Khamis, 30 Disember 2010

kecelaruan

hurmm.. entah berapa kali sudah aku mengeluh.. mood ku berubah kerana perjumpaan petang semalam dengan kawan baikku semlm .. entah mengapa mood aku cepat sangt berubah & terasa bila dia bergurau denganku atau tak dengar apa yg aku cakap.. aku anggap dia tu siapa .. dia tanya xkn sebb dia xnak g klinik, aku marah dia.. aku pun tak tahu kenapa mood aku cepat berubah skrg hanya kerana sikap dia sebegitu.. adakah sebab kerana aku terlalu risaukan kesihatannya kerana dia perlu drive jauh mlm2 atau adakah sebab lain... sebab lain? aku tak tahu apakah sebab itu? entah la.. sepatutnya semlm perjumpaan itu perjumpaan yang menggembirakan, xsepatutnya berakhir dengan ketegangan @ kemuraman... kenapa aku mencipta keadaan yang tegang antara kami berdua? kenapa? walaupun kami keluar bertiga tapi suasana akhir perjumpaan tu menjadi tegang kerana aku.. dah la dia tak sihat, aku lak tambhkan masalah kat dia.. aku lak bg dia pening.. hari ini lansung tiada sinar gembira walaupun pasukan bola sepak malaysia menang.. biasanya aku blh jadi seperti sediakala bila bangkit dari tidur tapi kali tak.. apa yang ku rajuk sebenarnya? ape yang ku harapkan sebenarny? aku mula berfikir, adakah memang patut aku menjauhkan diri darinya? aku pernah cuba sebelum ini tapi aku tak berjaya kerana aku tak mampu menanggung rindu padanya.. tapi jika aku terus-terusan dengan sikap aku skrg ini, tidak mustahil dia yang akan jauhkan diri dari aku kerana bosan dengan sikapku.. dia pernah meluahkan dia bosan kerana aku asyik mengusik dia dengan cara yang sama.... apakah yang perlu aku lakukan bagi menghuraikan kecelaruan ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan