Rabu, 30 Jun 2010

perubahan

hurmm ku ingtkan perubahan yang kulakukan membawa kegembiraan dalam hidupku namun aku makin tertekan kerana aku merupakan informer tak bergaji mereka dan mereka still mencari aku w/pn aku tidak mengendahkan segala pertanyaan dan panggilan telefon mereka. kejamkah aku berbuat demikian? tapi aku berbuat demikian ada sebabnya.. sebabnya aku terlalu penat.. penat utk menjadi informer.. aku dah xlarat jadi mentor pada semua org.. kenapa aku jadi begini? kerana apa kah? entah la aku pun xtahu cuma aku rasa xlarat nak jawab semua pertanyaan2 itu.. aku betul2 penat.. cukup la selama 5 semester aku kepenatan menghadapi semua ini.. aku bertambh penat apabila aku dengar yang aku ini hanya dipergunakan dan diperalatkan semata-mata demi kepentingan mereka cuma aku yang tidak menyedarinya ... owh tuhan.. berdosakah diriku kepada kawan-kawanku.. aku tidak tahu.. adakah aku berhak berbuat demikian.. pasti bermacam2 sangkaan mereka terhadapku.. ada yang mengatakan aku merajuk dengan mereka dan adanya yang menanyakan sama ada aku sibuk atau ada masalah .. entah lah.. aku masih diam membisu tidak menjawab pertanyaan mereka dan membiarkan ianya sepi di angin lalu.. aku tahu aku hanya diperlukan bila mereka memerlukan . jika tidak aku tidak wujud di kalangan mereka atau di hadapan mereka.. ahhh aku pn xtahu kenapa aku blh berfikir demikian.. aku harap aku kuat melakukan perubahan ini kerana ini juga demi kebaikan diriku.. aku kena fokus pada pelajaran.. tidak boleh terlampau baik mengajar diaorg sedangkan keputusan aku sendiri tidak sebaik mereka.. tapi jika aku berbuat demikian adakah mereka akan mengatakan aku ne kera sumbang... tapi kenapa nak peduli apa orang kata. mereka hanya tahu mengata tapi tidak tahu akan sikap mereka sendiri.. hanya tahu menilai orang lain tapi diri sendiri.. aku juga begitu jadi aku tidak blh menyalahkan mereka kerana aku juga seorang manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. cuma kali ini aku ingin menjadi pendiam.. huh.. aku harap aku blh lega dengan keputusan yang aku buat ini.. insya allah.. perubahan ini ke arah kebaikan... aku blh lakukannya dan fikirkan yang positif.. chaiyok!!!

Rabu, 23 Jun 2010

peningnya kepala kuu........

arghhh.. kenapa jadi begini.. habis lah klu kakak ku jd singgah rumah aku masa anak saudara ku dtg sini.. pasti kakakku akan bertanyakan mana kereta ku.. ah sudah.. haruskah aku memberitahu keadaan sebenar, perkara sebenar yang berlaku.. klu tidak dari mana aku hendak pinjam kereta lagi.. ahhhhhhhhhhhhhh.. aku jadi buntu.. kalau begini aku blh dapat migrain ... sakit kepala ku.. aku xtau nak wat pe lagi.. kereta aku xmungkin siap dalam masa sekejap..

Selasa, 22 Jun 2010

penat

hari2 yang kulalui selepas tragedi sabtu lepas amat memenatkan.. klu blh menjerit, aku teringin menjerit, klu blh menangis aku ingin menangis sepuasnya.. tapi apa guna itu semua.. bkn blh hlgkan tekanan dalam diri ku dan kepenataan yang di alami... aku gagahkan juga menaip malam ne.. mana tau mlm ne mlm terakhir buat ku di sini.. ah aku merapu lagi.. entah ... dah fikiran bercelaru memang cm tu.. ada jer yang merapu.. banyak benda lagi xsettle.. ahh aku xtau patutkah aku sembunyikan tragedi ari sabtu dr keluarga dan rakan-rakan sepejabat.. entah.. aku xnak benda tu jadi kecoh.. aku xlarat nak citer berulang kali.. aku bkn kuat pn nak menceritakannya.. nanti aku jadi lemah semula.. ne pn paksa diri utk kuat menjalani liku-liku kehidupan yang telah tersurat.. tidak sabar rasanya ku ingin sujud padamu ya allah.. memohon kekuatan darimua ya allah agar aku lebih tabah menghadapi semua ini.. semoga hari mendatang esok hari adalah lebih baik dari hari ini dan hari-hari sebelumnya, insya allah.. amin ya rabbal a'laa min..

Isnin, 21 Jun 2010

mampukah aku bertahan...

aku tidak tahu mampukah aku bertahan lagi.. mampukah aku berlakon seolah-olah aku ne kuat utk menghadapi semua yang berlaku.. aku xtau.. aku ingin memegang tangan seseorang yang mampu memberi kekuatan kepadaku sekaligus memberi kekuatan pada dirinya.. tragedi yang berlaku ptg sabtu lepas itu membuatkan aku lemah hingga hampir tidak mampu utk melangkah ke langkahan yang seterusnya dalam hidup ini.. kenapa semuanya berlaku bertimpa2 .. kegembiraan yang dikecapi hanya seketika.. semuanya musnah apabila tragedi itu menimpa diriku.. ya allah beratnya ujian darimu.. apakah maksudmu ya allah.. berilah aku kekuatan utk menghadapi semua ini.. kerana hingga ari ne aku masih lemah utk melangkah liku2 dalam kehidupanku.. aku ingin meminjam kekuatan seseorang agar aku mampu berdiri dengan kuat menghadapi segala ini sekaligus memberi kekuatan pada dirinya.. cuma aku bersyukur tragedi itu tidak meragut nyawa salah seorang dari kami..

Sabtu, 19 Jun 2010

Sakit dan Rindu..

alhamdulillah sakit dah berkurangan namun rindu makin menebal.. ku rindu tp xmampu nk meluahkan padanya.. nanti dikatakan aku ne hidung xmancung, pipi tersorong2 lak.. aku amat merindui saat2 awal perkenalan ku dengan sahabatku ini.. betapa gembiranya, betapa indahnya saat itu.. klu blh aku ingin sentiasa berada di saat itu namun ku tahu itu mustahil kerana semuanya telah berubah.. skrg ne mcm ada jurang yang besar di antara kami.. aku pn xtau.. ku pujuk diri ini .. kuatkan la diri menghadapinya ... aku kerap kali membaca ape yg kami bualkan dulu kat ym.. alangkah bahagia & gembiranya rasa hati ketika itu tidak seperti sekarang sunyi, sepi, pilu dan sebagainya,... aku inginkan saat itu .. ya allah apa dah jadi dgn diriku ini.. sekejap aku katakan aku blh terima, sekejap cemburu, sekejap marah, benci namun rindu yang selalu berkunjung di hati,.. apakah ertinya? kenapa perkenalan singkat itu mengusik hatiku.. aku pn xtau..aku amat merinduinya.. aku ingin bersembang dengnnya seperti dulu namun aku xada kekuatan utk menyatakannya.. lidah ku kelu, terdiam membisu.. jari jemari hanya mampu menaip di sini meluahkan apa yang hatiku rasa, teringin menghantar kata2 rindu padanya namun akalku menengah.. kerana aku tak tahu adkh dia juga merinduiku.. aku xtau sampai bila perasaan ini akan ada dlm diriku.. ku pujuk diri dgn mengatakan dia ada org yg sukai .. hipokrit kah aku.. mungkin.. tp mampukah aku gembira dengan mengatakan sedemikian rupa.. ahhh entah lah.. aku pn xtau...

Jumaat, 18 Jun 2010

Akhirnya..

akhirnya aku pasti perasaan yang kunjung tiba itu hanya mainan semata-mata.. aku kembali berfikiran waras kerana semua sikap rajuk ku beberapa hari ne ada sebabnya.. aku blh lupa bahawa hari wanitaku bakal tiba.. sebab tu la aku bersikap sensitif semacam jer.. hahaha.. dan aku blh terima persahabatanku dengan si dia.. aku dah blh tenangkan diri.. entah mcm mana aku blh jadi setenang begitu.. aku pn xtau.. mungkin kerana ada novel yang menjadi pendampingku.. oooii ingtkan ape yang jadi pendampingku.. rupa2nya novel.. hahkksshaksss... apa2 jer la aku ne.. apa2 pn aku dah blh anggap antara kami hanya sekadar sahabat.. tak mungkin lebih dari itu.. hahaha wat pe nak mengharap pada yang xpasti kan... yeaaaaa... esok cuti.. blh jejln.. dah ada planning nk p jalan tau.. hahahah... nak view beach la weekend ne... iye la tu sgt..

