Ahad, 19 Julai 2009

fahamilah...

adakah aku akan alpa pada semuanya apabila aku sibuk? mungkin kerana sibuk menelaah atau kerja aku akan kurang bersama dengan kawan, keluarga, sahabat, sanak saudara dan sebagainya... maafkanlah aku wahai teman jika aku terlupa akan janji atau aku tiada masa bersama denganmu teman.. moga-moga kau peringatkan diriku ini teman aga tidak alpa.. jadi aku harap teman-temanku faham akan rutin harianku yang sentiasa sibuk.. tambh2 lagi kuliah telah bermula jadi masa untuk bersukaria telah tiada bagiku.. kerana apa yang penting sekarang adalah masa untuk menelaah.. aku tidak mau kecundang.. jika kecundang bermakna aku gagal.. jika gagal, bagaimana dengan masa depanku.. pastinya tidak cerah.. aku harap semangat ku kuat pada kali ini.. tabah dan sabar menghadapi onak duri ranjau kehidupan ini.. ini jalan yang aku pilih.. aku tidak boleh berundur setelah memilih jalan ini.. aku kena teruskan.. tidak boleh patah semangat atau putus asa.. jika tidak semuanya hanya sia-sia belaka.. rugi masa, bazir wang ringgit, bazir tenaga dan segalanya.. siapa yang rugi? aku juga kan.. tp yang pasti aku tidak akan melupakanmu teman-teman kerana aku juga perlukan sokongan dan dorongan dari kamu semua selain doa restu ayah dan ibuku.. aku harap teman-teman faham dan tidak pergi meninggalkanku.. jika ada kelapangan aku akan luangkan masa bersama teman-teman.. banyak perkara yang perlu dilakukan dan banyak hati yang perlu dijaga.. aku kena berkorban jika ingin berjaya.. doakan kejayaan aku teman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan