Khamis, 30 Disember 2010

kecelaruan

hurmm.. entah berapa kali sudah aku mengeluh.. mood ku berubah kerana perjumpaan petang semalam dengan kawan baikku semlm .. entah mengapa mood aku cepat sangt berubah & terasa bila dia bergurau denganku atau tak dengar apa yg aku cakap.. aku anggap dia tu siapa .. dia tanya xkn sebb dia xnak g klinik, aku marah dia.. aku pun tak tahu kenapa mood aku cepat berubah skrg hanya kerana sikap dia sebegitu.. adakah sebab kerana aku terlalu risaukan kesihatannya kerana dia perlu drive jauh mlm2 atau adakah sebab lain... sebab lain? aku tak tahu apakah sebab itu? entah la.. sepatutnya semlm perjumpaan itu perjumpaan yang menggembirakan, xsepatutnya berakhir dengan ketegangan @ kemuraman... kenapa aku mencipta keadaan yang tegang antara kami berdua? kenapa? walaupun kami keluar bertiga tapi suasana akhir perjumpaan tu menjadi tegang kerana aku.. dah la dia tak sihat, aku lak tambhkan masalah kat dia.. aku lak bg dia pening.. hari ini lansung tiada sinar gembira walaupun pasukan bola sepak malaysia menang.. biasanya aku blh jadi seperti sediakala bila bangkit dari tidur tapi kali tak.. apa yang ku rajuk sebenarnya? ape yang ku harapkan sebenarny? aku mula berfikir, adakah memang patut aku menjauhkan diri darinya? aku pernah cuba sebelum ini tapi aku tak berjaya kerana aku tak mampu menanggung rindu padanya.. tapi jika aku terus-terusan dengan sikap aku skrg ini, tidak mustahil dia yang akan jauhkan diri dari aku kerana bosan dengan sikapku.. dia pernah meluahkan dia bosan kerana aku asyik mengusik dia dengan cara yang sama.... apakah yang perlu aku lakukan bagi menghuraikan kecelaruan ini....

Rabu, 22 Disember 2010

Sedih

Aku sedih malam ini setelah bersembang dengan kakakku.. hati ini cepat tersentuh bila kakakku memberitahu abg-abg aku ramai yang tidak keja dan duduk di rumah.. makan, mak ayah yang bagi... sepatutnya diaorg la yang bagi... kenapa diaorg xsedar.. sedangkan aku anak bongsu mereka blh sedar akan tanggungjawab itu, kenapa mereka sewenang2nya berbuat demikian.. aku tidak sanggup untuk mengetahui semua itu dengan lebih mendalam kerana tika ini air mataku laju membasahi pipi comelku.. aku bg alasan kat kakak aku yang aku nk tdo.. padahal aku berendam dengan air mata.. dah la aku jauh dari keluarga... diaorg wat lak mak ayah aku mcm tu.. sampai hati diaorg.. bkn nk tlg usahakan tanah yang ada kat kg tu.. entah apa nk jadi dengan mereka aku pun xtahu... tapi aku kena kuat.. aku xblh lemah.. aku xblh suka2 membuang air mata ini... air mata ini menunjukkan aku insan yang lemah...

Ahad, 19 Disember 2010

Apakah maknanya

Aku xtahu kenapa aku seringkali terasa hati dan menyebabkan sahabat baikku salah sangka.. dia ingat aku mrah kn dia padahal aku berbuat begitu kerana bagi menggelakkan dia perasan perasaan aku terhadapnya.. apa aku perlu lakukan sekarang ne? sekali lagi kami bertengkar hanya kerana perkara kecil kukira.. aku yang memulakannya.. apa dah jadi ne? kenapa tali persahabatan ini menjadi sedemikian rupa.. aku kah yang membuat kesilapan kerana mengganggap dirinya lebih dari seorang sahabat? ku kira ku telah berjaya menghapuskan perasaan itu kerana aku sedar diriku yang serba kekurangan, yang tak sepadan dengannya, tambah lagi dia telah mempunyai kekasih hati.. sanggupkah aku menghancurkannya? sedangkan aku tahu antara kami berdua mustahil wujud satu hubungan yang istimewa.. tidak mungkin sama sekali.. sedar lah wahai hati, wahai diri ini.. sedarlah akan kedudukanmu dihatinya.. hanya sekadar sahabat baik semata-mata.. bertahan la hati utk setahun lagi kerana selepas ini tidak jumpa dia lagi... dan belajarlah terima hakikat wahai hati... yang dia bukan untukku.. setiap kali dia katakan kami adalah kawan baik, setiap kali itu juga aku merasakan hatiku bagai disayat-sayat sembilu.. tabahkan la hatiku.. mungkin adalah lebih baik aku diamkan diri macam dulu lagi walaupun seksanya ku rasa bila tidak bersembang dengannya. kiranya itu yang lebih baik dari keadaan sekarang ne, asal sembg jer pasti tercetus pergaduhan.. entah la.. aku pun dah xtau bagaimana untuk bersikap seperti biasa dan dia pun sepertinya tak boleh menerima segala gurauan ku.. entah mana silapnya.. masing2 terasa.. aku pun tak tahu bagaimana akhirnya persahabatan ini.. adakah boleh lagi aku memanggil hubungan ini sebuah persahabatan? klu xblh, aku nak panggil apa? hati tabah la menghadapi semua ini.. aku kena bersikap optimis...

Sabtu, 18 Disember 2010

kenapa terasa hati....

aku tak tahu kenapa aku terasa dengan perbuatan sahabat baikku.. benda kecil jer blh wat aku jd sensitif sgt.. aku terkilan sbb byk kali aku diperlakukan sedemikian rupa.. dia janji nk sms aku namun xda sms aku.. tetap aku juga yang kena mulakan perbualan secara online.. betapa sakitnya hatiku.. ingt nk merajuk pn bukan dia faham & tahu kenapa aku nak merajuk..ini menunjukkan aku ne bukan sesiapa baginya.. hanya ada bila diperlukan sahaja.. klu org lain aku tak peduli, ini dia yang mengaku aku sahabat baiknya.. betapa aku rasa terkilan, sedih bila mengenangkan semua ini.. adakah aku ini hanya dipergunakan semata-mata.. setiap orang yang nak rapat dengan aku bersebab.. kerana ada kepentingan diri sendiri.. aku pula demi xnak keseorangan aku sanggup dilukakan berkali-kali tapi aku tak tahu kali ini luka itu dalam atau tidak.. aku tidak tahu sampai bila aku mampu bertahan.. aku harap aku mampu bertahan sehingga akhirnya...

Khamis, 9 Disember 2010

Sahabat... Aku Cinta....

Aku¦ tertidur karenamu
Tak padam wajahmu Tak hilang tawamu
Tak habis diriku Memikirkan kamu
Bagaimana kamu Samakah denganku

Tapi kau¦ Engkau sahabatku
Sahabat karibku Yang selalu denganku
Menemaniku Salahkahku bila
Mencintaimu Jujur aku malu

Duhai bulan tolongku Tuk nyatakan padanya
Dan bulan tolong ia Tuk nyatakan padaku
Duhai bulan tolongku Tuk nyatakan padanya
Dan bulan tolong ia Tuk nyatakan padaku
Engkau sahabatku Engkau cintaku

Duhai bulan tolongku Tuk nyatakan padanya
Dan bulan tolong ia Tuk nyatakan padaku
Engkau sahabatku Engkau cintaku

Duhai bulan tolongku Tuk nyatakan padanya
Dan bulan tolong ia Tuk nyatakan padaku
Engkau sahabatku Engkau cintaku

Rabu, 8 Disember 2010

MaLaM Yang SePi...

mlm yang sepi, hanya terdengar deruan kipas angin di bilikku sambil menghayati lagu-lagu kegemaranku namun tidak menghilangkan sakit kepala yang datang dengan tiba-tiba.. akan tetapi kugagahkan diri untuk update blog ku ini kerana hanya di sini tempatku meluahkan apa yang ku rasa, apa yang ku alami walaupun ianya tidak pandai meluahkan kata-kata namun cukup bagiku jari jemari ini yang meluahkan kata-kata yang tak dapat kuucapkan secara lahiriahnya.. aku masih cuba untuk menjarakkan diriku dengan kawan baikku kerana aku takut aku xdapt mengawal perasaan kasih & sayangku padanya.. cukuplah hanya ianya tersimpan di hati kerana aku sedar diri ini bagaimana yang serba kekurangan, yang xmungkin setanding untuk bertahta di hatinya.. aku kena pegang kata-katanya bahawa aku hanya kawan baik dia sampai bila-bila jadi aku tak nak persahabatan kami berubah menjadi tegang jika dia tahu aku myimpan perasaan dengnnya... kepala ku makin berdenyut, dah lewat malam pun, dah tiba masa untuk tidur, esok nak kerja lagi.. jangan terlambat bangun pagi nanti dah la.... aku pasti kuat menghadapi semua ini, melalui semua ini... insya allah...

Ahad, 5 Disember 2010

Hati, jgn la sedih di kala sepi

hati jangan la terusik hanya kerana diriku kesepian.. ahh... nape aku jadi beremosi bila kawan baikku asyik bz dan xada masa nk layan aku mcm dulu.. xkn aku xblh fhm yang dia pun ada kehidupan dia sendiri.. aku ne pun asyik ganggu dia jer... mesti dia rimas kan.. pe daa aku ne.. air mata jangan la terlalu mudah untuk mengalir kerana perkara yang remeh temeh ne.. dulu aku blh jer layan blues sorg2.. mcm komik blues utk aku tu .. dh lama xbc komik tu.. nanti nak cari la... mcm mana lagi aku nak myibukkan diri eik? agar aku tak rasa kesunyian selalu.. entah la... adushh apa patut aku lakukan ...

Bosan...

Nape la aku rasa bosan lak ne.. mungkin sbb aku xde member untuk bersembang kot.. entah la.. aku rasa cm bosan sgt hari ne dan malas.. apa nak jadi ngn aku ne.. adushh aku pn xtau... dh bc novel pun tetap rs bosan... @@@@@@@@@@$$$$$$!!!!!!!!!*********########..begong tul dah aku ne.. dah sengal plus xbetul kot.. pe daaaa