Jumaat, 10 Februari 2012

Apa yang harus ku lakukan......

hati ini sayu dan pilu namun ku cuba berlagak ceria seolah-olah apa yang berlaku itu tidak merosakkan "mood" aku ketika melakukan kerja. aku cuba pasrah atas apa yang telah diberikan kepadaku tapi andai kata memang aku sudah tidak diperlukan di sini.. apa lah daya.. ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong la pula.. jika pemergiaanku dari tempat ini lebih membahagiakan semua orang, bermakna aku harus melangkah pergi walau sayang sekali meninggalkan rakan-rakan yang telah akrab denganku tapi apa lah daya jika memang pihak atasan sudah tidak memerlukan khidmatku lagi... apa dayaku... haruskah ku teruskan niat utk bertukar tempat kerja.... entah la, aku pn xpasti ... tak kira aku berbuat sehabis baik utk melakukan kerja yang diberikan tapi jika di minda mereka aku hanya orang yang bermasalah disiplin tiada orang akan pandang.. hanya ada yang mengambil peduli.. tapi aku pn tidak dapat mengagak yang mengambil peduli tu adakah benar-benar ikhlas atau hanya sekadar bermuka-muka sahaja... ini kerana yang mengambil peduli itulah yang menikam dari belakang... memang rasa sakit pada peringkat permulaan tapi bila perkara ini berlaku lagi sakit rasanya... dapatkah aku terus bersabar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan hambamu ini.. aku dah sedaya upaya menjaga peraasaan semua orang di sekeliling aku tapi aku penat keran terlalu menjaga perasaan orang di sekeliling sehinggakan sewenang-wenangnya mengambil tindakan berdasarkan emosi semata-mata bukannya penilaian yang sepatutnya.. adakah begini akhirnya segala bakti yang telah dicurahkan selama ini.. jangankan ucap terima kasih yang diterima tapi pandangan benci atau dendam yang terserlah dan menyebabkan kerenggangan perhubungan berlaku serta hilang raasa hormat yang selama ini ada dalam diri ini terhadap mereka... adakah aku telah menjadi insan yang kurang ajar? mungkin adalah baik aku berpindah ke tempat lain, bertukar angin kerana terlalu lama aku di sini.. maka orang akan jemu dengan sikap kita terutama yang tidak mengenali diri kita.. yang tidak boleh terima apabila pandangan/keputusan dibantah atau berlaku perjanggahan pendapat... apa yang harus aku lakukan?.... sampai bila benda ini akan berlarutan? sampai bila aku terus cuba bertahan? sampai bila? aku pn xtau .. tapi andai kata aku berpindah ke tempat lain adakah mudah untuk aku menyesuaikan diri... adakah kerana takut, aku was-was utk membuat keputusan? entah laa.. aku buntu.. tidak tahu dengan siapa yang boleh aku luahkan.. rasa percaya aku pada orang lain telah kurang.. dan itu membuatkan aku untuk bercerita kerana aku takut aku akn ditipu dan seterusnya ditertawakan....