Selasa, 27 Julai 2010

Keja

hurmm.. macam2 hal yang berlaku kat tempat keja akhir2 ne yang membuatkan aku begang.. bukan aku seorang jer yang begang.. ramai lagi yang begang dengan pihak pengurusan atasan kerana buat keputusan sesuka hati.. aku tahu la aku ne hanya org bawahan sahaja.. cakap kami sape yang nak dengar.. klu dengar pn bkn ada take action. la ne aku dah xad hati nak p keja kat tempat keja aku.. tiba2 hilang semua semangat utk melaksanakan kerja yang di amanahkan.. siapa yang nak dengar kata-kata kami.. apa2 kami diperkatakn tidak dapat menerima perubahan.. entah la.. aku pn tak tahu camne nanti.. aku dah isi borg pertukaran keluar tp bila aku fikir balik adakah tindakan aku itu umpama melarikan diri dari masalah atau tanggungjawab.. mungkin ya.. tapi aku dah lama bersabar.. entah la .. aku dapat rasakan aku memang xdpt terima cara diaorg camtu.. bercakap ikut suka, bukannya nak kaji betul2.. bila kita kata cm tu.. dia kata lak nak tunggu berapa kalau nak kaji betul2.. n bila nk wat perubahan.. aku tau la depa wat cam tu sebab depa nak naik pangkat pastu blah dari tempt kami tu... pastu arahan blh lak bagi melalui sms.. xpernah di buat orang.. ada bg arahan guna sms.. mana hitam putihnya.. mana memonya... kata belajar tinggi2 ...buat ikut suka diaorang jer.. entah la apa2 pn tetap orang bawahan juga menikus dalm gantang... hahaha ayat apekah itu. aku pn xtau.. nak sakit hati pun xguna.. xkemana pn.. luahan itu hanya di situ semata-mata... biarkan luncai terjun dengan labu2nya.. aku dah xfokus n teliti wat keja.. dah ramai yg isi brg pertukaran.. entah la... ada yang nak boikot.. tp xboikot gak.. kena akur wat keja gak w/pn dah xada hati nak wat keja.. pas tu nk suruh kami senyum... cuba la diaorg letakkn diri dalam posisi kami.. ini tak.. main redah jer.. entahla .. tunggu dan lihat jer laaaa

Ahad, 25 Julai 2010

Ku Tak Tahu

Aku tak tahu kenapa dengan diriku.. kenapa aku perlu merindui ketiga-tiga lelaki yang ada dlm hidupku.. aku tiba-tiba merasai kesunyian yang teramat sangat.. sahabat baikku, seorang yang ku anggap abg dan sahabat dan seorang lagi yang muncul dalam hidupku hanya seketika.. gila kan 3 orang .. ape nak jadi denganku.. tapi yang rajin melayan karenahku adalah sahabat baikku.. entah la.. dia yang xjemu2 melayan karenah ku.. yangabg tu lak mcm menghindarkan diri selepas peristiwa kemalangan ari tu.. au tak tahu mengapa dia perlu lakukan begitu.. dah sebulan lebih kami xberjumpa.. yang seorang lagi tu memang menyepikan diri.. aku cuba untuk tidak mengingatkan dirinya namun tetap terlintas di fikiranku... entah la hati sendiri pun susah nak baca inikan nak baca hati orang lak.. dah la kat ofis mcm2 hal.. ada jer .. kereta lak lain citernya... study lagi.. aku pn xtau la.. layannn jer laaa..

Khamis, 15 Julai 2010

kau sahabatku

baru je lepas sembg ngan sahabat baikku.. maklum la dapat call free selama 7 hari sempena hari lahir ku yang baru lepas.. siapa bagi call free... celcom la.. ok juga kan... blh call n sms sesuka hati.. hahahah.. macam-macam kami bualkan.. siap usik mengusik lagi kata aku rindu dia la bila xcll .. entah la siapa yang rindu siapa.. blushingnye... ekeleh malu2 pula aku ne.. memang terbit juga rindu dalam diri pada sahabatku ini.. rindu seorang teman.. kami teman tapi mesra la.. hahaha.. lagipun dia mesti dah ada kekasih hati cuma kali ini dia tidak memberitahu padaku siapa kekasih hatinya.. selalunya aku tahu siapa kekasih hatinya.. tu arr kawan baik katakan.. adakah kami sama2 menipu hati masing2 atau tak.. aku pun xtahu .. entah la... mungkin benar kami kawan baik hingga ke akhir hayat.. xsesuaiiiii la klu kami jadi couple hahahahha.. iye ker tu... ahaaahahaa.. tanya dalam hati.. adakah dalam hati ada taman.. fuhyoooo ayat.. bukan main lagi... sabar jer la... dah la masa hari lahirku , kawan baik ini tidak tahu akan hari kelahiranku tapi aku siap merajuk lagi.... kelakar kan.. bila fikir blk nak tergelak pn ada.. iye laaa aku siap marah2 lagi sebab dia lansung xingt atau xtau kot... sabar jer la.. ada juga cmtu... siap kata lagi bukan hadiah atau sambutan kupinta tapi hanya sebaris ucapan iaitu selamat hari lahir... tapi nasib baik la malam hari lahir ku ada member yang menyanyikan lagu hari lahir buatku.. terharu beb... iyelaa.. kami xpernah bersua tapi blh berkawan ... terima kasih kawan, terima kasih sahabt.. kerana sentiasa di sampingku tika aku sedih, pilu, susah, terluka, gembira dan bahagia.. ahhahaaaa... ^_^

Jumaat, 9 Julai 2010

Kekasih yang tak di anggap

hari ini aku mengimbau detik-detik bermula hubunganku dengan si dia.. yang ku kenal secara online pada tahun 2003 dan kembali berhubung pada jun 2007.. dah akhirnya menjadi kekasihnya.. walaupun berbeza agama namun ianya tidak menjadi penghalang untukku menerimanya.. aku masih muda untuk mengenal cinta.. tambh lagi perhubungan cintaku telah berakhir pada hujung tahun 2005 atau awal 2006 pun aku tidak pasti kerana aku yang memutuskan hubungan itu.. awal pertemuan memang selalunya indah.. tiada cacat celanya.. namun setelah hampir setahun semuanya berubah. hubungan menjadi pudar.. sungguh aku tak tahu macam mana kami bercinta kerana jarang bertelefon dan sms.. tidak macam pasangan cinta yang lain.. dia seorang yang baik dan penyayang.. kadang-kadang kebaikannya itu membuatkan diri ini sakit hati.. kerana terlampau baik hati pada orang lain.. entah la.. selepas itu dia telah mendapat pekerjaan tetap pada ogos 2007 dan berjauhan denganku.. entah la.. agaknya masing-masing sibuk.. aku sibuk dengan kuliahku.. dia sibuk dengan tugasan barunya.. jadi masing-masing tiada masa utk cintan cintun.. tp ada masanya aku yg turun ke tempatnya. melihat keadaan tempat tinggalnya.. ah tapi itu dulu.. sekarang.. susah nk kata.. dah la call jarang atau xpernah.. sms pun kadang-kadang.. bukan tanya khabar tp kerana ada yang perlu ditanyakan.. jika tidak handset ku akan menyepi.. kekasih kah itu.. entah la.. akhirnya perasaan itu bertukar hanya tiada apa pada perhubungan kami.. seolah-olah hanya pada nama hubungan kami.. pandangan kawan-kawan sepejabat mengatakan kami pasangan yg bahagia kerana hanya mendengar cerita-cerita dariku sahaja, begitu juga dengan teman-temannya melihat kami berdua seolah-olah tiada masalah sedangkan entah la.. aku tidak merasa kemanisan dalam bercinta.. jadi aku tidak tahu sama ada aku ne mempunyai kekasih atau tak kerana layanan sebagai seseorang kekasih itu tiada.. ah mungkin salah dari diri ku juga kerana tidak memainkan peranan kot.. entah la aku pn tak tahu.. aku seringkali terfikir sejauh manakah hubungan kami ini.. dia pernah mengatakan seandainya aku atau dia berjumpa dengan lebih baik..dia merelakannya.. sebab itu hati ini terusik juga bila ada kawan-kawan yang memberi perhatian pada diriku.. pada kawan-kawan sekuliah ku katakan aku tidak punya kekasih tapi pada teman-teman sepejabat aku tidak boleh mengatakan begitu kerana mereka tahu aku mempunyai kekasih iaitu dia dan mereka pernah bersua.. keluarga ku sampai sekarang masih tidak tahu akan hubungan ini.. entah la..

Khamis, 8 Julai 2010

^_^ (*_*)

ah.. agak lama juga tidak menjengah blog ku ini.. bukan apa.. xde idea nk mengarang dan ada masanya kepenatan yang amat sangat.. tidak lama lagi kelas akan bermula, aku pasti akan sibuk lepas ne tapi mengapa aku xbrp ready nak masuk kelas.. ah.. mungkin sebab dah lama sangt cuti kot.. semester ini aku akan sekelas ngan teman baikku.. hanya dia yang mampu bertahan dengan sikapku.. tidak ambil peduli.. sentiasa ada... dengan dia juga aku sering kali bersembang.. hanya dia kawan yang ada untuk berbincang berkaitan pelajaran sekarang ne.. kami berdua telah pasrah dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh kerana kami tahu kami ne tidak sepandai yang lain.. masalah kereta ku kiranya hampir selesai.. aku harap dan berdoa kereta ku tiada masalah sepanjang aku ada kuliah.. susah la jika tiada kereta.. mcm mana aku nk g kuliah, bkn dekat.. lagipun semester ini memerlukan aku kerap berulang alik dari rumah sewa ke tempat kuliah... ah tidak lama lagi bulan ramadhan bakal kunjung tiba.. puasa ganti aku dah wat.. aku tidak tahu bagaimana hari pertama g kuliah kali ne selepas lama aku menyepi kan diri.. hahaha..aku blh buat dan teruskan... insya allah...