Khamis, 17 Jun 2010

jiwang la sgt.. hahahah

mlm ne mimpi ape tah layan lagu yg jiwang2 karat.. huyoo .. ayat.. gempaq tu.. entahlah .. dengan layan lagu2 tu.. blh gak mengimbas kenangan lalu.. blh ingt saat2 indah masa berchating.. dengan sape eik.. teka laaa.. rasa2.. lagu yang sy dengar sape yang suggestkan.. ahh bermain teka teki lak saya ne.. cm la pembaca tau.. haaaa.hhaaa.. apa2 dah.. entah lah.. sya memang xreti nak terasa hati @ majuk lama2.. xmcm org tu majuk berminggu2.. dah la sya xreti nak pujuk.. tp alih2.. call member sya sbb tau member tdo umah sya.. pas tu mula la gosip depa mengenakan saya.. adushh.. susah la nk rapat ngn mana2 lelaki coz mesti kena gosip.. ape tah diaorrg ne.. suka2 nak padankan sya sesuka hati.. marah la konon, pada hal dalam hati.. hanya tuhan yang tahu.. ahakss.. blushing daaaa.. hehehe.. eeee gediknya aku mlm .. aku ke ne? hahahaha.. entah la.. bila aku sedih ku baaca kembali saat2 kami berchating dah cukup mengembirakan aku.. at least kami ada kenangan yg bergembira..

pabila maaf diutarakan..

bila kata maaf dia utarakan padaku pagi ini.. marahku reda sedangkan mlm td habis member2 aku kena tempias marahku.. apa dah jadi denganku.. namun aku tetap sedih dengan terkilan.. entah lah dalam pada itu rindu bertandang.. ah mengapa perasaan ini memainkan diriku,.. menyeksa diriku.. aku ingtkan dia akan buat xkisah pada diriku namun dia memohon maaf pg ne.. namun aku hanya jawab xada apa yang perlu di maafkan .. apa yang dia katakan tu betul.. entah la apa dah jadi dengan diriku kerana bila dengan dia aku jadi mcm bkn diri aku je,.. ari ne saja kerap kali aku teringtkan dia namun aku sedih bila teringtkan dia tambh lagi melihatkan gambr baru di satu laman sesawang.. sampai aku terfikir adakah dia merokok... timbul semula kemarahan ku.. kenapa dia bersikap begitu.. ahh.. tapi siapa aku utk melarang, menghalang.. itu hak dia.. tapi aku sebagai sahabat patut menasihati mana yang xbetul.. tp nanti apa yang utarakan xbetul dia akan kata betul dan kata aku ne suka sgt nak melawan ckp dia.. entah lah.. adakah aku begitu.. aku pn xtau.. ahhh seksanya punya perasaan sebegini,....

tenangkah...

tenangkah hatiku dengan berbuat demikian .. huh.. entah la.. aku ingin melupakan semua ne dengan secepatnya.. kenapa muncul kembali .. ahh baik aku diamkan diri... tp blhkah berdiam diri itu menenangkan hatiku ini.. ah memang pedih pada permulaannya.. kan sebelum ini aku pernah juga pujuk hatiku sebegitu dan berjaya tetapi kehadirannya mengocak ketenangan hatiku ini.. kenapa.. adushh.. aku jadi xtentu.. ah.. baik layan novel la.. cinta xsemestinya bersatu.. cinta xsemestinya memiliki.. jadi aku akan lepaskan jika itu yang mengembirakan dia.. aku xberani utk berterus terang kerana aku tidak pasti akan perasaan ini.. aku takut perasaan ini hanya mainan semata-mata... ah.. aku blh hidup tanpa perasaaan ini.. aku nak buang semua ne.. jangan muncul lagi wahai perasaan sebegini.. jangan dera aku sebegini. ahh.. baik aku jalani hidup seperti biasa tanpa mengingatkan perkara itu.. jangan menghantui ku lagi.. bagaimanakah caranya.. aku tahu.. aku kena dekatkan diri pada allah.. berfikir secara rasional.. jangan ambil tindakan tanpa berfikir atau terburu-buru.. kelak menyesal pn tiada gunanya. .. cinta pada manusia tidak kekal tetapi mencintai allah yang satu kekal abadi.. akhirnya aku tahu mana jawapannya.. terima kasih ya allah ..

hari ini.. pergilah

pergilah semuanya.. aku xnk teringatkan si dia.. dia bkn peduli pn perasaan aku.. dia xtau dia dah mendera perasaan aku.. ah biar lah.. kan aku dah kata aku xnk perkataan CINTA itu wujud dalam kamus hidupku.. aku harus lupakan semua tu.. pertemuan kami hanya kebetulan dan sudah pn berakhir.. biarlah aku malas nak melayan perasaan yang entah apakah ini.. mustahil cinta tapi kenapa rindu, kenapa cemburu .. ahhhh aku sendiri tidak pasti.. aku jadi keliru.. aku ingin bersendirian.. supaya apa yang berlaku xkan mengganggu perjalanan hidupku.. padanya aku ne siapa.. cukup la dengan pertemuan mlm td.. aku nak pergi dari segala-galanya .. aku blh hidup tanpanya.. biar la aku sendiri uruskan hal diriku..aku xkan ambil peduli pada dirinya.. tapi blh kah? entah lah .. aku pn xtau ... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Rabu, 16 Jun 2010

geramnnyaaaaaaaaaaa

geram pn ada, benci pn ada .. entah la nape aku blh sensitif pada pertemuan kali ne.. aku blh merajuk dengan gurauannya.. entah .. aku jadi cepat marah sedangkan dia blh bersabar.. ya allah kenapa aku jadi camtu.. entah .. aku mcm tunjukkn yang aku ne cemburu dengan kawan perempuannya.. aku jadi xtentu hala.. xpuas bertemu sekejap sgt namun apakan daya dia pn ada hal lain.. xtau bila kami akan bertemu semula .. entah la.. aku xtau tp yang pasti ari ne aku jadi geram, marah, benci dan macam2 padanya... teringin menangis namun air mata ini xnak kuar dah..bagus juga.. wat pe nak menangis kerana lelaki.. xada gunanya.. aku harap perasaan ini hanya seketika bkn berterusan .. ku tidak mahu jiwaku kacau krn aku tau aku bkn pilihan hatinya..

apakah maknanya...


setiap pagi diri ini teringin sekali menelefon sahabat yang seorang ini agar bangun dr tdo namun seringkali diriku menegah agar jangan berbuat demikian.. dah lama aku xjadi "alarm clock" pada dirinya.. dulu di awal perkenalan kami aku lah "alarm clock bgnya" namun sejak pergaduhan itu ku pujuk diri agar tidak menjadi "alarm clock dia lagi". tahu kenapa? kerana aku sedih, aku pilu, terkilan dengan sikapnya.. ah itu hanya mainan perasaan semata-mata.. entah kenapa aku blh rasa aku begitu dekatnya bila berjauhan tp rasa jauh bila berdekatan.. aku pn xtau.. ari aku jumpa dia beberapa hari lepas, aku nampak badannya susut.. aku tau dia sibuk tapi kenapa sampai begitu susut badannya.. pertemuan selepas hampir 2 bulan kami tidak bersua.. aku tidak tahu adakah pertemuan itu akan menghasilkan pertemuan yang seterusnya.. entah lah.. pertemuan di mlm ahad itu amat tidak kujangkakan.. ahh .. entah la.. tapi aku blh tersenyum bila terkenangkan pertemuan itu.. mengusik kembali hati yang tenang.. tp memang pertemuan itu akn menghasilkan pertemuan seterusnya krn kali ini aku yang kena pergi ke tempatnya utk mengambil something darinya dan begitu juga hari isnin depan jika ada masakan yang dia ingin makan itu dibawa oleh anak saudaraku, mestilah kena berjumpa dia lagi supaya dapat memberi makanan yang dia ingin rasai.. entahlah.. kenapa perlu alasan utk pertemuan2 itu.. aku pn tidak tahu.. adakah hatinya sama dengan hatiku.. siapakah aku di hatiya? aku pn tak tau kerana sikap xkisahnya.. tp dia xsuka apabila kawan2 memadankan kami berdua.. dia marah.. adkh itu tandanya aku tiada di hatinya.. mungkin.. aku sahaja yang berfikiran jauh sebegitu sedangkan dia hanya menganggap aku ne cuma sebagai seorang sahabat semata-mata. ahhh.. perasaan ini.. kenapa muncul kembali ketika aku ingin membuang jauh-jauh .. kenapa menghantui diriku kembali... ku hanya mampu beserah padamu Ya Allah..

Isnin, 14 Jun 2010

KeNaPa...

Kenapa dikau muncul kembali di saat hatiku telah mula menerimamu ikhlas sebagai seorang sahabat.. kenapa hatiku di usik kembali? argh.. apakah ertinya.. kenapa bagaikan main tarik tali shj.. apakah maknanya sikapmu itu sahabat? aku xmengerti jauh lagi memahami.. aku terkejut menerima panggilan darimu petang semlm n mengatakan dirimu ingin menemuiku kerana nak mengambil barang2mu yang ada padaku.. tp bila bersua banyak citer yang kau bualkan dan membuatkan lidah ini menjadi kelu.. ku cuba utk berlagak biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kita.. seboleh2nya ku ingin sembunyikan perasaanku ini agar kau tidak menyendarinya.. sesak nafas ku memikirkan semua yang terjadi diluar lingkunganku, di luar pemikiranku.. kukira kau telah melupakanku namun aku silap setelah melihat sikapmu ketika bersua semlm.. masih sama .. tp mengapa kau banyak berdiam diri sebelum ne.. sampaikan aku tersalah erti akan diammu.. tp aku tetap dengan keputusanku cinta adalah yang terakhir kerana aku dah serik untuk mencintai dan dicintai.. aku beserah segalanya padaNya.. biarlah masa yang menentukannya.. rasa agak janggal perjumpaan kita semlm setelah lama tidak bersua namun akhirnya berubah menjadi seperti sediakala namun ku tahu aku harus hadkan diriku denganmu agar aku tidak lalai pada tanggungjawab yang lebih utaam iaitu belajar.. sekarang hanya itu yang aku fikirkan.. aku dah penat fikir pasal semua orang kerana pernahkah org fkr pasal diri kita? entah lah.. ini semua hanya mainan perasaan semata-mata.. nasib baiklah aku tidak jadi memberi warkah yang kulakarkan dulu padanya kerana kukira kita xkan bersua kembali.. jika tidak, aku tidak tahu betapa malunya utk berhadapan denganmu sahabat.. maafkan aku wahai sahabat.. terima kasih kerana masih setia menjadi sahabatku.. biar apa org kata berkenaan dirimu namun aku tau kau tidak begitu dan kau ada sebab utk berbuat sedemikian..

Sabtu, 12 Jun 2010

entah

pe yang ingin ku lakarkan pada malam ne aku pn xtau.. fikiran bercelaru.. esok genap sebulan keta ku di baiki.. sepatutnya ari ne aku dpt keta tu tp pam break bocor blk lak.. entah la.. yang tu satu hal.. aku pening pala.. xtau brp aku byr nanti.. arghh... ptg td dpt panggilan dr kg.. arghh.. menuntut aku utk berbakti pada keluarga.. aku xtau aku mampu lakukan ke tak.. memang ada berita yang mengembirakan hari ne tp byk lagi perkara yang aku kena settle kan.. aku dah biasa mengalah dan tidak membantah.. aku xtau la cmna nanti aku nk selesaikan semua perkara tu dalam masa terdekat ne.. sebab itu aku ingin bersendirian seketika .. tidak mahu terlibat dengan rakan2 sekuliah ku.. lebih byk mendiamkan diri.. diri ini terasa nk demam kembali namun kukuatkan diri agar tidak demam.. aku tidak blh lemah.. semua ini hanya dugaan..

Rabu, 2 Jun 2010

berilah ketenangan dalam hidupku..

"Ya Allah
Berdetik jantungku menyebut nama-Mu
Tenang dan damai dalam kalbuku
Sedingin sinar embun pagi
Indahnya tak dapat ku gambarkan lagi
Lebih tenang dari pantai yang sunyi
Lebih damai dari taman yang wangi
Ingin ku hilang diri
Ingin ku kembali
Walau belum sampai waktunya
Biarlah ketika ini
Saat jari ku dapat menari
Saat jiwaku dapat merasai
Sungguh rindu bagai pencinta sejati
Titisan layu membasahi
Bukan pipi... bukan diri
Tetapi hati yang rindu pada Illahi
Cinta itu takkan hadir
Bahagia itu takkan sempurnapada diriku
yang runsing dan dukacitayang lemah dan tak berusaha
yang penakut dan bakhil
yang berhutang dan di tekan orang lain
Cinta... ..bahagia
Ingin ku miliki
Cita-cita... ..impian
Ingin ku penuhi
Mengajak ku berjuang... .berbakti
Meninggalkan kesenangan duniawi
Mengajakku bersendiri
Meninggalkan fitnah menghancurkan diri
Akan tiba waktu itu
Pabilaaku mengenali-Mu
aku mendampingi kalimah-Mu
Pabila hatikuMencintai-Mu dan Rasul-Mu
Lebih dari tiap sesuatu

'Ya Allah kami mohon cinta-MU dan cinta orang yang mencintai-Mu serta semua amalan yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu''Ya Allah lindungilah kami dari kerunsingan dan dukacita,lindungilah kami dari kelemahan dan kemalasan,lindungilah kami dari penakut dan kedekut,lindungilah kami dari hutang yang banyak dan di tekan oleh orang lain'Perkenankanlah Ya Allah doa kami dan terimalah amalan kami,Sesunguhnya Engkau Maha Pemberi. amin ya rabbal a'alamin..

kau yang bergelar sahabat

Perselisihan kita hanya kebetulan..
Mengenalimu sudah ku anggap satu takdir..
Ingin selalu aku berada di saat itu..
Di waktu itu..
Kau berkeyakinan untuk mencuri hatiku...
Lantas aku abdikan keyakinanmu di jiwaku...
Air mata semalam menjadi saksi..
Bertemu denganmu..
Membawa sejuta keindahan..
Melemparkan kekalutan...
Menceriakan kegembiraan kita bersama...
Bagaimana harus aku bicarakan lagi...
Hanya hati ini yang merasai dan mengetahui..
Segala yang aku pendamkan terhadap mu...
Telah banyak perubahan yang kau bawa dalam hidupku...
Ketulusanmu menggamit jiwa dan naluriku..
Aku menyayangi cerita semalam..
Kau dan aku...
Senyum menatap keindahan...
Harapan ku...
Kita sentiasa teguh..
Berlandaskan sebuah keikhlasan..
Sebekas kejujuran..
Serta berdiri di atas garisan adap dan syariat..
Semoga Allah s.w.t merahmati segalanya...
Dan..
Semoga segalanya berada dalam keadaan baik dan sempurna...
kutujukan khas buat seseorang yang baru kukenali selama 4 bulan 3 hari.. aku tidak mampu meluahkan rasa hati kepdnya kerana sudah hampir satu bulan tidak diendahkan selepas peristiwa 12 april hari tu.. entah besar sgtkah silapku hinggakan seorang sahabat itu berjauhan dengan ku.. semuanya jadi kaku, jadi tegang .. tidak indah seperti dulu.. w/pn mulut mengatakan tidak namun mampu kah hati menipu diri sendiri .. entah .. tapi ari tu aku dah kuatkn hati dengan melihat dia bahagia aku akn tumpang bahagia namun mengapa hati ini seringkali berbisik dan terusik.. kenapa sering dia terlantas di layar fikiran.. entah la.. sedangkan aku tahu jurang antara kami terlalu dan agak mustahil untuk kami bersua kembali melihatkan sikapnya yang endah tak endah.. nak kata cinta terbit di hati mustahil.. perkenalan yang begitu singkat.. aku hanya rasa selesa dan selamat di sisinya namun setelah berlaku pertengkaran kecil semuanya berubah.. arghh.. aku pernah kata lupakan perkenalan singkat itu .. namun kenapa itu yg seriingkali menjengah di kotak fikiran ku.. ku ingin berikan kata2 di atas untuknya tapi ku tiada kekuatan berbuat demikian kerana ku sedar siapa aku di hatinya.. aku bkn siapa2 bgnya.. ah.. aku memang patut lupakan semua ini.. aku tetap blh gembira w/pn tanpa sahabat ini di sisiku.. jika hanya aku yang ingt pada dia cukuplah..
" the sky is full of star but the moon is you..the earth is full of friends but the best is you.. to forget me is ut to you.. to forget you, i will never do...
perkenalan singkat itu juga telah membuatkan aku kurang melayan karenah sahabat baikku (lelaki) hinggakn dia terasa hati denganku dan kami berbalah hanya kerana aku aku duduk di sebelah sahabat baru ini.. aku tidak dapat membaca apa yang org fikirkan namun adakalanya aku dan bestfriend ku macam belangkas @ kekasih tapi bestfriend ku ada kekasih hati.. kami hanya sekadar kawan w/pn dulu pernah terdetik di hati ini untuk berkasih sayang dengannya namun kufikirkan dengan waras agar kasih syg itu hanya sebagai seorang sahabat sahaja.. namun dengan sahabt yang baru ini.. timbul perasaan aneh w/pn dia agak sensitif orangnya akhir2 ini.. mungkin faktor umur kot tp di awal perkenalan kami dia xsebegitu.. biasa la kan lelaki hanya manis di awal perkenalan.. selepas itu semuanya pudar.. kelam.. dan kusam... begitu la ibaratnya persahabatan ku dengan sahabat yang baru ini... tp aku masih ingt 2 permintaanya semasa kami akrab.. aku xtau bilakah masanya aku menunaikan permintaannya utk merasai 2 masakan penting negeriku.. masakan biasa hampir semua member aku pernah merasakannya.. skrg ne aku hanya beserah ... persahabatan kami aku tidak tahu sampai ke mana.. sms pn tak berbalas.. call pn jawab singkat shj .. sbb itu aku rasakan aku dah xdperlukan sebagai seorang sahabat.. ahh biarlah jika itu yang mengembirakan dan membahagiakan dia sahabatku...

aku dah penat....

terasa begitu penat.. begitu sukar utk bernafas..sesak rasanya di dada... apatah lagi utk berfikir.. entah la.. kenapa aku rasa hidupku begitu memenatkan.. tapi klu xpenat bkn hidup namanya kan.. ahhh.. pandainya bermain kata.. bermadah.. bergurindam.. sedangkan semuanya bercellaru..

adakah sampai di sini sahaja...

xtau pe yang aku nk katakan mlm.. entah la xtau nk kata pe.. aku rindukan kancilku.. aku htr jumpa mekanik 12hb mei 2010.. sampai skrg xsiap lagi.. teruk sgt ke sampai mengambil masa yang lama utk disiapkan tp nasib baik la ne aku xguna sgt keta.. kuliah xmula lg tp nanti aku kena jaga anak2 lak.. aku dah rasa cam tawar hati nk teruskan blog ne.. aku ngh fkrkn adakah patut aku wat blog lain? entah la... tiba2 hilang rasa minat ku nk mengarang... nak blogging.. aku xtau nape.. thn lepas pn aku ingtkan aku dah xupdate blog aku tp aku tetap update gak blog ne w/pn kadang2.. cuma akhir2 ne je aku kerap update blog aku.. adakah aku telah ketandusan kata-kata? aku pn xtau... tiba2 aku fikir ingin kembali ke kg halaman ku yang jauh nun di sana.. patutkah aku bertukar tpt kerja dlm ms terdekat ne? enta.. tp hati ini mcm dah xada hati nak teruskan hidup di sini... aku xtau.. fkrn ku bercelaru.. apa yang aku fkr pn aku xtau.. sedangkan dulu aku pernah berjanj dengan sendiri yang aku xkan bertukar sekiranya belum dinaikkan pangkat.. adakah aku takut result akhir peperiksaan aku xsebaik yang aku ingin kan.. tapi result akhirku adlh hjg thn depan.. adkh aku nak lari membawa diri ... dengan lari sebegitu, mana mungkin tidak timbul pelbagai persoalan di minda rakan-rakan sejawatku... arghhh... ingin saja ku belari membawa diri ke tempat yang tiada siapa mengenaliku.. tapi berdayakah aku berbuat demikian.. aku punya mak ayah.. lari bkn penyelesaian masalah namun mengapa aku rasa tawar hati skrg utk terus bekerja di sini.. entah la.. aku rindukan mak ayah ...

Selasa, 1 Jun 2010

PeNgaLaMaN

pengalaman adakalanya indah, adakalanya menyakitkan tapi manakah yang lebih banyak kita lalui .. memang ramai yang berkata melalui pengalaman kita bertatih di atas kehidupan ini.. tp betulkah? adakah kita pasti pengalaman yang lalu itu tdak akan berulang kembali? bagaimana kita begitu pasti? aku pernah mengalami pengalaman yang sama tp dalam keadaan yang berbeza yang membuatkan rasa percaya ku hilang ... namun tidak boleh kusalahkan semuanya kerana jika aku belajar dari pengalaman itu pasti ianya xkan berulang kembali tapi aku sendiri yang tidak kuat dan membiarkan pengalaman itu berulang semula.. namun begitu sukar ku tanamkan sebuah kepercayaan itu namun begitu senang ianya diruntuhkan ... kenapa semuanya sama.. sedangkan aku telah cuba untuk berfikiran positif.. bahawa xsemuanya sama.. entah la.. aku pun xtau .. tapi segala yang berlaku berulang kali menyebabkan aku tawar hati.. aku serahkan segala-galanya pada takdir.. aku dah berjanji pada diriku akan lupakan pengalaman yang pahit itu selama-lamanya.. aku xnk pengalamn pahit itu menghantui hidupku lagi.. aku kuat.. aku blh lawan semua tu.. aku blh berjaya atas usahaku sendiri..

antara tarikh2 penting

pagi td dlm bas aku dgr dj radio kata apakah tarikh yang mempunyai kenangan dlm hidup kita? so aku nak kongsikan jer la tarikh2 ne..

15 november - birthday mak ayah aku serentak
22 januari - birthday kakak aku
8 march - birthday abang aku

^_^ tp tarikh2 di atas xpernah disambut.. coz ayah aku kata kt org islam, klu nk pn buat kenduri doa selamat jer.. tp aku cemburu tgk org di sekeliling aku sambut birthday ngn family, kawan2... sbb tu aku xsuka ingat birthday aku.. tp kat bawah ne pula tarikh-tarikh yang mengundang pengalaman yang sukar dilupakan dan kenangan sekali kot.. entah laa..

25 disember 2003 - hari krismas la... x la tarikh keramat dr mata turn ke hati tp xberkekalan.. xada jodoh
23 november - birthday ex
4 november - birthdy my bestfriend

jun/2007 - perkenalan semula aku ngn sorg chatter chinese, melamar aku jd kekasihnya, aku terima pada mulanya tp makin lama makin hambr dan akhirnya jd seorang kawan @ abg sahaja..

21 ogos - birthday seorang abg
12/2007 - aku mula diterima belajar di salah sebuah ipta..

2008/2009 - perasaan syg timbul dalam sebuah persahabatan namun kupujuk hati kerana ianya bukan milikku.. ku sedar kan diri yg dia telah berpunya dan kami sekadar teman tapi mesra..
31 januari 2010 - perkenalan singkat tetapi krn perkenalan itu aku mampu terima hakikat yg xsemua yg aku inginkan tercapai tp perkenalan itu juga jd hambr... pernah menyimpan rasa kasih, sayang pada perkenalan itu namun tak berpanjangan krn entah la.. aku rskn aku xsesuai dgn dia dan dia telah ada someone special kot.. hahaha..
12 april 2010 - something happen - perhbgn aku dgn someone jd regang sikit krn sikapku namun skrg makin xberhubung.. adkh berakhir begitu sahaja persahabatan yang terjalin pada 31 januari itu.. entah.. aku pasrah ..
mei 2010 - hari ini,. aku lebih fikir ke depan dn xnk ambik tau pasal cintan cintun kerana memenatkan dan menyakitkan..
31 mei 2010 - aku wat onar kat satu laman sosial sampaikan seorang terasa sedangkn sebelum ini aku cukup bersabar dengan karenah semua kawan2 ku tp entah apa yg merasuk ku jadi begitu tp niatku hanya ingin menyedarkan kawan dan diri sendiri iaitu jangan hanya ingat kawan masa susah shj tp lupa kawan bila dah senang..
^_^ akhirnya aku begini.. dah xnak fikir pasal cinta2.. aku dah penat... aku serahkan segalanya pada takdir.. apa2 pn hidup kena diteruskan dan ceria2 selalu... ^_^