Isnin, 29 Jun 2009

sebuah perasaan..

apakah ertinya perasaan ini? aku tidak tahu.. aku terasa ingin sekali dekat dengannya, ingin disampingnya, ingin mendengar suaranya selalu, sentiasa tersenyum bila dapat sms drnya, hati jadi tak tenang, jantung berdegup dengan kencang.. perasaan kasih kah ini? atau cintakah namanya itu? aku termalu sendiri.. betulkah aku sedang di lamun cinta? seriuskah ini? aku tak tahu.. tapi kalau cinta aku jadi takut.. takut pada segala-galanya, takut pada kehilangan kemanisan cinta itu.. memang permulaan cinta itu manis tetapi lama kelamaan akan pudar.. itu yang aku tidak suka.. cinta biasanya begitu.. hanya hangat di permulaan tp makin lama makin kelam kerana tidak dibajai dengan kasih sayang.. betulkah itu? entah la.. bak kata orang langit xselalunya cerah.. dalam manis ada pahitnya.. itu la asam garam kehidupan.. adkh bila cinta senang dilafazkan akan senang dilupakan? betulkah begitu?

Sabtu, 27 Jun 2009

fikir-fikirkan lah..

dari pagi tadi aku cari idea untuk mengupdate blog ne tapi xada.. alih2 aku buka tv n tgk satu cerita yang menyayat hati.. nak tau tajuknya.. bukan ku pinta.. bila saya hayati cerita ne saya jadi sedih dan terfikir kenapa orang2 suka menghukum seseorang tu sebelum tahu kesilapan orang tu.. sebelum tahu kebenarannya.. saya juga sering macam tu .. xlari dari semua tu.. saya tau korang pembaca pun mesti pernah wat cam tu kan.. cuma kita tidak sedar.. bila kita sedar semuanya tiada guna.. menyesal pn xguna.. ibarat kata perpatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata padah nasibnya.. itu la kena berfikir dulu sebelum bercakap.. pandai jer nak nasihat orang.. saya pn apa kurangnya.. bukan nak nasihat orang tapi nak mengingati diri saya sendiri supaya jangan alpa ngan semua tu... sebab jika saya alpa saya akan jadi teruk .. dah xjadi manusia masa tu kerana manusia punyai akal yang waras untuk berfikir kan.. marah kalau dilayan akan merosakkan .. ianya hasutan syaitan.. eik camne lak blh menyimpang apa yang aku karang ne. tu la dok layan sms lagi kan idea dah lari.. hahahaha.. apa la aku ne.. ok berbalik pasal tadi.. cuba kita andaikan kita yang berada di tempat orang yang dihukum tu.. apa perasaan kita.. mesti kita rasa sedih kan .. apa tah lagi orang yang kita sayang kita turut menghukum kita bukan kerana kesalahan kita.. jadi bagaimanakah untuk kita mengatasinya? aku pn berfikir dan terus berfikir.. dan akhirnya aku berjumpa jawapananya.. aku rasa ini jer jawapan nya.. kita wat xtau jer.. sebab kebenaran itu akan muncul juga akhirnya.. kita tak perlu berbuat apa pun . kalau nak melenting pn tiada gunanya kerana orang akan ingat kita yang bersalah.. tp bagaimana pula dengan orang yang menghukum orang yang tak bersalah tu? tidakah kamu rasa bersalah dengan apa yang kamu lakukan.. dapatkah kamu hidup dengan tenang? kenapa mudah untuk menyalahkan seseorang itu tapi malu dan sukar untuk meminta maaf? dah tau kita melakukan kesalahn itu apa salahnya kita meminta maaf? tapi itulah yang terjadi dalam kehidupan masa kini.. cerita ku pinta pun telah berakhir.. tapi aku masih tidak tahu memberi tajuk apa kali ne atas apa yang aku karangkan.. entah la ketandusan idea agaknya.. itulah aku kan... nak sibuk mengarang naper.. kn dah xreti.. nak wat pepandai lak. cukup la kot nanti ada idea aku karang balik yer.. sesuai la kot title tu untuk topik ne.. klu xsesuai korang bg la pendapat yer.. hhahaaaa.. smileeeeeeeeeeeeee(<-:)

Khamis, 25 Jun 2009

secebis harapan...

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu TuhanTuhan......

kumengharapkan secebis harapan dari allah agar ku diberikan kebahagiaan yg kuimpikan.. ku hanya mampu berdoa agar apa yg ada sekarang ku hargai sebaik-baiknya.. kerana sukar untuk mendapatkannya..

Ahad, 21 Jun 2009

---- AKU HANYA SEORANG INSAN-------

aku sedar aku hanya seorang insan yang serba kekurangan.. insan yang kerdil di mata sesiapa pn.. aku xlayak dapat apa2 pn .. biarlah aku begini.. hidup dalam sepi.. tak perlu memujuk ku kerana ianya tidak akan berhasil.. telah ku biarkan hidupku ibarat mayat hidup semula.. hanya luaran gembira tp di hati hanya aku yang tahu.. biar la.. agak2nya blh jadi aku ne mayat yang hidup semula.. entah la.. cuba korang bygkan jika aku adalah mayat yang menghantui hidup kalian.. apa akan jadi agaknya... ahh semua tu hanya hayalan dalam igauan mimpi.. tiada yang benar.. tiada kaitan pun.. aku hanya merapu untuk menghilangkan kebosanan dan kemarahanku.. biar la... orang mesti ingt aku ne dah xbetul kan.. hahahaha... hidup kena gembira.. xleh sedih2.. kerana hidup hanya sementara.. entah esok entah lusa maut akan memanggilku menghadap allah..entah mungkin aku ne memang dah xbetul.. nak kena masuk tanjung rambutan agaknya.. biar aman hidup semua orang kan.. xkena kacau dengan aku.. teringat lak aku citer toyol.. entah la apa yang aku merepek ne.. aku bkn nak tarik perhatian sesiapa .. xada niat pn.. aku xperlukan simpati tu semua.. biasalah kekadang mood aku xok jadi mcm ne.. orang xkan faham aku kerana aku sendiri xfaham diri sendiri.. mesti korang gelak kn.. apa la aku ne diri sendiri pn xfaham.. biar la... aku hanya menunggu masa... buhbye(salam maaf dariku)

kemarahan

kenapa sifat amarah ku datang lagi.. dah lama aku kawal sikap marah ku supaya tidak panas baran tapi kenapa sekarang aku jadi pemarah lagi.. perubahan hormon kah itu? entah la .. yang pasti mood aku ngah xelok skrg.. sesape wat pasal ngan aku memang akan kena...kena debik ngan aku.. xtau la camne nak hlgkan kemarahan aku.. punca aku marah.. entah tiba2 jer aku rasa nak marah ne... jadi aku lepaskan geram kat sini daripada aku lepaskan marah kat orang lain nanti diaorg kecik hati ngan aku n xnak kawan ngan aku lak.. biasalah kn aku ne sapa jer di mata diaorg semua.. tunggul kayu agaknya.. atau bola.. atau apa2 jer yang blh diperlakukan sesuka hati.. sebab tu aku xnak ada perasaan macam ne.. aku dah mati.. mati untuk selama-lamanya... semuanya sebab salah aku sendiri... aku mati lagi baik dari menyusahkan orang kan.. biar semua orang puas hati, gembira bila aku xada jadi xada sapa nak kacau kehidupan mereka.. adanya aku hanya mengganggu ketenteraman mereka sahaja.. baik aku akan pergi dan jangan cari aku lagi.. semuanya yang aku karangkan atas dasar kemarahan semata-mata...arggggghhhhhhhhhh

Jumaat, 19 Jun 2009

menipu atau tertipu?




korang mesti pernah wat apa tajuk yang aku letak kat atas kan... sebab aku terkena ... kena tipu .. entah camne aku blh terfikir topik ini tapi ini semua sebagai peringatan kita bersama.. bohonglah kalau aku katakan aku tidak menipu.. biasalah semuanya pernah mengalami zaman budak2.. zaman remaja, alam dewasa, dan masa tua.. adakalanya dalam tidak sedar semua itu berlaku.. bila dah berlaku baru kita sedar.. itu lah manusia yang sering alpa.. aku mengambil masa yang lama utk sambg mengarang ne.. entah tiba2 semuanya jadi tepu.. mungkin sibuk ngan keja dan kuliahku.. entah la.. apa yang korang rasa jika menipu? dan apa yg korg rasa jika kena tipu? mana satu lagi sakit? hanya diri sendiri yang boleh tahu semua tu.. nilailah sendiri.. kalau yang buruk tu elakkan la.. xelok kan.. kenapa kita nak menipu? apa faedahnya? mungkin akn dapat apa yang korang inginkan tp tenteramkah hidup jika terus-terusan menipu.. ini kerana jika menipu sekali tidak mustahil akan menipu lagi.. kalau dulu cikgu selalu peringtkan "siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri".. fikirlah sendiri yer.. aku nak karang lebih2 kang ada yang terasa lak.. mohon maaf dipinta jika ada yang terasa... ini hanya peringatan pada diriku.. yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan ok.. -:>)

Khamis, 18 Jun 2009

kehilangan kedua...

kehilangan kedua.. aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat kerana salahku sendiri.. kenapa semua ini menimpaku.. tidakkah aku berhak untuk semua itu? aku dah mula sayang sahabat ini walaupun singkat perkenalan kami. perkenalan di alam maya sahaja.. belum pernah bersua muka.. aku selesa bersembang dengannya dan akhirnya dia melafazkan dia mencintaiku.. aku tergamam.. terkelu., tidak tahu menjawab apa kerana aku tidak menyangkakan semua ini akan berlaku sekali lagi.. dulu pernah juga berlaku sampai sahabat itu ingin mangambilku sebagai seorang isteri..aku tolak dan aku kehilangnya sampai skrg xtau apa yg terjadi padanya.. sekarang ianya berlaku lagi.. kenapa ianya berlaku lagi.. ini membuatkan diriku sedih dan menyalahkan diriku.. yang lebih menyedihkan lagi adalah dia ingin pergi meninggalkan malaysia bumi yang tercinta.. tidakkah dia terfikir keputusan yang dia buat akan membuat ramai yang sedih.. bukannya aku seorang yang sedih.. aku sedih tidak apa memang patut pn balasan pada diriku.. tidakkah dia memikirkan ayah, ibu, adik-adik, rakan taulan, sanak saudara? pastinya mereka lagi sedih dariku kerana berjauhan dengan anak yang mereka sayang.. seandainya mereka tau pemergian anak mereka kerana aku tidak membalas cinta anak mereka sudah pasti aku akan dipersalahkan.. sudah pasti aku akan dibenci, dihina, dikeji, dimarah dan macam2 lagi.. semuanya salahku ... semuanya kerana aku.. anak mereka membuat keputusan sebegitu.. apa yang patut aku buat bagi menghalang pemergiannya? aku xtau.. kenapa sahabat? kenapa kau buat aku mcm ne? kenapa aku akan kehilangan sahabat bila dah rapat? pada siapa harus aku mengadu.. pada siapa? hanya pada allah ku berdoa semoga dilapangkan dadanya.. sekarang fikirannya tengah bercelaru.. tengah kacau kerana diriku.. aku xnak dia menyesal di kemudian hari.. dia ada tanggungjawab sebagai seorang anak, sebagai seorang abang.. tidak ingtkah dia semua itu? aku akan menjadi lebih sedih bila terdengar lagu2 lama yang seolah-olah mempersendakanku.. bila aku sedih aku mula kuat makan.. aku mula menyibukkan diri dengan perkara yang entah apa2.. tapi mampukah aku menipu diriku.. hipokrit kah aku? egokah aku? kejam kah aku? kenapa semuanya berlaku pada diriku? arghhhhhhhhhhh....

Rabu, 17 Jun 2009

salahkah aku?

aku hanya ingin meluahkan apa yang terpendam di hati ini.. entah la kenapa semuanya terjadi padaku.. adakah aku tidak layak untuk bergembira seperti orang lain.. adakah ini balasan yang ku terima kerana telah melukakan hati seorang insan yang benar2 mencintai ku.. kalau ini balasannya aku kena terima dengan redha.. dengan hati yang lapang.. salahkah aku nak berkawan? tetapi bila berkawan perasaan lain yang muncul pada sahabat yang satu lagi.. itu yang membuatkan diriku serba salah untuk menerima lamaran menjadi kekasih @ isteri.. kerana perkenalan yang singkat boleh mewujudkan perasaan kasih, perasaan sayang lebih dari seorang sahabat.. tapi bagi diriku hati ini sukar untuk mewujudkan perasaan seperti itu. dan diaorg xblh terima bila ianya ditolak olehku.. mereka terus tidak ingin berkawan denganku.. aku jadi takut untuk mencari kawan kerana takut jadi begini.. tp adkh ini petunjuk supaya aku membukakan pintu hati ini.. aku hanya mampu menghulurkan kemaafan kepada mereka dan memohon agar jangan putuskan silaturrahim antara kami tp siapa yang nak terima setelah disakiti.. itu lah yang membuat aku merasa sedih sehingga hendak menangis dibuatnya.. aku hanya mampu berdoa supaya mereka bahagia dan gembira selalu w/pn bukan dengan diriku.

Selasa, 16 Jun 2009

-----entah - aku pun tak tahu-----

aku xtau nak mengarang apa hari ini untuk menenangkan hati ini sekaligus mengembirakan hati.. hahaha kelakarnya.. ari ne penat gak ler kerana sebelum subuh lagi dah drive jauh-jauh.. nak wat kerja rasa malas jer ari ne tp kena juga wat nanti bos marah.. aku rasa penat sgt.. risau mood aku xbetul jer nanti... aku dah xada idea nak berbahasa puitis.. puitis.. pandaikah aku? hahaha.. apa dah jadi ne? kenapa semuanya serba tak kena.. apa yang aku fikirkan sebenarnya? entah la.. adakah kerana aku dalam kerisauan.. kerisauan memikirkan sesuatu yang aku xpasti jawapan.. yang aku xtau arah puncanya.. yang aku xtau jawapannya namun aku kena menjawabnya.. entah betul atau tidak semuanya? aku pun xtahu.. hanya tuhan yang tahu.. mcm tajuk lagu jer.. kumpulan unic kalau xsilap.. kalau silap tu maaflah yer.. aku ingin mengarang dan terus mengarang.. mengarang yang entah apa-apa.. hanya kosong.. tiada isi, tiada nasihat, tiada apa.. adakah kerana jiwa ini yang kosong dan akhirnya melahirkan sesuatu yang tidak bermakna pun. tetapi kan bila aku fikir balik elok juga mcm ne.. aku xsakitkan hati sesiapa.. aku hanya meluahkan apa yang aku rasa.. tidak tahu kalau ada yang terasa. sekiranya ada yang terasa maaflah.. aku hanya insan biasa di dunia fana ini.. panjangkah umur ku? entah la semua tu kerja Allah bukan kerja kita.. yang pasti kenalah bersedia untuk mati kerana ianya akan datang menjemput kita tidak kira apa jua keadaan. tapi bersediakah aku untuk mati? cukupkah amalan ku? aku bermonolog sendirian lagi.. terdiam sejenak memikirkan semua itu.. aku jadi keliru.. jadi lesu.. jadi takut.. adakah aku faham akan diri ku sendiri? persoalan itu hanya dibiar ditiuo angin salju.. yang menyejukkan, mendinginkan dan membekukan hatiku.... betulkah dingin hati ini.. aku hipokrit kah? entah.. terpulang pada orang yang menilai diriku.. itu lebih baik kerana orang lebih nampak apa kekurangan dan kelebihan kalau ada pada diriku kerana ku tahu aku hanya insan kerdil di muka bumi ini yang mencari sudut @ tempat di mata dunia ini..

Isnin, 15 Jun 2009

sahabat - kekasih - kerja - mana satu yang utama?

ini lah selalu dibualkan oleh semua orang agaknya.. antara sahabat, kekasih , keja mana yang perlu di utamakan terlebih dahulu. mampukah kita membahagikan masa dan keadaan seadilnya? entah la.. ku sendiri tidak tahu.. sama-sama la kita berfikir dan merenung apa yang lebih utama.. sebenarnya jika sahabat dan kekasih faham akan kerja kita diaorg akan memberi ruang untuk kita sendiri melakukan atau menyelesaikan kerja terlebih dahulu.. terutamanya kaum adam.. mereka lebih mengutamakan kerja dari kekasih.. mengutamakan sahabat dari kekasih.. ini semua berdasarkan pemerhatian ku.. maafkanlah bukan semuanya begitu kan.. maklum la kita hanya manusia biasa.. bukan mudah nak puaskan hati sesiapa.. memang nak jaga hati kekasih ngan sahabat tp adakah diaorg faham perasaan kita.. bak kata perpatah di luah mati emak di telan mati bapak.. cubit paha kanan, paha kiri juga terasa.. itu yang sukar.. namun apabila ini terjadi munasabah kan diri anda contohnya bertafakur atau bertahajud memohon padanya agar tiada yang terluka.. aku pernah cuba untuk mengutamakan kedua-duanya tapi tidak berhasil.. maklum lah hati orang mana kita tau kan.. klu blh aku nak sahabat dan kekasih blh gembira bersama.. blh sependapat tp mampukah kita melakukanya.. hanya mampu mengimpikannya.. tapi mustahil untuk kita mencapainya. akan tetapi jika Allah telah menetapkannya ianya akan jadi juga.. kita hanya mampu merancang, memohon tp allah yang menentukan segalanya.. jangan lah kita berasa tidak adil akan kekuasaannya kerana dia yang lebih maha mengetahui.. tp kan dari sahabat @ kekasih sukar juga untuk di buat pilihan kerana di antaranya ada keperluan @ kepentingannya.. klu anda dapat bertemu dengan kekasih yang sekaligus menjadi sahabat alangkah bahagianya.. semua telah tersurat sejak azali.. betul ker? ada sahabat yang mengatakan begitu.. entah lah.. setiap orang berbeza pandangan, berbeza pendapat.. ada hikmah di sebaliknya .. itu lah yang sering diperkatakan.. adakalanya sahabat tak suka kita berkasih dan adakalanya kekasih xnak kita rapat dengan sahabat.. naik pening dibuatnya.. kenapa nak peningkan kepala.. kalau kita jaga perasaan mereka adakah mereka peduli perasaan kita.. di manakah mereka di saat kita memerlukan mereka.. adakah mereka betul2 memahami kita.. entah la aku sendiri sedaya upaya untuk berlaku adil antara sahabat , kerja atau kekasih.. aku ada kekasih ker? entah la.. tapi bila seorang yang ku anggap sahabat hanya ingat aku bila dia memerlukan aku ibarat bila ketwa bersama tapi bila menangis sendirian.. sahabat kah itu? entah la mungkin aku ada melakukan kesilapan yang aku tidak sedari hingga menyebabkan sahabat tidak ingin rapat dengan ku.. adakah aku pembawa malang? sekarang aku sendiri dan terus sendiri.. itu yang lebih baik.. susah nak jaga perasaan semua orang.. kekadang antara sahabat pun berlaku pergaduhan.. tiba-tiba jer xbertegur sapa.. entah mengapa jadi begitu.. kenapa ada rasa tidak puas hati dalam diri kita? atau aku sendiri yang alpa @ tidak kuat.. pertanyaan terus dijawab dengan pertanyaan bukannya jawapan.. aku kena terus munasabah diri dan bertafakur agaknya.. ataupun bermeditasi..

take care @ over take care??//

take care @ over take care.. mm aku dok sembg ngan member aku pasal lelaki ngan wanita.. sapa yang take care saper yg over take care.. aku pn xtau la.. bagi yang sedang bercinta sudah pasti mengalaminya terutama kaum adam kerana aweks mereka ne sering tanya apa yang mereka buat, kat mana ? dan macam2 lagi.. adkh soalan begitu membuat mereka rimas, membuat mereka menghargai sikap aweks mereka atau adkh kerana itu juga pihak adam ne malas nak layan karenah kaum hawa.. entah la kekadang terfikir kembali bagaimana sikap ku pada masa dulu,... niat nak ambil berat tp dikatakan terlampau ambil berat.. nak tau sebab apa kaum hawa wat cam tu ?.. sebabnya bagi aku la mereka takut kehilangan insan yang mereka sayang dan ingin memberitahu bahawa diaorg sentiasa ingt kat pakwe diaorg tp lain lak fikiran kaum adam ne bila kena tanya.. mereka rasa terkongkong kerana hampir setiap apa yang ingin mereka lakukan aweks mereka ingin tahu.. salahkah sikap ingin tahu itu? salahkah perasaan risau keselamatan dioarg? entah la,.. aku pn xfaham.. atau aweks xmemahami pakwe.. mana satu yang betull? sape yang xmemahami siapa sebenarnya? tanya pada diri anda sendiri.. jika anda jujur mencintai seseorang itu dengan tulus hati anda tidak akan merasakan begitu malah anda merasakan bahagia kerana ada orang ambil berat tentang diri anda.. anda akan menghargainya sebaik mungkin.. tapi ada yang xsuka diperlakukan begitu kerana beranggapan mcm anak kecil jer. sedangkan diaorg dah dewasa tau menjaga diri sendiri.. egokah itu? nak sebenarnyatp berlagak xnak.. entahlah... sama-sama lah kita fikirkan.. ada masa kita sambg eik/..... hahahaa hidup biar enjoy dan happy walau dlm keadaan apa sekali pun..

-@ Lupakan Segalanya @-

hurm... aku patut lupakan segala kenangan itu jika ianya hanyalah fantasi dan bukannya realiti.. kita hidup dalam realiti.. kenapa nak berfantasi kan.. tp bagaimanakah caranya untuk aku melupakan segalanya itu.. segala memori bersamanya ada di sini.. arghhhhh lupakan.. lupakannya.. dia pn tidak ingt akan aku lagi naper aku nk ingt dia.. nak berkawan sahaja pn dia xnak.. mcm dia xnak ada apa2 hbgn dengan aku w/pn sekadar kawan.. biarlah asalkan dia bahagia.. aku harus tabah menghadapi kehilangan itu kerana aku sendiri yang menciptakan kehilangan itu.. padahnya aku tanggung sendiri.. biar lah sakit pn sendiri yang rasa.. asalkan xmenyakiti hati orang lain sudah lah.. xmembuat hidup orang lain merana oklah.. tp aku xtau sama ada aku dah wat org sakit hati atau tidak.. tiba2 jer org tu jauhkan diri aku tanpa aku tau apa salah yang telah aku buat.. entah pengalaman lalu telah mengubah hidupku menjadii... ape eik? dingin kot .... hahaha dingin konon.. ingat dingin salju apa... pirrrrrahhhh nak jiwang karat lak.. aku mana layak nak cintan cintun.. masa begitu telah berlalu dengan begitu saja dan dengan pantas..sudah lumrah manusia dah berlalu pergi @ kehilangan baru nak mnecari.. baru nak menghargai.. kenapa begitu eik? sebab xkuat kot.. sebab tu aku perlu lupakannya supaya masa yang ada tidak terbuang begitu saja tapi entah lah hati jadi kaku .. dingin sedinginnya.. kalau ada pn xblh dipercaya kerana bagiku semua itu ingin mengambil kesempatan di atas kesulitan sahaja.. aku harap aku dapat melupakan segala kenangan pahit agar dapat memulakan kehidupan yang baru..insya allah.. amin..

Ahad, 7 Jun 2009

kenangan itu..


kenangan itu.. kenapa aku selalu teringat akan kenangan ketika bersama mu.. ianya membuatku jadi sedih.. buat aku jadi rindu... aku xmampu melupakan kenangan tika bersamamu.. ianya sentiasa terbayang di ruang mindaku.. entah la.. apa nk jadi dengan diriku.. hidup dlm kenangan yang telah tiada atau mustahil utk aku capai.. tatkala aku bersendirian kenangan itu datang mencegah kembali ke ruang mindaku.. aku jadi pendiam.. sedih hati ini bila terkenang kan semua itu.. masa yang berlalu tidak blh diulang kembali.. hanya kenangan itu yg mampu tersimpan di hati entah sampai bila.. aku pn xtau.. ianya jadi memori yang indah bagiku.. mengamit jiwaku jadi tidak menentu.. lidah jadi kelu utk berkata-kata hanya jemari dan hatiku yang berbicara mengatakannya.. mungkinkah ianya satu petanda bagiku agar aku melupakan semua kenangan itu.. aku rindu padanya tp aku xblh meluahkannya. hanya memendam rasa.. itu terbaik utk dirinya kerana aku tiada di hatinya. kenapa aku jd begini kembali? kenapa aku jadi lemah lg? bgmana aku nak buktikan bahawa aku mampu menghadapi semua ini? aku tidak mahu jadi selemah-lemah manusia.. yang senang dipijak atau di hina.. jika ku buang kenangan itu bermakna aku membuang dirinya. pernah ku cuba namun tidak berhasil.. xtau kenapa.. adkh mungkin kerana aku rindu? sayang? simpati? atau belas kasihan? entah la.. aku hanya bermonolog pada diri sendiri.. menanyakan diri apa yg terjadi..namun aku tidak jumpa jawapan itu.. adalah lebih baik aku solat tahajud menghadap Allah yang maha esa.. mengadu padanya.. menangis padanya.. memohon petunjuk padanya..dan menyerah diri padanya.. kerana dia maha mengerti dan mengetahui segalanya..

masak..

aku suka masak.. xkira apa pun.. sebabnya aku happy memasak dan aku suka bg member mkn masakan aku.. klu blh aku xnk makan kat kedai.. tp ada jer makanan yg aku xberapa reti nak masak.. rajin gak tgk resepi n mencuba.. ada yg menjadi ada yang x.. plg best masak sup la.. selera nk makan tau.. xpn masak tomyam ker, masak laksa ker atau pn dadih ataupun sardin.. cuma nk wat nasi kerabu jer lagi aku xcuba coz ramuannya byk sgt.. aku pening dibuatnya tapi aku suka mkn nasi kerabu.. maklum la kat tempt aku mana ada jual nasi kerabu.. susah nak cari semua tu.. jadi aku kena la belajar membuatnya.. cuma akhir2 ne aku jadi kurang memasak.. mungkin risaukan berat badan sendiri yang makin naik.. tension masak.. happy pun masak.. apa taknya.. exercise malas.. hehehe... biasa la kan dok umah sewa.. mula2 jer rajin p jogging lps tu jd malas .. beza sgt diriku yang dulu ngan sekrg.. dulu masak biasa jer.. lepas tu belajar masak apa2 makanan .. so faham2 je la yer .. dah masak kena makan.. xbaik membazir.. kawan syaitan tau klu membazir.. tp satu aku xleh mkn w/pn aku dah belajar nk mkn .. nk tau ape bendanya.. namanya peria.. tekak aku xleh terima peria.. xtau naper.. sayur lain aku blh jer telan.. yg ne memang tak blh.. satu lagi aku ne xleh mkn ikan kayu @ tongkol kot namanya yang org jdkan lauk klu mkn nasi dagang tu.. plg sensitif ngan ikan tu w/pn xmkn.. gatal.. entah naper jd cam tu.. aku masih lagi mencari resepi2 yang best untuk di cuba.. k la aku berhenti setakat ne coz nk tgk mentor.. buhbye..

hari-hariku..


ari ne sepatutnya aku kuar p tgk wayang ngan member2 chatting kat klcc. cdgnya nak tgk citer night at museum 2.. alih2 xjadi sebab aku hilang mood bila ramai tarik diri last minute.. xsyok la xramai.. xmeriah.. lgpn aku xkenal lagi semua diaorg tu.. itulah caranya untuk ku mengubat kesepian di hati ini.. entah kenapa aku berubaha jadi begini.. harap perubahan ini mengarah kepada kebaikan.. iye laa nak kuar pn xberteman.. kejam kah aku membuat teman2 sebegitu.. ada yang mengajak kuar berdua tapi aku xberminat.. aku takut.. klu kuar ramai2 xape gak.. entah lah.. mungkin kerana pengalaman yang lalu kot.. aku sendiri tidak pasti.. selalu sahaja jika aku yang plan mesti xjadi.. adkh aku ne pembawa sial? atau pembawa malang pada org lain?.. xbaik kn aku fikir mcm tu.. mcm salahkan Allah pula.. ya Allah ampun kan lah hambamu ini yang khilaf.. semua ini dugaan darimu untuk menguji keimananku.. mampukah aku hadapinya.. aku yang pilih jalan ini untuk berchatting pada org yang tak dikenali.. kalau memang betul org tu bersifat baik.. ok la. kalau x memang aku sendiri cari nasib.. ada org kata pengalaman mendewasakan kita.. pengalaman mengajar kita lebih berhati-hati tapi bagaimanakah dengan diriku ini?? entah la aku pn xtau.. kekdg tension bila dok sorg2.. klu bising sgt pn xleh.. mood kekadg xbetul.. sbb xramai yang berani dkt dgn diriku kerana depa beranggapan aku garang.. biaq la..

Rabu, 3 Jun 2009

tak sihat..

ari ne aku xberapa sihat tapi ku gagahkan juga jari jemari ku untuk menaip apa2 jer.. sejenak aku berfikir nak menulis apa ari ne.. entah la.. keja dah mula banyak.. aku kena selesaikan juga xkira camne pn cuma kesihatan ku tidak begitu mengizinkan.. ini hanya dugaan dari allah untuk hambanya.. aku kuatkan diri utk terus buat keja. aku xnak nanti kerana aku tak sihat menyusahkan orang lain take over kerja aku.. diaorg pn ada keja sendiri.. insya allah aku blh siapkan hari ne gak.. aku xnk jadi lemah kerana yg remeh temeh.. aku dah janji pada diri sendiri xkan manjakan diri lagi, xkan jadi lemah lagi jadi aku xblh cepat putus asa sekarang.. aku tahu allah ada di sisi hambanya tidak kira hambanya memerlukan Dia atau tak.. allah sentiasa memerhati apa yang hambanya lakukan baik yang buruk atau baik.. semoga semua pembaca tak kira yang muslim atau tak sihat walafiat selalu dan dirahmati olehNya.. betapa bertuahnya kita hidup di bumi ciptaan Allah ini tanpa sebarang musibah.. sama2 la kita berdoa semoga ianya terus berkekalan.. amin..

Selasa, 2 Jun 2009

gembirakah aku?

gembirakah aku skrg ne? entah la.. mungkin masa ngan kekawan aku gembira tetapi bila sendirian aku sedih.. hati jadi sayu, sepi dan pilu.. bagaimanakah caranya utk kuubat hati yang rawan ini... mungkin ini hanya dugaan utk menguji hatiku.. semasa bersama dengan kekawan aku wat happy go lucky selalu kerana aku xnak diaorg tau yang aku ada masalah.. lgpn itu hanya masalah dalaman @ peribadi aku sendiri.. bak kata orang hanya diri sendiri yang mampu mengubah diri kita bukannya orang lain. mungkin aku dah ditakdirkan bersifat begini.. atau aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang... entahlah aku pn xtau yang mana satu... atau ini merupakan pembalasan padaku kerana melukakan hati insan yang mencintaiku.. entah la sama ada dia betul-betul menyintaiku tau x.. perkara yang dah lepas.. xbaik aku ungkit kembali kerana hanya menambh luka di hati atau ramai pula yang terluka jika aku diceritakan semula.. biarlah ianya berkubur selamanya.. kucuba utk menerima seorang insan yang lain tapi ianya tidak sama sepertimana aku menyayanginya dulu.. aku masih mencuba menyayanginya sepenuh hatiku tapi dia kami berlainan bangsa dan kekadang aku terfikir sampai manakah perhubungan itu.. aku juga teringin seperti orang lain, disayangi dan menyayangi.. tapi semua tu seolah-olah dah ditarik jauh dariku.. mungkin bagi dia aku hanya sekadar kawan sahaja.. biarlah lebih baik berkawan kn.. kerana xterasa sgt sakitnya jika dilukai oleh kawan tapi kalau dilukai oleh kawan yang rapat tetap sakit.. aku pn xtau mana lebih sakit dikhianati oleh kawan baik atau dikhianti oleh insan yang kita sayang? aku kena fikir dengan lebih mendalam lagi tentang semua tu agar tiada yang disakiti tapi jika aku disakiti untuk mengembirakan orang lain, aku redha.. semua tu ketentuan allah.. kekadang aku risau bila keluargaku bertanya berkenaan pasangan hidupku.. aku hanya mampu memberi alasan yang aku belum bersedia bila dioarg mula mencari jodoh untukku.. memang betul pn aku belum bersedia tapi ibu ayah mana yang tidak risau pada anak yang hidup berjauhan dengan keluarga dan di rantau orang lak tu.. memang la kena pandai membawa diri tetapi keselamatan diriku mcm mana?.. itu yang diaorg risaukan.. aku tahu itu semua tapi aku tidak mampu untuk menerima jika jodohku ditentukan oleh keluargaku tapi andai itu sudah tersurat untukku, apa lah dayaku.. hanya mampu menerima.. lagipun kata org jodoh yang dipilih oleh keluarga jodoh yang baik dan berkekalan.. entah la zaman sekarang boleh dipercayai lagi atau tidak semua tu kerana zaman telah berubah.. sikap orang pun berubah.. aku xnak keluarga aku sedih ngan keputusan yang buat ini.. ibu, ayah maafkan anakmu ini.. di sini lah aku mencoretkan segalanya kerana aku rasa bebas menceritakan apa juga.. maaflah kalau ada yang tersinggung dengan apa yang aku coretkan.. aku xbermaksud pn begitu.. semuanya hanya untuk mengembirakan diriku sendiri atau meluahkan apa yang terbuku di hati.. aku bukan la seorang yang senang bercerita dengan orang tapi kalau mengarang aku blh.. setakat yang termampu oleh ku.. segala kebaikan itu datangnya dari Allah SWT dan segala kekurangan itu dariku sendiri jadi aku mohon maaf pada semua.. semoga semuanya hidup dalam gembira & sihat selalu... insya allah.. amin..

kelakarnya..

hidup biar enjoy.. yang berlalu ku biar berlalu kerana apa yang berlalu xkan kembali.. menangis pn xada guna.. sabtu lepas aku g ipoh, kenduri sambut menantu akak aku.. yang aku tak blh lupa adalah masa aku g shopping beli brg dapur kat tesco extra ialah aku tersalah pilih sayur.. siap gaduh lagi ngan hubby member.. nak juga menang.. ingt sendiri teror sgt la tu.. ms tu km ngah pilih sayur kailan nak wat kailan ikan masin la kiranya tp sya pilih salad.. sampai kat umah masak baru perasan yg salah pilih. dahsyat kn.. xblh jadi tukang masak klu cmne.. tp nasib baik hubby member xcerewet.. dia mkn juga tanpa komen.. sya yang termalu sendiri.. segan pn ada.. tapi saya happy semasa berada di ipoh.. lepas tu g kenduri kat kuala kangsar lak.. sampai sana dah lambt kena cuci pinggan.. kena usik lagi baju cantik2 kena cuci pinggan.. diaorg siap ambik gambr lagi sebagai bukti cuci pinggan.. habis aksi2 cuci pinggan kena ambik gambr.. semuanya menceriakan saya.. rasa hilang semua kesedihan di hati.. satu lagi ms blk semalm ingt nk berhenti kat hentian duta.. punya lah tahan mata mengantuk, alih2 dah samapi puduraya.. sian kat member tunggu kat hentian duta kena g puduraya ambik saya.. apa2 jer la kn..yang penting happy.. lama dah update blog ne.. rindu lak rasa di hati.. sama2 lah kita berdoa agar beroleh kegembiraan dan kebahagiaan tidak kira di mana berada.. amin..