Ahad, 19 Julai 2009

fahamilah...

adakah aku akan alpa pada semuanya apabila aku sibuk? mungkin kerana sibuk menelaah atau kerja aku akan kurang bersama dengan kawan, keluarga, sahabat, sanak saudara dan sebagainya... maafkanlah aku wahai teman jika aku terlupa akan janji atau aku tiada masa bersama denganmu teman.. moga-moga kau peringatkan diriku ini teman aga tidak alpa.. jadi aku harap teman-temanku faham akan rutin harianku yang sentiasa sibuk.. tambh2 lagi kuliah telah bermula jadi masa untuk bersukaria telah tiada bagiku.. kerana apa yang penting sekarang adalah masa untuk menelaah.. aku tidak mau kecundang.. jika kecundang bermakna aku gagal.. jika gagal, bagaimana dengan masa depanku.. pastinya tidak cerah.. aku harap semangat ku kuat pada kali ini.. tabah dan sabar menghadapi onak duri ranjau kehidupan ini.. ini jalan yang aku pilih.. aku tidak boleh berundur setelah memilih jalan ini.. aku kena teruskan.. tidak boleh patah semangat atau putus asa.. jika tidak semuanya hanya sia-sia belaka.. rugi masa, bazir wang ringgit, bazir tenaga dan segalanya.. siapa yang rugi? aku juga kan.. tp yang pasti aku tidak akan melupakanmu teman-teman kerana aku juga perlukan sokongan dan dorongan dari kamu semua selain doa restu ayah dan ibuku.. aku harap teman-teman faham dan tidak pergi meninggalkanku.. jika ada kelapangan aku akan luangkan masa bersama teman-teman.. banyak perkara yang perlu dilakukan dan banyak hati yang perlu dijaga.. aku kena berkorban jika ingin berjaya.. doakan kejayaan aku teman..

Sabtu, 11 Julai 2009

aku tetap sendiri

hari ne aku tetap sendiri. merenungi erti suatu kehidupan, merenungi ke mana arah tuju, merenung masa depan yang xpasti.. entah kenapa aku rasa sepi, sunyi, pilu ari ne.. mungkin adalah lebih baik aku sendiri dari mengganggu orang lain walaupun sepatutnya hari ne hari yang paling gembira dalam hidupku.. apa yang aku dok merapu ne.. entah la.. naper jadi mcm ne.. adakalanya aku rasa gembira adakalnya rasa sedih.. sudah jadi lumrah manusia kan.. kita kena terima hakikakt semuanya.. kita kena pasrah atas qada dan qadar nya.. kita memang akan sendiri bila dah mati nanti jadi lebih elok kita sendiri sekarang daripada merana ditinggalkan seorang diri dikemudian.. bagi diriku lebih baik aku sendiri dari berdua kerana adakalanya berdua akan merasa sakit dan pedih .. tp sepatutnya berdua itu sesuatu yang mengembirakan tapi kalau berdua tidak bersefahaman apa gunanya kan.. apa faedahnya.. jika terpaksa berdua tak ada gunanya.. entah la .. lebih baik kita merenungi diri sendiri kita dahulu sebelum kita menilai orang lain, sebelum kita mengadili orang lain dan sebgainya kerana kita kena sedar kita hidup hanya sementara.. mungkin korang ingt aku terlalu memilih atau apa.. terpulang la pada korang nk kata apa pn.. aku terima seadanya kerana ku sedar aku serba kekurangan..

Jumaat, 10 Julai 2009

Sempurnakah kita?

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….
dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …i
tu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Khamis, 9 Julai 2009

betulkah begini?

Bila Hatiku Berbicara...
Hati...Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?Ini adalah hati. Hati aku.Hati kau?
Hmm..kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.....Ianya bererti.Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke...tapi maaf.Untuk apa?Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.Dan aku tak pernah beri kesemuanya.Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. REntak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya.Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku."Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-rubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu indah kembali

Isnin, 6 Julai 2009

menyesal pun tiada guna..

kenapa kita akan merasa menyesal bila semuanya dah berlaku? aku pun tidak lari dari semua itu.. sebab itu aku tidak boleh salahkan hanya sebelah pihak jer apabila semua ini berlaku padaku.. aku sendiri yang xkuat.. salah aku sendiri.. biarlah.. mungkin ini yang perlu aku hadapi sepanjang hidupku.. aku ingt semua ini tak akan berlaku lagi tetapi ianya berlaku lagi.. kenapa? di manakah silapnya.. entah la aku yang lalai, aku yang alpa apabila dibuai perasaan sebegitu.. jadi aku kena hindarkan perasaan sebegitu.. biarlah apa orang nak kata.. mereka tidak tahu apa yang aku alami selama ini.. aku nak menangis pun dah xada air mata.. dah kering agaknya itulah aku kata menyesal pun tiada guna.. benda yang dah berlaku tak blh diundurkan masanya.. tidak boleh ditarik balik segalanya.. segalanya ku terima.. chewah cam tajuk satu citer jer.. apa daa.. adakah hati ini akan kembali membeku seperti dahulu @ lebih beku dari dahulu aku tidak tahu.. semuanya terpulanglah.. tp yang pasti hari ini fikiranku tidak menentu.. hanya jasadku yang berada di sini.. semuanya menjadi sunyi kembali.. jadi sepi.. itu mungkin yang terbaik..

mengapa...

mengapa semua ini yang terjadi? mengapa aku yang kena menghadapinya? mengapa aku tak mampu mengapai bahagia itu? mengapa aku diperlakukan begini? mengapa? adakah aku tidak layak untuk mendapatkan secebis kebahagiaan di muka bumi ini? salah kah aku hidup di muka bumi ini? atau kewujudan aku di dunia ini tidak dialu-alukan? hanya mengganggu ketenteraman hidup orang lain.. adakah aku begitu? aku tak tahu.. aku dah cuba untuk bersikap sebaik yang mungkin namun mengapa masih ada yang tidak senang akan kewujudanku.. bukanku pinta sebegini.. inilah nasibku.. hanya ada bila seseorang itu memerlukan khidmatku, itu lah lumrah kehidupan ini.. betapa sukar aku mewujudkan kepercayaan pada seseorang itu tetapi dengan mudah mereka meruntuhkan kepercayaanku itu.. kenapa mereka bersikap demikian rupa? mengapa.. apa salahku? aku tidak ingin memikirkan semua itu tapi tidak boleh.. setiap kali terfikir apa yang terjadi pada diriku membuatkan aku pening kepala.. adakala aku telan juga pil dengan jumlah yang banyak kerana aku tidak tahan menanggung rasa sakit ini.. mungkin jika aku tiada di dunia ini, mereka akan gembira, akan bahagia.. bahagia pabila aku telah tiada.. jika begitu, biarlah aku bawa diri ke hujung dunia jika kutemui.. aku tidak akan menyimpan sebarang harapan lagi kerana harapan itu seringkali mengecewakan aku.. inilah hadiah hari lahirku yang bakal menjelma.. biarlah peritnya aku rasa sendiri, asalkan bukan orang lain perit kerana diriku.. aku tidak mahu begitu.. jika antara aku dan dia yang mana perlu berkorban, biar aku yang berkorban..

Jumaat, 3 Julai 2009

kepuasan @ ketenangan

pernahkah anda rasa puas dengan apa yang anda lakukan dalam hidup ini? kalau pernah adakah anda menghargai kepuasan itu? atau anda alpa dengan kepuasan yang dikecapi? lumrah manusia biasanya begitu, akan alpa bila puas atau senang kn.. entah la..tp x semua manusia begitu kan.. ada segelintir jee.. xbaik aku menghukum kesemuanya kerana hanya sebab nila setitik rosak susu sebelanga kn.. tp kan kalau kita wat kerja dengan keikhlasan, kejujuran, ketelusan, amanah, adil kepuasan itu lain tidak sama dengan jika kita wat keja kerana terpaksa, kerana kena suruh sbb itu umpama melepas batuk di tangga jer.. keja pn xakan sempurna kalau macam tu.. memang la siap tp klu kena betulkan balik kan rugi namanya tu.. membazir masa.. satu lagi yang perlu dihindari ialah jangan tamak kerana bila perasaaan tamak menguasai diri kita akan lupa diri, lupa segala-galanya.. mula bongkak, angkuh dan xsedar diri.. sedangkan semua itu anugerah dari allah.. sepatutnya kita bersyukur atas kurniaan allah itu bukannya melupakannya.. ini tidak bila senang @ puas dengan ada kita lupa allah, bila susah baru nak ingt allah.. aku hanya mengingatkan aku sendiri supaya aku tidak lupa diri bila semua itu aku kecapi nanti.. entah xtau bila.. ada rezeki insya allah xkemana.. yang penting usaha kan.. tenangkah hidup kita bila kita dpt kepuasan dengan cara yang salah? dapat kesenangan dengan cara yang salah.. tentu tidak kan.. pasti ada saja yang datang menimpa sebab itu merupakan amaran kepada kita supaya kita bersyukur kepadanya... ingat kepadanya.. ini tak bila susah baru mengadu padanya bila senang Dia kita lupakan.. jadi sama-sama la kita beringat sebelum kena kan..insya allah yang baik itu datang dari Allah SWT, keburukan itu dari saya sendiri insan yang kerdil di muka bumi ini..

Khamis, 2 Julai 2009

erti satu kesabaran ...

sabar itu separuh dr iman.. itu lah yang sering diungkapkan.. malam ne aku xblh nk lelapkan mata coz dh tdo ptg td. tu la tdo xingt dunia.. kang dah xblh tdo.. kesabaran itu penting dalam semua halnya sebenarnya.. banyak kebaikannya jika kita bersabar.. xelok melenting, nanti kena sakit darah tinggi lak sebab panas baran. sebab klu kita tidak sabar kita yang rugi kan.. terutamanya dalam percakapan.. kita hendaklah sabar semasa bercakap.. dengar dan beri perhatian kepada orang yang bercakap dengan kita.. kalau blh pandang mata mereka ketika bercakap supaya kita tunjuk keikhlasan kita pada dia.. itu yang penting.. sabar kena ikhlas, kena jujur kan.. entah camne aku blh terfikir nk mengarang semua ne. dulu aku pn bkn seorang penyabar.. jap jer marah.. tp ada kalanya aku bukan marah cuba bahasa yang aku gunakan tu orang ingat aku marah.. tu yang depa dok kata aku garang n takut ngan aku.. la awat la nak takut ngan aku, aku xmkn depa pn .. aduss.. sabaq ja la naa.. haa tgk kan dah tukaq slang utara dah.. aduh dah ramai sgt kawan belah utara aku pn dok ckp utara.. patutlah depa dok kata aku org utara.. apa la aku ne.. berbalik kepada sabar tadi, ianya adalah satu sifat yng dituntut dalam agama.. kerana bila kita sabar hampir semua perkara dapat diselesaikan dengan sebaik2 mungkin.. akan tetapi perancangan kena la ada kan.. itu lebih baik.. jadi sama-sama lah kt menyabarkan diri xkira apa yang melanada.. sesungguhnya allah itu bersama dengan orang-orang yang bersabar dan memaafkan... aku xingt doa utk menyabarkan diri tu, ari tu aku ada jumpa kat buku yang aku baca lps tu lupa letak mana buku tu.. nanti klu aku ingt, aku bgtau k... <:)