Rabu, 8 Disember 2010

MaLaM Yang SePi...

mlm yang sepi, hanya terdengar deruan kipas angin di bilikku sambil menghayati lagu-lagu kegemaranku namun tidak menghilangkan sakit kepala yang datang dengan tiba-tiba.. akan tetapi kugagahkan diri untuk update blog ku ini kerana hanya di sini tempatku meluahkan apa yang ku rasa, apa yang ku alami walaupun ianya tidak pandai meluahkan kata-kata namun cukup bagiku jari jemari ini yang meluahkan kata-kata yang tak dapat kuucapkan secara lahiriahnya.. aku masih cuba untuk menjarakkan diriku dengan kawan baikku kerana aku takut aku xdapt mengawal perasaan kasih & sayangku padanya.. cukuplah hanya ianya tersimpan di hati kerana aku sedar diri ini bagaimana yang serba kekurangan, yang xmungkin setanding untuk bertahta di hatinya.. aku kena pegang kata-katanya bahawa aku hanya kawan baik dia sampai bila-bila jadi aku tak nak persahabatan kami berubah menjadi tegang jika dia tahu aku myimpan perasaan dengnnya... kepala ku makin berdenyut, dah lewat malam pun, dah tiba masa untuk tidur, esok nak kerja lagi.. jangan terlambat bangun pagi nanti dah la.... aku pasti kuat menghadapi semua ini, melalui semua ini... insya allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan