Sabtu, 10 September 2011

keletihan.. kepenatan...

aku ingat lari dari sana ke sini itu tidak memenatkan tapi rupa-rupanya amat memenatkan sampai adakalnya aku betul-betul putus asa... air mata yang mengalir usah nk kata la... adakah kerana aku tidak kuat.. tapi kalau aku tidak kuat, mana mungkin aku mampu berdiri hingga ke saat ini.. jika aku tidak kuat, maka rapuhlah dan terus rebah aku ke bumi menghadap ilahi tapi aku masih di sini memunasabahkan diri.. aku tidak tahu nak bercerita dengan siapa kerana aku tidak mempunyai seorang pn sahabat yang betul-betul memahami diriku.. aku takut aku hanya akan menyusahkan mereka dengan masalah yang bertimpa-timpa menimpaku... jadi di sini sahaja la tempat ku untuk meluahkan keletihan, kepenatan yang aku alami... untuk mendapatkan kembali kekuatan, ketabahan yang kian pudar dalam diriku... aku dah xmengharap pada sahabat yang aku selalu rindui itu kerana aku tahu ianya xmungkin kan bersatu kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. biarlah allah yang menentukan jodoh pertemuanku.. aku pasrah.. aku dah penat untuk semua itu.. sekarang ini yang menambhkan kepenatan diriku adalah kereta ku yang sentiasa bermasalah.. dalam setahun jer hampir rm5k aku membelanjakan wang ku bagi membaiki kerosakannya... aku tidak mampu bertahan lagi walau cuma setahun setengah lagi... kenapa? sebab aku terlalu penat mencari rezeki tapi tiada untuk diriku sendiri... wang habis begitu sahaja.. adakah kerana wang gaji yang kuperolehi tidak mendapat keberkatan darimu Ya Allah.... aku keliru... mungkin juga kerana aku adaklanya alpa pada perintah Allah SWT... mungkin ini balasan dariNya bagi insan yg alpa padaNya... hanya menghadapNya