Selasa, 2 November 2010

Aku kalah ....tapi kena kuat..

kenapa aku kalah lagi dengan perasaanku sendiri.. mlm td aku dah bertekad xnak hubungi dia dan buat dia rasa akan kehilanganku... tapi aku sentiasa rindukan dia.. bagaimana ne.. ah... tp pagi2 ne aku dah on9 n nampak dia tukar gambar aku komen lak.. kenapa aku makin sukar melupakannya sedangkan antara kami tiada apa2, hanya kawan.. kami tidak pernah membicarakan soal hati dan perasaan antara kami.. yang ada hanya membicarakan tentang hati dan perasaan dia ngan kekasih hati.. aku hanya memendam perasaan.. adakah kerana aku ne terlalu lama memendam perasaan menyebabkan aku sukar untuk berjauhan atau xberhubungan dengan dia? kami sama-sama selesa dengan perhubungan sahabat selama ini, namun kenapa kali ini aku tak boleh nak terima akan berita yang dia mempunyai kekasih hati yang baru.. xkan aku nak tanya padanya tentang perasaan dia terhadap aku sedangkan aku tau dia br ada kekasih hati.. apa patut aku lakukan,.. dia hanya bgtau akulah kawan rapat dia.. itu yang membuatkan aku lagi sedih tapi ku tahan air mata ini agar tidak tumpah.. aku dah xmampu untuk menangis lagi walau sedih @ terusik hati ini.. mungkin sebab aku dah keraskan hati ku ini.. aku xbalas dah msg dia.. aku nak biarkan sahaja... baik sms, call, chatting dari aku nak abaikan kerana aku perlu bersendirian.. aku takut perasaan aku padanya makin mendalam, kerana ianya makin mendalam makin sukar untuk ku lupakan dia nanti.. aku harus kuatkan diri ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan