan.. entah la.. aku pun dah xtau bagaimana untuk bersikap seperti biasa dan dia pun sepertinya tak boleh menerima segala gurauan ku.. entah mana silapnya.. masing2 terasa.. aku pun tak tahu bagaimana akhirnya persahabatan ini.. adakah boleh lagi aku memanggil hubungan ini sebuah persahabatan? klu xblh, aku nak panggil apa? hati tabah la menghadapi semua ini.. aku kena bersikap optimis...

Sabtu, 18 Disember 2010

kenapa terasa hati....

aku tak tahu kenapa aku terasa dengan perbuatan sahabat baikku.. benda kecil jer blh wat aku jd sensitif sgt.. aku terkilan sbb byk kali aku diperlakukan sedemikian rupa.. dia janji nk sms aku namun xda sms aku.. tetap aku juga yang kena mulakan perbualan secara online.. betapa sakitnya hatiku.. ingt nk merajuk pn bukan dia faham & tahu kenapa aku nak merajuk..ini menunjukkan aku ne bukan sesiapa baginya.. hanya ada bila diperlukan sahaja.. klu org lain aku tak peduli, ini dia yang mengaku aku sahabat baiknya.. betapa aku rasa terkilan, sedih bila mengenangkan semua ini.. adakah aku ini hanya dipergunakan semata-mata.. setiap orang yang nak rapat dengan aku bersebab.. kerana ada kepentingan diri sendiri.. aku pula demi xnak keseorangan aku sanggup dilukakan berkali-kali tapi aku tak tahu kali ini luka itu dalam atau tidak.. aku tidak tahu sampai bila aku mampu bertahan.. aku harap aku mampu bertahan sehingga akhirnya...

Khamis, 9 Disember 2010

Sahabat... Aku Cinta....

Aku¦ tertidur karenamu
Tak padam wajahmu Tak hilang tawamu
Tak habis diriku Memikirkan kamu
Bagaimana kamu Samakah denganku

Tapi kau¦ Engkau sahabatku
Sahabat karibku Yang selalu denganku
Menemaniku Salahkahku bila
Mencintaimu Jujur aku malu

Duhai bulan tolongku Tuk nyatakan padanya
Dan bulan tolong ia Tuk nyatakan padaku
Duhai bulan tolongku Tuk nyatakan padanya
Dan bulan tolong ia Tuk nyatakan padaku
Engkau sahabatku Engkau cintaku

Duhai bulan tolongku Tuk nyatakan padanya
Dan bulan tolong ia Tuk nyatakan padaku
Engkau sahabatku Engkau cintaku

Duhai bulan tolongku Tuk nyatakan padanya
Dan bulan tolong ia Tuk nyatakan padaku
Engkau sahabatku Engkau cintaku

Rabu, 8 Disember 2010

MaLaM Yang SePi...

mlm yang sepi, hanya terdengar deruan kipas angin di bilikku sambil menghayati lagu-lagu kegemaranku namun tidak menghilangkan sakit kepala yang datang dengan tiba-tiba.. akan tetapi kugagahkan diri untuk update blog ku ini kerana hanya di sini tempatku meluahkan apa yang ku rasa, apa yang ku alami walaupun ianya tidak pandai meluahkan kata-kata namun cukup bagiku jari jemari ini yang meluahkan kata-kata yang tak dapat kuucapkan secara lahiriahnya.. aku masih cuba untuk menjarakkan diriku dengan kawan baikku kerana aku takut aku xdapt mengawal perasaan kasih & sayangku padanya.. cukuplah hanya ianya tersimpan di hati kerana aku sedar diri ini bagaimana yang serba kekurangan, yang xmungkin setanding untuk bertahta di hatinya.. aku kena pegang kata-katanya bahawa aku hanya kawan baik dia sampai bila-bila jadi aku tak nak persahabatan kami berubah menjadi tegang jika dia tahu aku myimpan perasaan dengnnya... kepala ku makin berdenyut, dah lewat malam pun, dah tiba masa untuk tidur, esok nak kerja lagi.. jangan terlambat bangun pagi nanti dah la.... aku pasti kuat menghadapi semua ini, melalui semua ini... insya allah...

Ahad, 5 Disember 2010

Hati, jgn la sedih di kala sepi

hati jangan la terusik hanya kerana diriku kesepian.. ahh... nape aku jadi beremosi bila kawan baikku asyik bz dan xada masa nk layan aku mcm dulu.. xkn aku xblh fhm yang dia pun ada kehidupan dia sendiri.. aku ne pun asyik ganggu dia jer... mesti dia rimas kan.. pe daa aku ne.. air mata jangan la terlalu mudah untuk mengalir kerana perkara yang remeh temeh ne.. dulu aku blh jer layan blues sorg2.. mcm komik blues utk aku tu .. dh lama xbc komik tu.. nanti nak cari la... mcm mana lagi aku nak myibukkan diri eik? agar aku tak rasa kesunyian selalu.. entah la... adushh apa patut aku lakukan ...

Bosan...

Nape la aku rasa bosan lak ne.. mungkin sbb aku xde member untuk bersembang kot.. entah la.. aku rasa cm bosan sgt hari ne dan malas.. apa nak jadi ngn aku ne.. adushh aku pn xtau... dh bc novel pun tetap rs bosan... @@@@@@@@@@$$$$$$!!!!!!!!!*********########..begong tul dah aku ne.. dah sengal plus xbetul kot.. pe daaaa

Rabu, 24 November 2010

Sendiri

Sendiri lebih elok walaupun sebenarnya xelok.. namun aku rasa itu yg terbaik buatku masa ini.. aku masih berusaha untuk melupakannya.. buat apa kita nk ingt orang yang xingt kat kita.. jgn pula aku jadi hidung xmancung, pipi tersorong2 lak.. biarlah.. lgpn aku sedar aku byk kelemahan-kelemahan yang wat orang xkn blh terima aku ... skrg ne pun aku cuba berlagak happy jer sedangkan dlm hati hanya aku yang tahu namun itulah aku.. aku xkn pamerkan kesedihan yang aku alami pada org lain.. semlm adlh hari terakhir aku chatting dengan dia, insya allah itu kali terakhir kali kerana aku xnk nanti aku dianggap mengganggu ketenangan yang dia miliki.. aku doakan dia bahagia... byk pesanan yang aku tinggalkan kat dia semlm... mcm2, dah macam mak nenek lak... ari ne lak pg2 lagi dok sms aku, tp aku wat xlyn n off hp .. mls nk lyn.. tp tghari aku on blk hp automatik aku reply msg dia.. begong kan aku.. nape sukar sgt aku nk jauhkan diri dari dia.. kenapa la aku sentiasa ternanti2 akan sms @ call dr dia sedangkn xingt aku lansung.. pe la aku ne... xsedar2 lagi ke? adushh, parah lagu ne.. hahaha.. itu lah aku kata sendiri lebih baik dari berdua..

Sabtu, 13 November 2010

hurmm aku memang ditakdirkan keseorangan

kali ini baru aku tau di mana kedudukan aku di hati semua org... tiada siapa yg peduli dan ambil tahu pasal diriku skrg.. biarlah itu lebih baik.. xnk termakan budi org... susah bila termakan budi.. ari ne aku cuba kuatkan diri utk stdy bagi menempuh exam esok... tapi aku rindukan dia namun kukuatkan diri dengan off hp n invisible kat ym n gmail.. dia pn lansung xsms, call n chat ngan aku.. ini bermakna jika bukan aku yang mulakan perbualan, dia xkan mula.. mean aku xpenting pn dlm hidup dia.. nape la aku ne dok mengharap lagi.. sanggup membiarkan diri terus dilukai.. entah la.. yg non muslim tu pula ari tu bkn main romantis.. la ne senyap.. ah mungkin hanya aku yang fkr bkn2.. lebih baik begini daripada aku kepenatan yang amat sgt.. ini permulaanya.. jadi aku kena kuat pada permulaan bahawa aku akan sendiri tidak kira apa yang berlaku.. kenapa nak brgantung harp pada org kn .. sedangkan aku sendiri blh tanpa bantua sesiapa.. biarlah.. aku tau adakalanya aku rasa dipergunakan semata-mata namun ku buang perasaan itu jauh2 kerana ta baik buruk sangka dengan orang kan.. rasanya cuti semester ini aku akan menyendiri lagi.. tidak pedulikan phone call, sms, email dr member sekuliah dengan ku.. aku nk hidup dalam duniaku sendiri... aku xnak kacau hidup org.. aku xnak menyusahkan org.. biarlah aku dengan diriku... itu yg lebih baik..

Jumaat, 12 November 2010

nape ne?

hurmm.. aku tak tau nape ngn aku ne.. xada mood nk stdy lansung sedangkan exam ahad ne.. aku tak tau la ape yg mengganggu fkrn ku ini.. knp aku jd mls cmne.. tinggal sehari lagi tapi aku xbc apa2 pn.. asyik main game jer.. mcm mana aku nk jawab exam nanti.. dah tu hp aku off.. ym pn xon9.. gmail pn xon9.. biarlah bkn ada sapa2 nak cari aku pn.. aku xtau la nak g exam tak klu cmne .. tp x g rugii aku dah byr 270.. klu g confirm ke aku blh lepas paper tu.. entah la .. nape aku lansung xleh nak stdy.. ya allah tlg la hambamu ini.. tenangkan la jiwa ku yg kacau ini..

Rabu, 10 November 2010

Optimis atau tidak?

Hari ini aku cuba bersikap lebih optimis dalam kehidupan yang aku jalani sekarang ne.. kerana dengan sikap optimis tu aku mampu gembira tapi kenapa aku tak mampu melupakannya.. kenapa semakin ku cuba untuk melupakannya, semakin kuat ingatanku padanya.. kenapa aku diuji sebegini lagi.. sebelum ne aku pernah terjadi perkara yang sama namun aku mampu hadapi tapi kenapa kali ini aku rasa aku xmampu untuk menghadapinya ... sedangkan aku masih tak tahu siapa aku di hatinya kerana dia sendiri keliru dengan perasaannya.. aku tak nak dia buat keputusan dalam keadaan dirinya yang kekeliruan kerana keputusan yang dibuat dalam kekeliruan itu bukan keputusan yang tepat.. biarlah dia buat keputusan dengan tenang.. aku tak mampu jika tidak call n sms dia dalam sehari sekarang ne.. aku jadi rindu mendengar suaranya.. aku rindu pada kelakuannya yang kadang kala mencuit hati walaupun adakalanya aku terasa namun kerana sayang, terasa atau terkilan itu boleh hilang begitu sahaja.. ah.. aku perlu beranikan diri jika ingin bersikap lebih optimis sekarang ne.. semalam aku mampu tunjukkan tiada apa2 yang menyedihkan diri ini di depan dia.. walaupun pada mulanya amat sukar untuk memujuk diri ini agar tidak menunjukkan kesedihan di depan dirinya kerana aku xnak dia sedih kerana aku.. dah lama aku xmengalirkan air mata tp malam ne air mataku jadi rapuh dan tumpah dengan laju kerana aku telah menyatakan bahawa aku takkan hubungi dirinya walau rindu mcm mana sekalipun dengan aku.. aku tak nak dia rasa lebih tertekan dengan aku.. aku nak dia bahagia kerana aku bkn insan yang mampu bahagiakan dia.. perkara ne takkan lama.. pasti dia mudah untuk melupakkan aku.. aku telah membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan darinya... maafkan aku... aku terpaksa buat macam ne demi kebahagiaan dan kebahagiaan dirimu.. maafkan aku..

Selasa, 9 November 2010

bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi

ah, bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi.. begitulah keadaannya dia antara aku dan A.A.K..@ ada aku kisah... hahahaha... aku kena gembira.. aku xleh moody dah.. xpyh fikir pasal cintan cintun.. aku nk hidup sendirian.. itu yang lebih elok w/pn hakikatnya hidup berdua lebih elok.. namun siapa yang hidup dengan aku ne.. xde sape.. ari ne aku ada xm tapi aku xtau aku blh jwb tak.. entah la... aku sayang dia tapi dia seringkali mengungkapkan yang kami hanya sekadar kawan shj.. ungkapan itu yang melemahkan dan menyakitkan bagi aku.. dia kata kami kawan tp layan aku lebih dari seorang kawan.... apa maknanya.. kenapa nak seksa aku sebegini.. sampai bila aku mampu bertahan dengan keadaan sebegini.. argh.. aku perlu bertahan sehingga exam ini berakhir .. lepas tu aku nak tenangkan diri jauh2.. klu aku blh g jauh dr semua ini alangkah baiknya.. klu aku blh melangkah ke tempat yang semua orang xkenal aku alangkah baiknyaa.. tapi blhkah... insya allah... aku tiada harapan antara aku dan dia.. akan aku biarkan hubungan ini hambr seperti di angin lalu dan aku akn biarkn dia lupakan aku utk selamanya tp aku akan ingt dia selamanya.. aku sayang dia... aku hanya mampu meluahkan di sini.. aku tidak mampu menyuarakannya dengan kata-kata, hanya mampu memendam rasa dan meluahkan melalui jari jemari ku yang menari di papan kekunci ini.. hanya di sini sahaja tempatku untuk meluahkan ape yang aku rasa.. sesuatu berlaku antara kami semlm ... tp jap jer begong pastu ok balik.. biasa la kwan baik kan.. arghhh.. gembiralah hati.. aku xnak dia nampak aku sedih.. gembira lah.. aku xnak bila dia tgk aku sedih fikiran dia terganggu.. aku xna benda tu berlaku pada dia... cukup la setakat ne dulu.. aku kena bersiap skrg .. buhbyeeeee...semoga dia bahagia dengan kptsn yang dia buat..

Khamis, 4 November 2010

Kenapa?

kenapa aku baru tau perkara itu selepas 10tahun.. kejamnya.. kenapa tak dari dulu ... rupa-rupanya kawan baik yang sekelas aku masa form4 dulu suka kat aku tp xnk bgtau perasaannya kat aku coz kwn baik dia suka kat aku.. gila.. kenapa aku baru tahu semua ini selepas 10 thn dan selepas dia telah kahwin n mempunyai cahaya mata.. arghh.. sedangkan dulu aku juga menyayanginya dulu.. dia boleh match maker kn aku ngn kwn baik dia tu..

Selasa, 2 November 2010

Aku kalah ....tapi kena kuat..

kenapa aku kalah lagi dengan perasaanku sendiri.. mlm td aku dah bertekad xnak hubungi dia dan buat dia rasa akan kehilanganku... tapi aku sentiasa rindukan dia.. bagaimana ne.. ah... tp pagi2 ne aku dah on9 n nampak dia tukar gambar aku komen lak.. kenapa aku makin sukar melupakannya sedangkan antara kami tiada apa2, hanya kawan.. kami tidak pernah membicarakan soal hati dan perasaan antara kami.. yang ada hanya membicarakan tentang hati dan perasaan dia ngan kekasih hati.. aku hanya memendam perasaan.. adakah kerana aku ne terlalu lama memendam perasaan menyebabkan aku sukar untuk berjauhan atau xberhubungan dengan dia? kami sama-sama selesa dengan perhubungan sahabat selama ini, namun kenapa kali ini aku tak boleh nak terima akan berita yang dia mempunyai kekasih hati yang baru.. xkan aku nak tanya padanya tentang perasaan dia terhadap aku sedangkan aku tau dia br ada kekasih hati.. apa patut aku lakukan,.. dia hanya bgtau akulah kawan rapat dia.. itu yang membuatkan aku lagi sedih tapi ku tahan air mata ini agar tidak tumpah.. aku dah xmampu untuk menangis lagi walau sedih @ terusik hati ini.. mungkin sebab aku dah keraskan hati ku ini.. aku xbalas dah msg dia.. aku nak biarkan sahaja... baik sms, call, chatting dari aku nak abaikan kerana aku perlu bersendirian.. aku takut perasaan aku padanya makin mendalam, kerana ianya makin mendalam makin sukar untuk ku lupakan dia nanti.. aku harus kuatkan diri ..

Ahad, 31 Oktober 2010

Moody? Pasrah ... huhuhu

Minggu ne sepatutnya minggu yang mengembirakan namun ianya berubah menjadi hambar dan "mood" aku berubah-ubah setelah tahu bahawa sahabat baikku mempunyai kekasih hati yang baru... kenapa aku jadi begitu aku tidak pasti pada mulanya namun akhirnya ketemui jua jawapannya iaitu aku mula menyayanginya namun tak mampu meluahkannya.. aku cuba untuk redha menerima kenyataan itu dan berlagak tenang ketika dia gembira menceritakan kebahagiaannya itu, malah aku memberi nasihat lagi kepadanya berkenaan hubungan yang baru terjalin itu.. walaupun sukar untuk ku terima namun hakikatnya memang begitu.. dia memang hanya anggap aku sekadar sahabat biasa semata-mata.. Aku akhirnya pasrah akan kenyataan yang aku xnak terima selama ini.. yang aku xnak terima dan xnak tau tp aku kena hadapinya juga dan kena terima bahawa itu benar-benar berlaku... bukannya mainan, bukannya ujian buatku.. aku memang xpatut menyimpan perasaan terhadapnya kerana aku terlalu jauh untuk menggapai impian itu.. ah itu terlalu sukar utk kucapai.. aku tau dari dulu tapi kenapa aku nak bertahan berada di sisi dan berharap .. dah tau harapan itu tiada tapi masih mengharap lagi.. bodoh kan aku .. aku nak sedih pn xblh coz aku kena tenang menghadapi keadaan itu... kerana dengan ketenangan itu baru lah aku kuat untuk berdepan dengannya.. jika aku blh berlari aku akan berlari sejauh mana yang boleh.. tapi nasib baik la dia xmenyedari akan ape yang berlaku .. lagipun aku memang tidak patut menyimpan perasaan terhadapnya kerana tidak mungkin aku memiliki hatinya malah dirinya... aku patut lupakan perasaan ini dan buang jauh2.. aku tidak sedar pun bila perasaan ini hadir dalam diriku.. entah lah.. adakah aku betul-betul menyintainya atau ini hanya mainan perasaan semata-mata.. ya allah kau kuatkan lah diri ini untuk menghadapi dugaan ini.. ini hanya sikit.. lagipun kami memang kawan baik semata-mata.. jangan aku ubah status itu kerana pastinya akan jadi serba salah jika dia mengetahui perasaanku.. entah2 dia pun xnak kawan dengan aku dah.. dia hanya anggap aku hanya sekadar kawan.. hanya kawan semata-mata.. tolonglah kawal perasaan aku ne.. aku xnak persahabatan ini akan berlakunya perpisahan hanya kerana semua ini.. tapi kuatkah aku untuk bertahan dengan segala cerita berkenaan kekasih hatinya.. dengan melihat dirinya sms dan call kekasih hati... ah itu betul-betul mengusik hatiku, namun aku kena cuba utk kuat dan boleh buat untuk setenang yang boleh.. bkn cuba tapi boleh buat... tolonglah jangan uji aku sedemikian rupa... tapi entah la, kenapa aku seringkali kalah dengan perasaan yang hadir ini.. perasaan yang tanpa diundang... aku boleh jadi gila camne.. aku cuba utk bersikap gembira dengan kebahagiaan dia kecapi malah memberi nasihat lagi kepadanya.. pandainya aku ne berlakon xde ape2 di hadapannya dan malah menjadi pendengar yang setia pada setiap masalahnya dengn kekasih hati dia.. ah.. kenapa nak melukakan diri terus hanya kerana dia.. kenapa? adakah aku terlalu sayang padanya atau kerana kami terlalu rapat.. entah la... memang aku perlu korbankan perasaan ini demi kebahagiaannya kerana aku telah tahu aku bukan pilihan hatinya.. kerana aku bukan ciri-ciri idamannya... aku hanya aku.. dan aku kena pasrah dengan keadaan ini.. pasrah , itu lah yang perlu aku buat sekarang dan bersikap setenang yang boleh walaupun itu menipu diri aku sendiri.. aku lebih rela dilukai dari dia terus dilukai.. jika itu adalah jodohnya.. aku kena restu.. jadi dia akan jadi sahabt aku selama-lamanya ibarat lagu antara kasih dan cinta... itu lah ibarat hubungan aku dengan dia.. aku dah xlarat untuk meneruskannya..doakan aku mampu menghadapi semua ini.. mungkin ini balasan aku... aku kena redha.....

Antara Cinta Dan Kasih

Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

Sambil dengar lagu ne dimainkan, mengingatkan aku siapa aku sebenarnya di sisinya dan aku telah berikan lagu ne khas untuknya namun dia mungkin ingat itu hanya gurauan semata-mata sebab baginya antara aku dan dia tiada yang serius.. semua hanya jenaka.. mulai ari ne mungkin aku patut keraskan kembali hati ini dengan mengurangkan sms dan call kepadanya.. itu lebih baik rasanya.. kerana aku nak dia bahagia dengan pilihan hatinya..

Khamis, 28 Oktober 2010

Sakit hati @ Gaduh @ Manja

Ari ne dok sakit hati, gaduh ngn member yang dah mcm bf aku tu.. sbb kami dua rapat jadi sesuka hati kami jer.. ada masanya dia panggil aku "dear", aku panggil dia "b".. eeeeeee gelinya...tapi itulah kenyataannya.. namun kami berdua xpernah serius, xpernah membicarakan perkara berkenaan hati dan perasaan masing-masing.. mungkin masing2 mengatakan kami kawan baik... betul ke kawan baik.. entah la... ada masa bertekak, ada masa merajuk.. selalunya aku la yang sensitif tu.. ikut kepala aku jer.. yg si member ne pula dok pujuk.. hahaha.. tp aku wat xtau dan tunjukkan hati keras aku... keras ke hati aku..entahlah.. ari ne aku xnk layan dia coz perkara kecil jer sebenarnya tp entah la aku blh gaduh n kata dia degil.. adushh apa2 la aku ne ... adakah aku ne cuma nk ambil perhatian member tu haahahaha.. xde maknanya ... aku dok kata dia kaki perempuan w/pn dia dok kata xbaik tau ko kata aku cmtu.. jahat kan aku.. tp dia tetap bersabar dengan karenah aku tu.. aku pun xtau kenapa la dia ne tahan sangt ngn perangai aku.. dan aku pun xtau nape la aku ne larat nak layan perangai dia tu.. dah terlebih manja ngn aku... semuanya nk aku watkan.. adusshh... tp aku sendiri yg rela.. hahaha... ne nak gadh ker manja atau majuk... hahahha entah la.. aku pun pening pala...

Rabu, 27 Oktober 2010

Rindu


Rindu ini seringkali menjengah diri ini.. rindu pada keluarga, teman-teman... adakalanya bila rindu, ianya mengusik perasaan ku.. hampir2 membuatkan air mata in mengalir namun ku cuba bertahan kerana ku pasti rindu ini tiada penghujungnya.. lebih baik rindu dari membenci... biar ku simpan rindu ini... angin malam, sampaikan rinduku ini kepada yang ku rindu ini.. semoga sesiapa yang kurindui merasai bahawa aku merinduinya... ah.. hati ini.. rindu ini... jika rindu ini memudaratkan diri, maka jauhkan rindu ini dari ku... namun aku percaya rindu ini hanya sekadar rindu, tidak mempunyai maksud tersirat dan tersurat.. ianya timbul secara tiba-tiba, tanpa diundang, ianya ada dalam diri setiap insan, cuma kadang-kadang kita sendiri yang tidak mahu mengakui bahawa rindu itu hadir.. walaupun rindu itu hadir untuk seorang sahabat.. adakalanya kita tidak tahu kenapa kita rindukan seseorang itu.. entah.. kenapa perlu mencari sebab dan alasan untuk menyatakan rindu.. kenapa lidah kelu untuk menyatakan rindu? adakah salah jika kita rindukan seseorang? tidak salah kn.. apa kita akan lakukan jika terlalu merindui ... saya pernah menghukum seseorang sahabat yang merindui diri saya... jahatkan saya.. ahh.. kenapa nak menghukum, sedangkan tak ada kesalahan pn yang dilakukan, hanya merindui.. tapi saya kejam tidak pedulikan rindu itu... walau sebesar mana pun sebabnya kita tidak patut berbuat demikian.. saya sedar kini dan cuba untuk bersikap lebih optimis... tp rindu tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata tapi ku cuba luahkan juga.. jika kita telah rela untuk tidak merindui seseorang yang telah pergi, kenapa rindu itu muncul kembali.. tidak kira orang itu telah tiada di dunia, telah ada pasangan hidup sendiri, seorang sahabat dan seangkatan dengannya.. rindu pada yang telah pergi, kusedekahkan al-fatihah... rindu pada sahabat dan teman-teman, itu biasa berlaku tidak kira sahabat itu lelaki atau wanita..asalkan rindu itu tidak memakan diri sendiri.. saya rindukan semua sahabat saya skrg kerana sahabat saya makin jauh dengan saya kerana mereka takut dengan perubahan diri saya.. saya jadi pemarah semula .. saya tak tahu pe yang merasuk fikiran ini sampai sukar untuk menenagkan diri.. ah tekanan ada di mana-mana...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kenapa teringat, kenapa merindu pada yang sepi

Ah aku xtau kenapa aku masih merindui dia yang sepi dengan diriku.. dengan kawan-kawan lain dia ok tapi mengapa denganku dia tidak mahu melayan karenahku.. apakah salahku kali ini? aku pun xtahu.. entahlah.. jika dengan berbuat demikian dia gembira dan bahagia aku relakan w/pn sebenarnya dia sentiasa di ingatanku.. puas sudah ku cuba melupakan bayangan wajahnya namun tetap muncul di fikiran sedangkan perkenalan kami singkat sahaja, hanya beberapa bulan tapi kenapa ingatanku padanya begitu mendalam.. apakah ertinya? aku cemburu bila dia baik dengan kawan perempuan yang lain tapi dengan aku dia buat xendah, entah2 dah xingat kat aku dah.. iyelaa aku msg pn xberbalas, call pun payah nak angkat.. hati mana yang tak terusik.. dia xnak berkawan dengan aku dah ke? aku ada wat salah ker? entah aku pun xtahu.. aku hanya blh diamkan diri sahaja.. skrg ne aku kerap berbual dan sms dengan sahabat baikku.. dia lah peneman di kala ku kesunyian walaupun jarak antara kami jauh namun kami seringkali berhubung tidak macam dia dekat tapi rasa jauh.. ah.. aku pun tak tahu perasaan ku ini perasaan apa.. aku tidak mahu dipermainkan oleh perasaan diri sendiri.. aku masih cuba untuk melupakan segalanya dan fokus pada pelajaran.. insya allah aku blh lupakan dia.. dah dia xingt aku kan.. lagipun minggu ne aku akan kembali sibuk dengan tugasan-tugasan di pejabat.. jadi xde la aku akan terfikirkan dirinya nanti...

Selasa, 27 Julai 2010

Keja

hurmm.. macam2 hal yang berlaku kat tempat keja akhir2 ne yang membuatkan aku begang.. bukan aku seorang jer yang begang.. ramai lagi yang begang dengan pihak pengurusan atasan kerana buat keputusan sesuka hati.. aku tahu la aku ne hanya org bawahan sahaja.. cakap kami sape yang nak dengar.. klu dengar pn bkn ada take action. la ne aku dah xad hati nak p keja kat tempat keja aku.. tiba2 hilang semua semangat utk melaksanakan kerja yang di amanahkan.. siapa yang nak dengar kata-kata kami.. apa2 kami diperkatakn tidak dapat menerima perubahan.. entah la.. aku pn tak tahu camne nanti.. aku dah isi borg pertukaran keluar tp bila aku fikir balik adakah tindakan aku itu umpama melarikan diri dari masalah atau tanggungjawab.. mungkin ya.. tapi aku dah lama bersabar.. entah la .. aku dapat rasakan aku memang xdpt terima cara diaorg camtu.. bercakap ikut suka, bukannya nak kaji betul2.. bila kita kata cm tu.. dia kata lak nak tunggu berapa kalau nak kaji betul2.. n bila nk wat perubahan.. aku tau la depa wat cam tu sebab depa nak naik pangkat pastu blah dari tempt kami tu... pastu arahan blh lak bagi melalui sms.. xpernah di buat orang.. ada bg arahan guna sms.. mana hitam putihnya.. mana memonya... kata belajar tinggi2 ...buat ikut suka diaorang jer.. entah la apa2 pn tetap orang bawahan juga menikus dalm gantang... hahaha ayat apekah itu. aku pn xtau.. nak sakit hati pun xguna.. xkemana pn.. luahan itu hanya di situ semata-mata... biarkan luncai terjun dengan labu2nya.. aku dah xfokus n teliti wat keja.. dah ramai yg isi brg pertukaran.. entah la... ada yang nak boikot.. tp xboikot gak.. kena akur wat keja gak w/pn dah xada hati nak wat keja.. pas tu nk suruh kami senyum... cuba la diaorg letakkn diri dalam posisi kami.. ini tak.. main redah jer.. entahla .. tunggu dan lihat jer laaaa

Ahad, 25 Julai 2010

Ku Tak Tahu

Aku tak tahu kenapa dengan diriku.. kenapa aku perlu merindui ketiga-tiga lelaki yang ada dlm hidupku.. aku tiba-tiba merasai kesunyian yang teramat sangat.. sahabat baikku, seorang yang ku anggap abg dan sahabat dan seorang lagi yang muncul dalam hidupku hanya seketika.. gila kan 3 orang .. ape nak jadi denganku.. tapi yang rajin melayan karenahku adalah sahabat baikku.. entah la.. dia yang xjemu2 melayan karenah ku.. yangabg tu lak mcm menghindarkan diri selepas peristiwa kemalangan ari tu.. au tak tahu mengapa dia perlu lakukan begitu.. dah sebulan lebih kami xberjumpa.. yang seorang lagi tu memang menyepikan diri.. aku cuba untuk tidak mengingatkan dirinya namun tetap terlintas di fikiranku... entah la hati sendiri pun susah nak baca inikan nak baca hati orang lak.. dah la kat ofis mcm2 hal.. ada jer .. kereta lak lain citernya... study lagi.. aku pn xtau la.. layannn jer laaa..

Khamis, 15 Julai 2010

kau sahabatku

baru je lepas sembg ngan sahabat baikku.. maklum la dapat call free selama 7 hari sempena hari lahir ku yang baru lepas.. siapa bagi call free... celcom la.. ok juga kan... blh call n sms sesuka hati.. hahahah.. macam-macam kami bualkan.. siap usik mengusik lagi kata aku rindu dia la bila xcll .. entah la siapa yang rindu siapa.. blushingnye... ekeleh malu2 pula aku ne.. memang terbit juga rindu dalam diri pada sahabatku ini.. rindu seorang teman.. kami teman tapi mesra la.. hahaha.. lagipun dia mesti dah ada kekasih hati cuma kali ini dia tidak memberitahu padaku siapa kekasih hatinya.. selalunya aku tahu siapa kekasih hatinya.. tu arr kawan baik katakan.. adakah kami sama2 menipu hati masing2 atau tak.. aku pun xtahu .. entah la... mungkin benar kami kawan baik hingga ke akhir hayat.. xsesuaiiiii la klu kami jadi couple hahahahha.. iye ker tu... ahaaahahaa.. tanya dalam hati.. adakah dalam hati ada taman.. fuhyoooo ayat.. bukan main lagi... sabar jer la... dah la masa hari lahirku , kawan baik ini tidak tahu akan hari kelahiranku tapi aku siap merajuk lagi.... kelakar kan.. bila fikir blk nak tergelak pn ada.. iye laaa aku siap marah2 lagi sebab dia lansung xingt atau xtau kot... sabar jer la.. ada juga cmtu... siap kata lagi bukan hadiah atau sambutan kupinta tapi hanya sebaris ucapan iaitu selamat hari lahir... tapi nasib baik la malam hari lahir ku ada member yang menyanyikan lagu hari lahir buatku.. terharu beb... iyelaa.. kami xpernah bersua tapi blh berkawan ... terima kasih kawan, terima kasih sahabt.. kerana sentiasa di sampingku tika aku sedih, pilu, susah, terluka, gembira dan bahagia.. ahhahaaaa... ^_^

Jumaat, 9 Julai 2010

Kekasih yang tak di anggap

hari ini aku mengimbau detik-detik bermula hubunganku dengan si dia.. yang ku kenal secara online pada tahun 2003 dan kembali berhubung pada jun 2007.. dah akhirnya menjadi kekasihnya.. walaupun berbeza agama namun ianya tidak menjadi penghalang untukku menerimanya.. aku masih muda untuk mengenal cinta.. tambh lagi perhubungan cintaku telah berakhir pada hujung tahun 2005 atau awal 2006 pun aku tidak pasti kerana aku yang memutuskan hubungan itu.. awal pertemuan memang selalunya indah.. tiada cacat celanya.. namun setelah hampir setahun semuanya berubah. hubungan menjadi pudar.. sungguh aku tak tahu macam mana kami bercinta kerana jarang bertelefon dan sms.. tidak macam pasangan cinta yang lain.. dia seorang yang baik dan penyayang.. kadang-kadang kebaikannya itu membuatkan diri ini sakit hati.. kerana terlampau baik hati pada orang lain.. entah la.. selepas itu dia telah mendapat pekerjaan tetap pada ogos 2007 dan berjauhan denganku.. entah la.. agaknya masing-masing sibuk.. aku sibuk dengan kuliahku.. dia sibuk dengan tugasan barunya.. jadi masing-masing tiada masa utk cintan cintun.. tp ada masanya aku yg turun ke tempatnya. melihat keadaan tempat tinggalnya.. ah tapi itu dulu.. sekarang.. susah nk kata.. dah la call jarang atau xpernah.. sms pun kadang-kadang.. bukan tanya khabar tp kerana ada yang perlu ditanyakan.. jika tidak handset ku akan menyepi.. kekasih kah itu.. entah la.. akhirnya perasaan itu bertukar hanya tiada apa pada perhubungan kami.. seolah-olah hanya pada nama hubungan kami.. pandangan kawan-kawan sepejabat mengatakan kami pasangan yg bahagia kerana hanya mendengar cerita-cerita dariku sahaja, begitu juga dengan teman-temannya melihat kami berdua seolah-olah tiada masalah sedangkan entah la.. aku tidak merasa kemanisan dalam bercinta.. jadi aku tidak tahu sama ada aku ne mempunyai kekasih atau tak kerana layanan sebagai seseorang kekasih itu tiada.. ah mungkin salah dari diri ku juga kerana tidak memainkan peranan kot.. entah la aku pn tak tahu.. aku seringkali terfikir sejauh manakah hubungan kami ini.. dia pernah mengatakan seandainya aku atau dia berjumpa dengan lebih baik..dia merelakannya.. sebab itu hati ini terusik juga bila ada kawan-kawan yang memberi perhatian pada diriku.. pada kawan-kawan sekuliah ku katakan aku tidak punya kekasih tapi pada teman-teman sepejabat aku tidak boleh mengatakan begitu kerana mereka tahu aku mempunyai kekasih iaitu dia dan mereka pernah bersua.. keluarga ku sampai sekarang masih tidak tahu akan hubungan ini.. entah la..

Khamis, 8 Julai 2010

^_^ (*_*)

ah.. agak lama juga tidak menjengah blog ku ini.. bukan apa.. xde idea nk mengarang dan ada masanya kepenatan yang amat sangat.. tidak lama lagi kelas akan bermula, aku pasti akan sibuk lepas ne tapi mengapa aku xbrp ready nak masuk kelas.. ah.. mungkin sebab dah lama sangt cuti kot.. semester ini aku akan sekelas ngan teman baikku.. hanya dia yang mampu bertahan dengan sikapku.. tidak ambil peduli.. sentiasa ada... dengan dia juga aku sering kali bersembang.. hanya dia kawan yang ada untuk berbincang berkaitan pelajaran sekarang ne.. kami berdua telah pasrah dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh kerana kami tahu kami ne tidak sepandai yang lain.. masalah kereta ku kiranya hampir selesai.. aku harap dan berdoa kereta ku tiada masalah sepanjang aku ada kuliah.. susah la jika tiada kereta.. mcm mana aku nk g kuliah, bkn dekat.. lagipun semester ini memerlukan aku kerap berulang alik dari rumah sewa ke tempat kuliah... ah tidak lama lagi bulan ramadhan bakal kunjung tiba.. puasa ganti aku dah wat.. aku tidak tahu bagaimana hari pertama g kuliah kali ne selepas lama aku menyepi kan diri.. hahaha..aku blh buat dan teruskan... insya allah...

Rabu, 30 Jun 2010

perubahan

hurmm ku ingtkan perubahan yang kulakukan membawa kegembiraan dalam hidupku namun aku makin tertekan kerana aku merupakan informer tak bergaji mereka dan mereka still mencari aku w/pn aku tidak mengendahkan segala pertanyaan dan panggilan telefon mereka. kejamkah aku berbuat demikian? tapi aku berbuat demikian ada sebabnya.. sebabnya aku terlalu penat.. penat utk menjadi informer.. aku dah xlarat jadi mentor pada semua org.. kenapa aku jadi begini? kerana apa kah? entah la aku pun xtahu cuma aku rasa xlarat nak jawab semua pertanyaan2 itu.. aku betul2 penat.. cukup la selama 5 semester aku kepenatan menghadapi semua ini.. aku bertambh penat apabila aku dengar yang aku ini hanya dipergunakan dan diperalatkan semata-mata demi kepentingan mereka cuma aku yang tidak menyedarinya ... owh tuhan.. berdosakah diriku kepada kawan-kawanku.. aku tidak tahu.. adakah aku berhak berbuat demikian.. pasti bermacam2 sangkaan mereka terhadapku.. ada yang mengatakan aku merajuk dengan mereka dan adanya yang menanyakan sama ada aku sibuk atau ada masalah .. entah lah.. aku masih diam membisu tidak menjawab pertanyaan mereka dan membiarkan ianya sepi di angin lalu.. aku tahu aku hanya diperlukan bila mereka memerlukan . jika tidak aku tidak wujud di kalangan mereka atau di hadapan mereka.. ahhh aku pn xtahu kenapa aku blh berfikir demikian.. aku harap aku kuat melakukan perubahan ini kerana ini juga demi kebaikan diriku.. aku kena fokus pada pelajaran.. tidak boleh terlampau baik mengajar diaorg sedangkan keputusan aku sendiri tidak sebaik mereka.. tapi jika aku berbuat demikian adakah mereka akan mengatakan aku ne kera sumbang... tapi kenapa nak peduli apa orang kata. mereka hanya tahu mengata tapi tidak tahu akan sikap mereka sendiri.. hanya tahu menilai orang lain tapi diri sendiri.. aku juga begitu jadi aku tidak blh menyalahkan mereka kerana aku juga seorang manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. cuma kali ini aku ingin menjadi pendiam.. huh.. aku harap aku blh lega dengan keputusan yang aku buat ini.. insya allah.. perubahan ini ke arah kebaikan... aku blh lakukannya dan fikirkan yang positif.. chaiyok!!!

Rabu, 23 Jun 2010

peningnya kepala kuu........

arghhh.. kenapa jadi begini.. habis lah klu kakak ku jd singgah rumah aku masa anak saudara ku dtg sini.. pasti kakakku akan bertanyakan mana kereta ku.. ah sudah.. haruskah aku memberitahu keadaan sebenar, perkara sebenar yang berlaku.. klu tidak dari mana aku hendak pinjam kereta lagi.. ahhhhhhhhhhhhhh.. aku jadi buntu.. kalau begini aku blh dapat migrain ... sakit kepala ku.. aku xtau nak wat pe lagi.. kereta aku xmungkin siap dalam masa sekejap..

Selasa, 22 Jun 2010

penat

hari2 yang kulalui selepas tragedi sabtu lepas amat memenatkan.. klu blh menjerit, aku teringin menjerit, klu blh menangis aku ingin menangis sepuasnya.. tapi apa guna itu semua.. bkn blh hlgkan tekanan dalam diri ku dan kepenataan yang di alami... aku gagahkan juga menaip malam ne.. mana tau mlm ne mlm terakhir buat ku di sini.. ah aku merapu lagi.. entah ... dah fikiran bercelaru memang cm tu.. ada jer yang merapu.. banyak benda lagi xsettle.. ahh aku xtau patutkah aku sembunyikan tragedi ari sabtu dr keluarga dan rakan-rakan sepejabat.. entah.. aku xnak benda tu jadi kecoh.. aku xlarat nak citer berulang kali.. aku bkn kuat pn nak menceritakannya.. nanti aku jadi lemah semula.. ne pn paksa diri utk kuat menjalani liku-liku kehidupan yang telah tersurat.. tidak sabar rasanya ku ingin sujud padamu ya allah.. memohon kekuatan darimua ya allah agar aku lebih tabah menghadapi semua ini.. semoga hari mendatang esok hari adalah lebih baik dari hari ini dan hari-hari sebelumnya, insya allah.. amin ya rabbal a'laa min..

Isnin, 21 Jun 2010

mampukah aku bertahan...

aku tidak tahu mampukah aku bertahan lagi.. mampukah aku berlakon seolah-olah aku ne kuat utk menghadapi semua yang berlaku.. aku xtau.. aku ingin memegang tangan seseorang yang mampu memberi kekuatan kepadaku sekaligus memberi kekuatan pada dirinya.. tragedi yang berlaku ptg sabtu lepas itu membuatkan aku lemah hingga hampir tidak mampu utk melangkah ke langkahan yang seterusnya dalam hidup ini.. kenapa semuanya berlaku bertimpa2 .. kegembiraan yang dikecapi hanya seketika.. semuanya musnah apabila tragedi itu menimpa diriku.. ya allah beratnya ujian darimu.. apakah maksudmu ya allah.. berilah aku kekuatan utk menghadapi semua ini.. kerana hingga ari ne aku masih lemah utk melangkah liku2 dalam kehidupanku.. aku ingin meminjam kekuatan seseorang agar aku mampu berdiri dengan kuat menghadapi segala ini sekaligus memberi kekuatan pada dirinya.. cuma aku bersyukur tragedi itu tidak meragut nyawa salah seorang dari kami..

Sabtu, 19 Jun 2010

Sakit dan Rindu..

alhamdulillah sakit dah berkurangan namun rindu makin menebal.. ku rindu tp xmampu nk meluahkan padanya.. nanti dikatakan aku ne hidung xmancung, pipi tersorong2 lak.. aku amat merindui saat2 awal perkenalan ku dengan sahabatku ini.. betapa gembiranya, betapa indahnya saat itu.. klu blh aku ingin sentiasa berada di saat itu namun ku tahu itu mustahil kerana semuanya telah berubah.. skrg ne mcm ada jurang yang besar di antara kami.. aku pn xtau.. ku pujuk diri ini .. kuatkan la diri menghadapinya ... aku kerap kali membaca ape yg kami bualkan dulu kat ym.. alangkah bahagia & gembiranya rasa hati ketika itu tidak seperti sekarang sunyi, sepi, pilu dan sebagainya,... aku inginkan saat itu .. ya allah apa dah jadi dgn diriku ini.. sekejap aku katakan aku blh terima, sekejap cemburu, sekejap marah, benci namun rindu yang selalu berkunjung di hati,.. apakah ertinya? kenapa perkenalan singkat itu mengusik hatiku.. aku pn xtau..aku amat merinduinya.. aku ingin bersembang dengnnya seperti dulu namun aku xada kekuatan utk menyatakannya.. lidah ku kelu, terdiam membisu.. jari jemari hanya mampu menaip di sini meluahkan apa yang hatiku rasa, teringin menghantar kata2 rindu padanya namun akalku menengah.. kerana aku tak tahu adkh dia juga merinduiku.. aku xtau sampai bila perasaan ini akan ada dlm diriku.. ku pujuk diri dgn mengatakan dia ada org yg sukai .. hipokrit kah aku.. mungkin.. tp mampukah aku gembira dengan mengatakan sedemikian rupa.. ahhh entah lah.. aku pn xtau...

Jumaat, 18 Jun 2010

Akhirnya..

akhirnya aku pasti perasaan yang kunjung tiba itu hanya mainan semata-mata.. aku kembali berfikiran waras kerana semua sikap rajuk ku beberapa hari ne ada sebabnya.. aku blh lupa bahawa hari wanitaku bakal tiba.. sebab tu la aku bersikap sensitif semacam jer.. hahaha.. dan aku blh terima persahabatanku dengan si dia.. aku dah blh tenangkan diri.. entah mcm mana aku blh jadi setenang begitu.. aku pn xtau.. mungkin kerana ada novel yang menjadi pendampingku.. oooii ingtkan ape yang jadi pendampingku.. rupa2nya novel.. hahkksshaksss... apa2 jer la aku ne.. apa2 pn aku dah blh anggap antara kami hanya sekadar sahabat.. tak mungkin lebih dari itu.. hahaha wat pe nak mengharap pada yang xpasti kan... yeaaaaa... esok cuti.. blh jejln.. dah ada planning nk p jalan tau.. hahahah... nak view beach la weekend ne... iye la tu sgt..

Khamis, 17 Jun 2010

jiwang la sgt.. hahahah

mlm ne mimpi ape tah layan lagu yg jiwang2 karat.. huyoo .. ayat.. gempaq tu.. entahlah .. dengan layan lagu2 tu.. blh gak mengimbas kenangan lalu.. blh ingt saat2 indah masa berchating.. dengan sape eik.. teka laaa.. rasa2.. lagu yang sy dengar sape yang suggestkan.. ahh bermain teka teki lak saya ne.. cm la pembaca tau.. haaaa.hhaaa.. apa2 dah.. entah lah.. sya memang xreti nak terasa hati @ majuk lama2.. xmcm org tu majuk berminggu2.. dah la sya xreti nak pujuk.. tp alih2.. call member sya sbb tau member tdo umah sya.. pas tu mula la gosip depa mengenakan saya.. adushh.. susah la nk rapat ngn mana2 lelaki coz mesti kena gosip.. ape tah diaorrg ne.. suka2 nak padankan sya sesuka hati.. marah la konon, pada hal dalam hati.. hanya tuhan yang tahu.. ahakss.. blushing daaaa.. hehehe.. eeee gediknya aku mlm .. aku ke ne? hahahaha.. entah la.. bila aku sedih ku baaca kembali saat2 kami berchating dah cukup mengembirakan aku.. at least kami ada kenangan yg bergembira..

pabila maaf diutarakan..

bila kata maaf dia utarakan padaku pagi ini.. marahku reda sedangkan mlm td habis member2 aku kena tempias marahku.. apa dah jadi denganku.. namun aku tetap sedih dengan terkilan.. entah lah dalam pada itu rindu bertandang.. ah mengapa perasaan ini memainkan diriku,.. menyeksa diriku.. aku ingtkan dia akan buat xkisah pada diriku namun dia memohon maaf pg ne.. namun aku hanya jawab xada apa yang perlu di maafkan .. apa yang dia katakan tu betul.. entah la apa dah jadi dengan diriku kerana bila dengan dia aku jadi mcm bkn diri aku je,.. ari ne saja kerap kali aku teringtkan dia namun aku sedih bila teringtkan dia tambh lagi melihatkan gambr baru di satu laman sesawang.. sampai aku terfikir adakah dia merokok... timbul semula kemarahan ku.. kenapa dia bersikap begitu.. ahh.. tapi siapa aku utk melarang, menghalang.. itu hak dia.. tapi aku sebagai sahabat patut menasihati mana yang xbetul.. tp nanti apa yang utarakan xbetul dia akan kata betul dan kata aku ne suka sgt nak melawan ckp dia.. entah lah.. adakah aku begitu.. aku pn xtau.. ahhh seksanya punya perasaan sebegini,....

tenangkah...

tenangkah hatiku dengan berbuat demikian .. huh.. entah la.. aku ingin melupakan semua ne dengan secepatnya.. kenapa muncul kembali .. ahh baik aku diamkan diri... tp blhkah berdiam diri itu menenangkan hatiku ini.. ah memang pedih pada permulaannya.. kan sebelum ini aku pernah juga pujuk hatiku sebegitu dan berjaya tetapi kehadirannya mengocak ketenangan hatiku ini.. kenapa.. adushh.. aku jadi xtentu.. ah.. baik layan novel la.. cinta xsemestinya bersatu.. cinta xsemestinya memiliki.. jadi aku akan lepaskan jika itu yang mengembirakan dia.. aku xberani utk berterus terang kerana aku tidak pasti akan perasaan ini.. aku takut perasaan ini hanya mainan semata-mata... ah.. aku blh hidup tanpa perasaaan ini.. aku nak buang semua ne.. jangan muncul lagi wahai perasaan sebegini.. jangan dera aku sebegini. ahh.. baik aku jalani hidup seperti biasa tanpa mengingatkan perkara itu.. jangan menghantui ku lagi.. bagaimanakah caranya.. aku tahu.. aku kena dekatkan diri pada allah.. berfikir secara rasional.. jangan ambil tindakan tanpa berfikir atau terburu-buru.. kelak menyesal pn tiada gunanya. .. cinta pada manusia tidak kekal tetapi mencintai allah yang satu kekal abadi.. akhirnya aku tahu mana jawapannya.. terima kasih ya allah ..

hari ini.. pergilah

pergilah semuanya.. aku xnk teringatkan si dia.. dia bkn peduli pn perasaan aku.. dia xtau dia dah mendera perasaan aku.. ah biar lah.. kan aku dah kata aku xnk perkataan CINTA itu wujud dalam kamus hidupku.. aku harus lupakan semua tu.. pertemuan kami hanya kebetulan dan sudah pn berakhir.. biarlah aku malas nak melayan perasaan yang entah apakah ini.. mustahil cinta tapi kenapa rindu, kenapa cemburu .. ahhhh aku sendiri tidak pasti.. aku jadi keliru.. aku ingin bersendirian.. supaya apa yang berlaku xkan mengganggu perjalanan hidupku.. padanya aku ne siapa.. cukup la dengan pertemuan mlm td.. aku nak pergi dari segala-galanya .. aku blh hidup tanpanya.. biar la aku sendiri uruskan hal diriku..aku xkan ambil peduli pada dirinya.. tapi blh kah? entah lah .. aku pn xtau ... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Rabu, 16 Jun 2010

geramnnyaaaaaaaaaaa

geram pn ada, benci pn ada .. entah la nape aku blh sensitif pada pertemuan kali ne.. aku blh merajuk dengan gurauannya.. entah .. aku jadi cepat marah sedangkan dia blh bersabar.. ya allah kenapa aku jadi camtu.. entah .. aku mcm tunjukkn yang aku ne cemburu dengan kawan perempuannya.. aku jadi xtentu hala.. xpuas bertemu sekejap sgt namun apakan daya dia pn ada hal lain.. xtau bila kami akan bertemu semula .. entah la.. aku xtau tp yang pasti ari ne aku jadi geram, marah, benci dan macam2 padanya... teringin menangis namun air mata ini xnak kuar dah..bagus juga.. wat pe nak menangis kerana lelaki.. xada gunanya.. aku harap perasaan ini hanya seketika bkn berterusan .. ku tidak mahu jiwaku kacau krn aku tau aku bkn pilihan hatinya..

apakah maknanya...


setiap pagi diri ini teringin sekali menelefon sahabat yang seorang ini agar bangun dr tdo namun seringkali diriku menegah agar jangan berbuat demikian.. dah lama aku xjadi "alarm clock" pada dirinya.. dulu di awal perkenalan kami aku lah "alarm clock bgnya" namun sejak pergaduhan itu ku pujuk diri agar tidak menjadi "alarm clock dia lagi". tahu kenapa? kerana aku sedih, aku pilu, terkilan dengan sikapnya.. ah itu hanya mainan perasaan semata-mata.. entah kenapa aku blh rasa aku begitu dekatnya bila berjauhan tp rasa jauh bila berdekatan.. aku pn xtau.. ari aku jumpa dia beberapa hari lepas, aku nampak badannya susut.. aku tau dia sibuk tapi kenapa sampai begitu susut badannya.. pertemuan selepas hampir 2 bulan kami tidak bersua.. aku tidak tahu adakah pertemuan itu akan menghasilkan pertemuan yang seterusnya.. entah lah.. pertemuan di mlm ahad itu amat tidak kujangkakan.. ahh .. entah la.. tapi aku blh tersenyum bila terkenangkan pertemuan itu.. mengusik kembali hati yang tenang.. tp memang pertemuan itu akn menghasilkan pertemuan seterusnya krn kali ini aku yang kena pergi ke tempatnya utk mengambil something darinya dan begitu juga hari isnin depan jika ada masakan yang dia ingin makan itu dibawa oleh anak saudaraku, mestilah kena berjumpa dia lagi supaya dapat memberi makanan yang dia ingin rasai.. entahlah.. kenapa perlu alasan utk pertemuan2 itu.. aku pn tidak tahu.. adakah hatinya sama dengan hatiku.. siapakah aku di hatiya? aku pn tak tau kerana sikap xkisahnya.. tp dia xsuka apabila kawan2 memadankan kami berdua.. dia marah.. adkh itu tandanya aku tiada di hatinya.. mungkin.. aku sahaja yang berfikiran jauh sebegitu sedangkan dia hanya menganggap aku ne cuma sebagai seorang sahabat semata-mata. ahhh.. perasaan ini.. kenapa muncul kembali ketika aku ingin membuang jauh-jauh .. kenapa menghantui diriku kembali... ku hanya mampu beserah padamu Ya Allah..

Isnin, 14 Jun 2010

KeNaPa...

Kenapa dikau muncul kembali di saat hatiku telah mula menerimamu ikhlas sebagai seorang sahabat.. kenapa hatiku di usik kembali? argh.. apakah ertinya.. kenapa bagaikan main tarik tali shj.. apakah maknanya sikapmu itu sahabat? aku xmengerti jauh lagi memahami.. aku terkejut menerima panggilan darimu petang semlm n mengatakan dirimu ingin menemuiku kerana nak mengambil barang2mu yang ada padaku.. tp bila bersua banyak citer yang kau bualkan dan membuatkan lidah ini menjadi kelu.. ku cuba utk berlagak biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kita.. seboleh2nya ku ingin sembunyikan perasaanku ini agar kau tidak menyendarinya.. sesak nafas ku memikirkan semua yang terjadi diluar lingkunganku, di luar pemikiranku.. kukira kau telah melupakanku namun aku silap setelah melihat sikapmu ketika bersua semlm.. masih sama .. tp mengapa kau banyak berdiam diri sebelum ne.. sampaikan aku tersalah erti akan diammu.. tp aku tetap dengan keputusanku cinta adalah yang terakhir kerana aku dah serik untuk mencintai dan dicintai.. aku beserah segalanya padaNya.. biarlah masa yang menentukannya.. rasa agak janggal perjumpaan kita semlm setelah lama tidak bersua namun akhirnya berubah menjadi seperti sediakala namun ku tahu aku harus hadkan diriku denganmu agar aku tidak lalai pada tanggungjawab yang lebih utaam iaitu belajar.. sekarang hanya itu yang aku fikirkan.. aku dah penat fikir pasal semua orang kerana pernahkah org fkr pasal diri kita? entah lah.. ini semua hanya mainan perasaan semata-mata.. nasib baiklah aku tidak jadi memberi warkah yang kulakarkan dulu padanya kerana kukira kita xkan bersua kembali.. jika tidak, aku tidak tahu betapa malunya utk berhadapan denganmu sahabat.. maafkan aku wahai sahabat.. terima kasih kerana masih setia menjadi sahabatku.. biar apa org kata berkenaan dirimu namun aku tau kau tidak begitu dan kau ada sebab utk berbuat sedemikian..

Sabtu, 12 Jun 2010

entah

pe yang ingin ku lakarkan pada malam ne aku pn xtau.. fikiran bercelaru.. esok genap sebulan keta ku di baiki.. sepatutnya ari ne aku dpt keta tu tp pam break bocor blk lak.. entah la.. yang tu satu hal.. aku pening pala.. xtau brp aku byr nanti.. arghh... ptg td dpt panggilan dr kg.. arghh.. menuntut aku utk berbakti pada keluarga.. aku xtau aku mampu lakukan ke tak.. memang ada berita yang mengembirakan hari ne tp byk lagi perkara yang aku kena settle kan.. aku dah biasa mengalah dan tidak membantah.. aku xtau la cmna nanti aku nk selesaikan semua perkara tu dalam masa terdekat ne.. sebab itu aku ingin bersendirian seketika .. tidak mahu terlibat dengan rakan2 sekuliah ku.. lebih byk mendiamkan diri.. diri ini terasa nk demam kembali namun kukuatkan diri agar tidak demam.. aku tidak blh lemah.. semua ini hanya dugaan..

Rabu, 2 Jun 2010

berilah ketenangan dalam hidupku..

"Ya Allah
Berdetik jantungku menyebut nama-Mu
Tenang dan damai dalam kalbuku
Sedingin sinar embun pagi
Indahnya tak dapat ku gambarkan lagi
Lebih tenang dari pantai yang sunyi
Lebih damai dari taman yang wangi
Ingin ku hilang diri
Ingin ku kembali
Walau belum sampai waktunya
Biarlah ketika ini
Saat jari ku dapat menari
Saat jiwaku dapat merasai
Sungguh rindu bagai pencinta sejati
Titisan layu membasahi
Bukan pipi... bukan diri
Tetapi hati yang rindu pada Illahi
Cinta itu takkan hadir
Bahagia itu takkan sempurnapada diriku
yang runsing dan dukacitayang lemah dan tak berusaha
yang penakut dan bakhil
yang berhutang dan di tekan orang lain
Cinta... ..bahagia
Ingin ku miliki
Cita-cita... ..impian
Ingin ku penuhi
Mengajak ku berjuang... .berbakti
Meninggalkan kesenangan duniawi
Mengajakku bersendiri
Meninggalkan fitnah menghancurkan diri
Akan tiba waktu itu
Pabilaaku mengenali-Mu
aku mendampingi kalimah-Mu
Pabila hatikuMencintai-Mu dan Rasul-Mu
Lebih dari tiap sesuatu

'Ya Allah kami mohon cinta-MU dan cinta orang yang mencintai-Mu serta semua amalan yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu''Ya Allah lindungilah kami dari kerunsingan dan dukacita,lindungilah kami dari kelemahan dan kemalasan,lindungilah kami dari penakut dan kedekut,lindungilah kami dari hutang yang banyak dan di tekan oleh orang lain'Perkenankanlah Ya Allah doa kami dan terimalah amalan kami,Sesunguhnya Engkau Maha Pemberi. amin ya rabbal a'alamin..

kau yang bergelar sahabat

Perselisihan kita hanya kebetulan..
Mengenalimu sudah ku anggap satu takdir..
Ingin selalu aku berada di saat itu..
Di waktu itu..
Kau berkeyakinan untuk mencuri hatiku...
Lantas aku abdikan keyakinanmu di jiwaku...
Air mata semalam menjadi saksi..
Bertemu denganmu..
Membawa sejuta keindahan..
Melemparkan kekalutan...
Menceriakan kegembiraan kita bersama...
Bagaimana harus aku bicarakan lagi...
Hanya hati ini yang merasai dan mengetahui..
Segala yang aku pendamkan terhadap mu...
Telah banyak perubahan yang kau bawa dalam hidupku...
Ketulusanmu menggamit jiwa dan naluriku..
Aku menyayangi cerita semalam..
Kau dan aku...
Senyum menatap keindahan...
Harapan ku...
Kita sentiasa teguh..
Berlandaskan sebuah keikhlasan..
Sebekas kejujuran..
Serta berdiri di atas garisan adap dan syariat..
Semoga Allah s.w.t merahmati segalanya...
Dan..
Semoga segalanya berada dalam keadaan baik dan sempurna...
kutujukan khas buat seseorang yang baru kukenali selama 4 bulan 3 hari.. aku tidak mampu meluahkan rasa hati kepdnya kerana sudah hampir satu bulan tidak diendahkan selepas peristiwa 12 april hari tu.. entah besar sgtkah silapku hinggakan seorang sahabat itu berjauhan dengan ku.. semuanya jadi kaku, jadi tegang .. tidak indah seperti dulu.. w/pn mulut mengatakan tidak namun mampu kah hati menipu diri sendiri .. entah .. tapi ari tu aku dah kuatkn hati dengan melihat dia bahagia aku akn tumpang bahagia namun mengapa hati ini seringkali berbisik dan terusik.. kenapa sering dia terlantas di layar fikiran.. entah la.. sedangkan aku tahu jurang antara kami terlalu dan agak mustahil untuk kami bersua kembali melihatkan sikapnya yang endah tak endah.. nak kata cinta terbit di hati mustahil.. perkenalan yang begitu singkat.. aku hanya rasa selesa dan selamat di sisinya namun setelah berlaku pertengkaran kecil semuanya berubah.. arghh.. aku pernah kata lupakan perkenalan singkat itu .. namun kenapa itu yg seriingkali menjengah di kotak fikiran ku.. ku ingin berikan kata2 di atas untuknya tapi ku tiada kekuatan berbuat demikian kerana ku sedar siapa aku di hatinya.. aku bkn siapa2 bgnya.. ah.. aku memang patut lupakan semua ini.. aku tetap blh gembira w/pn tanpa sahabat ini di sisiku.. jika hanya aku yang ingt pada dia cukuplah..
" the sky is full of star but the moon is you..the earth is full of friends but the best is you.. to forget me is ut to you.. to forget you, i will never do...
perkenalan singkat itu juga telah membuatkan aku kurang melayan karenah sahabat baikku (lelaki) hinggakn dia terasa hati denganku dan kami berbalah hanya kerana aku aku duduk di sebelah sahabat baru ini.. aku tidak dapat membaca apa yang org fikirkan namun adakalanya aku dan bestfriend ku macam belangkas @ kekasih tapi bestfriend ku ada kekasih hati.. kami hanya sekadar kawan w/pn dulu pernah terdetik di hati ini untuk berkasih sayang dengannya namun kufikirkan dengan waras agar kasih syg itu hanya sebagai seorang sahabat sahaja.. namun dengan sahabt yang baru ini.. timbul perasaan aneh w/pn dia agak sensitif orangnya akhir2 ini.. mungkin faktor umur kot tp di awal perkenalan kami dia xsebegitu.. biasa la kan lelaki hanya manis di awal perkenalan.. selepas itu semuanya pudar.. kelam.. dan kusam... begitu la ibaratnya persahabatan ku dengan sahabat yang baru ini... tp aku masih ingt 2 permintaanya semasa kami akrab.. aku xtau bilakah masanya aku menunaikan permintaannya utk merasai 2 masakan penting negeriku.. masakan biasa hampir semua member aku pernah merasakannya.. skrg ne aku hanya beserah ... persahabatan kami aku tidak tahu sampai ke mana.. sms pn tak berbalas.. call pn jawab singkat shj .. sbb itu aku rasakan aku dah xdperlukan sebagai seorang sahabat.. ahh biarlah jika itu yang mengembirakan dan membahagiakan dia sahabatku...

aku dah penat....

terasa begitu penat.. begitu sukar utk bernafas..sesak rasanya di dada... apatah lagi utk berfikir.. entah la.. kenapa aku rasa hidupku begitu memenatkan.. tapi klu xpenat bkn hidup namanya kan.. ahhh.. pandainya bermain kata.. bermadah.. bergurindam.. sedangkan semuanya bercellaru..

adakah sampai di sini sahaja...

xtau pe yang aku nk katakan mlm.. entah la xtau nk kata pe.. aku rindukan kancilku.. aku htr jumpa mekanik 12hb mei 2010.. sampai skrg xsiap lagi.. teruk sgt ke sampai mengambil masa yang lama utk disiapkan tp nasib baik la ne aku xguna sgt keta.. kuliah xmula lg tp nanti aku kena jaga anak2 lak.. aku dah rasa cam tawar hati nk teruskan blog ne.. aku ngh fkrkn adakah patut aku wat blog lain? entah la... tiba2 hilang rasa minat ku nk mengarang... nak blogging.. aku xtau nape.. thn lepas pn aku ingtkan aku dah xupdate blog aku tp aku tetap update gak blog ne w/pn kadang2.. cuma akhir2 ne je aku kerap update blog aku.. adakah aku telah ketandusan kata-kata? aku pn xtau... tiba2 aku fikir ingin kembali ke kg halaman ku yang jauh nun di sana.. patutkah aku bertukar tpt kerja dlm ms terdekat ne? enta.. tp hati ini mcm dah xada hati nak teruskan hidup di sini... aku xtau.. fkrn ku bercelaru.. apa yang aku fkr pn aku xtau.. sedangkan dulu aku pernah berjanj dengan sendiri yang aku xkan bertukar sekiranya belum dinaikkan pangkat.. adakah aku takut result akhir peperiksaan aku xsebaik yang aku ingin kan.. tapi result akhirku adlh hjg thn depan.. adkh aku nak lari membawa diri ... dengan lari sebegitu, mana mungkin tidak timbul pelbagai persoalan di minda rakan-rakan sejawatku... arghhh... ingin saja ku belari membawa diri ke tempat yang tiada siapa mengenaliku.. tapi berdayakah aku berbuat demikian.. aku punya mak ayah.. lari bkn penyelesaian masalah namun mengapa aku rasa tawar hati skrg utk terus bekerja di sini.. entah la.. aku rindukan mak ayah ...

Selasa, 1 Jun 2010

PeNgaLaMaN

pengalaman adakalanya indah, adakalanya menyakitkan tapi manakah yang lebih banyak kita lalui .. memang ramai yang berkata melalui pengalaman kita bertatih di atas kehidupan ini.. tp betulkah? adakah kita pasti pengalaman yang lalu itu tdak akan berulang kembali? bagaimana kita begitu pasti? aku pernah mengalami pengalaman yang sama tp dalam keadaan yang berbeza yang membuatkan rasa percaya ku hilang ... namun tidak boleh kusalahkan semuanya kerana jika aku belajar dari pengalaman itu pasti ianya xkan berulang kembali tapi aku sendiri yang tidak kuat dan membiarkan pengalaman itu berulang semula.. namun begitu sukar ku tanamkan sebuah kepercayaan itu namun begitu senang ianya diruntuhkan ... kenapa semuanya sama.. sedangkan aku telah cuba untuk berfikiran positif.. bahawa xsemuanya sama.. entah la.. aku pun xtau .. tapi segala yang berlaku berulang kali menyebabkan aku tawar hati.. aku serahkan segala-galanya pada takdir.. aku dah berjanji pada diriku akan lupakan pengalaman yang pahit itu selama-lamanya.. aku xnk pengalamn pahit itu menghantui hidupku lagi.. aku kuat.. aku blh lawan semua tu.. aku blh berjaya atas usahaku sendiri..

antara tarikh2 penting

pagi td dlm bas aku dgr dj radio kata apakah tarikh yang mempunyai kenangan dlm hidup kita? so aku nak kongsikan jer la tarikh2 ne..

15 november - birthday mak ayah aku serentak
22 januari - birthday kakak aku
8 march - birthday abang aku

^_^ tp tarikh2 di atas xpernah disambut.. coz ayah aku kata kt org islam, klu nk pn buat kenduri doa selamat jer.. tp aku cemburu tgk org di sekeliling aku sambut birthday ngn family, kawan2... sbb tu aku xsuka ingat birthday aku.. tp kat bawah ne pula tarikh-tarikh yang mengundang pengalaman yang sukar dilupakan dan kenangan sekali kot.. entah laa..

25 disember 2003 - hari krismas la... x la tarikh keramat dr mata turn ke hati tp xberkekalan.. xada jodoh
23 november - birthday ex
4 november - birthdy my bestfriend

jun/2007 - perkenalan semula aku ngn sorg chatter chinese, melamar aku jd kekasihnya, aku terima pada mulanya tp makin lama makin hambr dan akhirnya jd seorang kawan @ abg sahaja..

21 ogos - birthday seorang abg
12/2007 - aku mula diterima belajar di salah sebuah ipta..

2008/2009 - perasaan syg timbul dalam sebuah persahabatan namun kupujuk hati kerana ianya bukan milikku.. ku sedar kan diri yg dia telah berpunya dan kami sekadar teman tapi mesra..
31 januari 2010 - perkenalan singkat tetapi krn perkenalan itu aku mampu terima hakikat yg xsemua yg aku inginkan tercapai tp perkenalan itu juga jd hambr... pernah menyimpan rasa kasih, sayang pada perkenalan itu namun tak berpanjangan krn entah la.. aku rskn aku xsesuai dgn dia dan dia telah ada someone special kot.. hahaha..
12 april 2010 - something happen - perhbgn aku dgn someone jd regang sikit krn sikapku namun skrg makin xberhubung.. adkh berakhir begitu sahaja persahabatan yang terjalin pada 31 januari itu.. entah.. aku pasrah ..
mei 2010 - hari ini,. aku lebih fikir ke depan dn xnk ambik tau pasal cintan cintun kerana memenatkan dan menyakitkan..
31 mei 2010 - aku wat onar kat satu laman sosial sampaikan seorang terasa sedangkn sebelum ini aku cukup bersabar dengan karenah semua kawan2 ku tp entah apa yg merasuk ku jadi begitu tp niatku hanya ingin menyedarkan kawan dan diri sendiri iaitu jangan hanya ingat kawan masa susah shj tp lupa kawan bila dah senang..
^_^ akhirnya aku begini.. dah xnak fikir pasal cinta2.. aku dah penat... aku serahkan segalanya pada takdir.. apa2 pn hidup kena diteruskan dan ceria2 selalu... ^_^

Isnin, 31 Mei 2010

hari terakhir bulan mei

hari ne gak aku kena masuk ofis lepas seminggu xmasuk opis.. timbul perasaan mls nk p opis lps cuti weekend yang lama n bgn lambt.. ah sudah .. jgn aku bgn lambt pg nanti dah..xpasal2 kena kejar bas lak pg nanti.. huhu.. begitu cepat kan masa berlalu.. la ne dah hari terakhir bln 5... sebulan 11 hari genap la umurku... apa yang aku dah lakukan sepanjang hidupku? adakah aku insan yang berguna @ berjaya ? aku belum sampai tahap tu lagi tp sampai bila aku di sini .. entahlah.. org kata tiada org lain yang mampu mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri.. memang betul pn klu kita fikir secara logik... hari ini aku berckp lantang blk.. kerana kelantangan itulah, aku sering dipinggirkan oleh kawan-kawan.. dah tau cm tu nape aku nk wat lagi eik? entah la.. dah la aku ne xramai kawan.. pe2 daaa.. hahaha.. tp ada yang dah fhm akan kelantanganku .. ada yang akan terasa ngn aku yg ckp lepas ne.. entah , sejak bila aku jd begini sedangkan dulu aku seorang pendiam.. xbyk ckp.. adkah kerana pengaruh sekeliling menjadikan aku sebegini... hurmmm, pasti byk keja yang perlu dilakukan pada hari ne... klu xbyk ok la.. alamak aku br teringat ari tu aku dpt reminder minta plgkn buku yang aku pinjam.. hrp aku xlupa bw pg nanti.. biasa la aku ne kekdg cepat lupa, entah pe yg aku ingt pn xtau... hahah ..makin tua katakan..

mimpi

tiba-tiba aku dikejutkan dari tdo mlm ne oleh mimpi yang pelik.. aku tau mimpi itu mainan tdo tp kenapa aku blh bermimpi sedemikian rupa.. apakah maksudnya.. mungkin betul mimpi yang baru ku alami itu hanya mainan tdo semata-mata tidak mempunyai maksud tersirat.. entah la. aku blh bermimpi pasal aku xdpt jawab paper agama dlm masa 2 jam.. aku hanya mula menjawab setengah jam terakhir dan hanya menjawab 2 soalan dari bahagian A shj.. sedangkan paper agama aku dah lama habis ambik.. jadi aku beranggapan ini semua mainana tdo tp kenapa aku xblh tdo dibuatnya..

Sabtu, 29 Mei 2010

aku dan dia

hari ne hatiku terusik bila dapat tahu org yang kurindui rupanya sudah ada yang selalu temankan dia setiap masa dia perlukan.. perkenalan singkat aku dengan dia rupanya tidak membawa apa2 makna.. hahah apa la aku ne kan .. entah apa2.. tp apa2 pn aku doakn dia bahagia dengan pilihan hatinya.. aku lak nak fokus pada study.. itu yang lebih penting.. xde pe lagi aku nk fkr pasal laki2 ne semua.. aku dah penat utk fkr itu semua.. jadi baik aku fokuskan kepada apa yang perlu.. memang adakalanya aku rindukan suasana yang dulu namun ianya xkan kembali seperti dulu.... lgpn aku ngan dia hanya sekadar kawan sahaja... xlebih dari tu.. mungkin krn aku xramai kawan jd hati cepat terusik.. hahahah.. apa2 jer la.. baik aku layan blog ne dr aku layan perasaan aku yang xtentu arah tu.. wat pening pala jaa... ari ne cuti jadi blh la lepak umah.. membesarkan bdn .. hahaha.. apa22 jer la...

Jumaat, 28 Mei 2010

Hurmmm

aku xtau nk tulis pe mlm ne... aku rasa sunyi, sepi dan rindu pada seseorang tp aku hanya mampu menahan perasaan itu.. aku amat merindui tapi aku hanya mampu memedam rasa sahaja kerana aku sedar aku hanya siapa di hatinya.. tengok sahajalah dia lansung tidak sms or call aku.. jadi buat apa aku nak ingat dan rindu pada org yang xingt aku kan.. aku kuat.. dan aku blh atasi mainan perasaan ini.. tiada apa2 pn..

Ahad, 18 April 2010

HaRaPaN----

Harapan.... hurmm memang setiap orang mempunyai harapan, begitu juga dengan diriku.. mempunyai harapan inginkan kejayaan, ingin bahagia, ingin disayangi, ingin dicintai,... harapan meraih kejayaan bakal kukecapi jika ku rajin berusaha begitu juga dengan yang lain.. tp utk yang lain tu, dihati ini hanya tinggal secebisan jer kerana ku sedar siapa aku... kisah silam..kesalahanku... dosa2ku... semua tu membuatkan aku hanya mampu menaruh harapan namun xmungkin untuk mengapai harapan itu kerana terlalu sukar untuk dicapai bagiku.. jikalau tercapai pun, xkn seindah insan lain.. entah.. la.. sikap aku yang begini tidk disukai oleh kawan2.. xpe la.. yang penting aku xnk orang lain xmampu menggapai harapan mereka kerana diriku ini.. aku akan terus melangkah ke arah kejayaa jika itu yang menggembirakan aku.. bagiku kebahagiaan itu bknnya hanya jika kita disayangi dan dicintai.. semua tu dusta... semua tu palsu.. semuanya tipu... memang jika kt nak bahagia kt kena usahakan sendiri tp aku blh berusaha namun ketakutan dalam diri lebih menghantui diri dari rasa ingin mencapai bahagia itu kerana kerana bahagia itu bukan milikku... aku tidak tahu berapa lama lagi akan hidup di dunia ini... entah ari ne, esok atau lusa aku akan djemput pulang kepadaNya.. siapa tahu.. kerana kehidupan ini hanya lah sementara.. aku harap kepulanganku di kampung nanti tidak akan dipenuhi dengan persoalan2 "bila nak kahwin". tu la soalan yang pg glamour.. sedangkan aku plg takut nk membayangkan itu semua kerana tidak mungkin.. maafkan anakmu ini, ibu ayah.. bkn tujuan ku menolak ketentuannya tp ini sajalah aku rasakan caranya bagi menghukum diriku... kepada yang aku kecewaka, aku minta maaf kerana aku tidk kuat untuk meneruskan perhubungan di antara kita.. cukup la hanya sekadar sahabat.. itu sahaja... aku tidak mahu memberi harapan dah kerana bila dah beri harapan dan xmampu menunaikn harapan itu kita akan kecewa.. aku tak nak itu berlaku pada org lain tp pada aku tdk mengapa kerana aku memang begitu... cukuplah bagiku merasa bahagia sebagai seorang sahabat.. hanya itu.. tidak lebih dari itu... terima kasih kepada yang masih mengganggap aku sahabtnya...terima kasih yang menjadi sahabatku dikala aku kesusahan dan kesenangan.. semoga allah membalasnya dengan segala kebaikan.. aminnn.....

Sabtu, 10 April 2010

Aku

aku adalah hanya aku.. kadang2 aku mcm xkenal diri aku, atau sikap aku.. entah la sikap ku kadang2 sukar dijangka dan ramai yang xsuka ngn sikapku.. biaq ah.. bkn aku kacau orang pn kan.. yang diaorg nk sibuk napa.. aku tau dan sedar yang aku xlayak pn menaruh harapan pada sesiapa.. terima kasih ya allah krn aku telh diberi peluang merasai kebahagiaan w/pn sekejap cuma.. itupn dah cukup.. aku bersyukur sgt.. sendirian pn lepas ne adalah lumrh kehidupan.. adakalanya kt berteman, adakalanya perasaan inginkan teman itu telah tiada.. hanya sekadar kawan.. itu yng lebih baik.. xmenaruh harapan dan memberi harapan kerana takut akan dikecewakan atau mengecewakn... mana satu pedih.. entah la.. seringkali disalahkan apabila mengecewakan tp apb dikecewa mcm mana pula.. entah la.. aku pn xtau.. xpyh nk pening2 fkr, lebih baik forget it,... ambik mudah je... betul ke itu yang aku nak? enth.. brp byk entah daaa..

Rabu, 31 Mac 2010

hati tenang lah..


hati tenanglah dan tenteram lah setelah keputusan yang ku buat beberapa hari lalu.. aku harus yakin pada keputusan iaitu lupakan cinta , utamakan cita-cita.. itu yang lebih baik dan utama skrg bagiku... aku xnk fokus pada benda lain dah skrg ne.. pelajaranku lebih penting skrg dari cintan cintun .. kututup pintu hatiku ini... cukup sudah rasanya diri ini dibelenggu cinta antara insan.. ku xlarat menghadapi api cinta.. ku biarkan semuanya berlalu pergi.. cinta pada manusia xkan kekal tp cinta pada Allah kekal buat selama-lamanya.. ya allah kau tetapkan lah pendirian ku ini, jagailah ia agar tidak tersasar dari landasanmu.. amin...

Ahad, 14 Mac 2010

stress or what?

aku baru blk dr kelas ari ne.. entah la nape akhir2 ne aku sering moody.. itu pe yg org lain nampak la.. pada aku ok jer kot cuma jadi "hot temper" jer la ne.. member aku kata perubahan harmon pe.. entah la, mungkin kot.. iye la makin hari usia makin meningkat.. hahaha.. memang agak susah kita nk puaskan hati semua org kan.. sepatutnya aku nilai kelemahan aku sendiri, mn blh slhkan org lain, pe daa aku ne... xbaik tau.. ari tu aku dah g kursus stress, aku ingtkan aku dah xstress tp kenapa org di sekeliling aku tetap mengatakan yg aku stress.. sbbnya diaorg kata ciri-ciri stress tu byk pada aku.. entah la betul ke tak... mls nk peduli.. best juga bila dok sorg2 kat umah ne... sunyi dan menenangkan tp kesunyian itu kadang kala membuatkan diri terfkr yang bkn2.. lebih2 lagi yang berunsur negatif..

Sabtu, 13 Februari 2010

ape eik?....

dulu aku tension jer aku main game.. semuanya game.. sampai esok nk exam pn aku still main game... member2 aku pn xleh wat pe... sampai ada member ckp ko ne cmne blh hlg tension ngn main game.. mn blh hlg tension wat cmtu.. aku ngn selamba jawb alaaa lain org lain caranya.. tp skrg aku dah xda mood nk main game kat fb... nth tiba2 jd xada mood sbb level tu semua aku dh beli .... sbb tu jer aku jd bosan.. pe daa... sabaq jer la .. ingtkan pe td... skrg ne aku rasa baik tdo klu tension... sambil tu besarkan badn hahahaa... ada2 jer aku ne.. betul kot.. nk tdo jer dah la exercise malas nk wat... tp bising bila dah naik gemuk... hahah.. biaq la xde sape nk suka kt bila dah cmne.. huhu iye ker...bkn makin tembam makin comei ker... cmei ker? nth la... dah la susah nk cr baju bila tembam... tiba2 aku rasa title hlgkan tekanan tu xsesuai utk apa yang aku tulis ne...dah la pening aku jer nk fkr tajuk tu.. aku main bantai jer bubuh tajuk cammtu.. memang xsesuaiiiii sgt2 .. hahhaaa aku peduli apa...knnnnnn...

sok valentine day...

pe ada pada valentine day.. hurmmm dalam islam xmembenarkan kita sambut tp kita still meraikanhari tersebut.. still ingt.. so sweet apabila sorg awek dapat bunga atau coklat dr pawe dia kan... atau seorang isteri mendapat hadiah dr suaminya.. terasa diri dihargai .. betulkah begitu.. entah la aku pn xtau.... kepada sape 2 nk keluar date sok selamat berbahagia la yer.. tp jgn terikut akn gaya barat.. pandai jer nk beri nasihat mcm diri aku betul sgt .. padahal aku ne la byk yang betul.. memang xlayak nak beri nasihat.. adaushh....tgk ejaan pn dah salah.. lantak laaa... yg aku sibuk nk jaga tepi kain orang lain napa kn.. tepi kain aku pn xterjaga.. ewah2.. hahahah.. sok thn br cina... meh kumpul byk2 angpau.. tp ada ker org nk bg anpau kat aku... hehehe... hahaha... huhuhuhu.......

nth apa2 daaaa


dah lama aku xmenjenguk blog ne.. sbbnya nak tau kenapa? sbb aku xada mood nk mengarang atau lebih tepat merapu yang entah apa2.. semua orang xkan suka aku merapu.. nak tau kenapa aku merapu yang bukan2.. sbb aku nakkan perhatian... entah la aku ne yang xbetul kot.. aku ingt nk tukaq tajuk blog ne la .. xsesuai title hati yang mencari ketenangan sebb aku sendiri yang xreti mencari ktenangan itu.. title utk ape yg aku tulis ne pn aku xtau nk bg tajuk pe daaa. .. memang sah aku xbetul la ne.. adush wayar mana la putus ne aku pn xtau.. by the way hidup perlu diteruskan xkira sendiri, berteman, suka atau duka.. wat pe nak fkr pasal org klu org xnak fkr pasal kita kan... wat pening pala tp aku suka nk wat kepala ku ne berserabut dgn benda yang entah apa2... saje nk myusahkan diri... bodoh betul kan.. kadang2 kepala ne jem lansung xde idea nk menulis, kadang ada tp xbyk idea jadi kali ne aku biarkan jari jemari ini berlari di atas keyboard utk mengarang... tangan menulis, dan otak berfkr tp berfkr kah aku sebaik2nya.. kenapa aku seringkali memikirkan yang negaatif dari positif.. ada gak org cam aku ne kan.. nth la aku pn xfhm siapa aku ne... hahahaha.. makin xbetul dah ne.. aduyai... hidupku tetap aku .. hahaha.. aku xnk kacau hidup org la.. xada gunanya.. ramai yang inginkan bahagia tapi hanya aku yang tau kenapa aku xblh nk terima kebahagiaan yang diberikan, kenapa aku xblh gembira sgt2... sbb ada sebab yang kuat utk aku menidakkannya.. iye ke ne? entah la.. sush nk percaya ngan aku yng xberapa betul ne.. entah apa2 yang taipkan kan sini.. aku suka tgk org lain gembira & bahagia.. bestkan klu bahagia.. hahaha... rasa dunia ne kt yang punya yer... itulah kehidupan.. kita hanya merancang allah menentukan...hurmm aduhai.. biarkan si luncai terjun ngan labu2 nya... huhuhu hahahhaa...