Jumaat, 9 Julai 2010

Kekasih yang tak di anggap

hari ini aku mengimbau detik-detik bermula hubunganku dengan si dia.. yang ku kenal secara online pada tahun 2003 dan kembali berhubung pada jun 2007.. dah akhirnya menjadi kekasihnya.. walaupun berbeza agama namun ianya tidak menjadi penghalang untukku menerimanya.. aku masih muda untuk mengenal cinta.. tambh lagi perhubungan cintaku telah berakhir pada hujung tahun 2005 atau awal 2006 pun aku tidak pasti kerana aku yang memutuskan hubungan itu.. awal pertemuan memang selalunya indah.. tiada cacat celanya.. namun setelah hampir setahun semuanya berubah. hubungan menjadi pudar.. sungguh aku tak tahu macam mana kami bercinta kerana jarang bertelefon dan sms.. tidak macam pasangan cinta yang lain.. dia seorang yang baik dan penyayang.. kadang-kadang kebaikannya itu membuatkan diri ini sakit hati.. kerana terlampau baik hati pada orang lain.. entah la.. selepas itu dia telah mendapat pekerjaan tetap pada ogos 2007 dan berjauhan denganku.. entah la.. agaknya masing-masing sibuk.. aku sibuk dengan kuliahku.. dia sibuk dengan tugasan barunya.. jadi masing-masing tiada masa utk cintan cintun.. tp ada masanya aku yg turun ke tempatnya. melihat keadaan tempat tinggalnya.. ah tapi itu dulu.. sekarang.. susah nk kata.. dah la call jarang atau xpernah.. sms pun kadang-kadang.. bukan tanya khabar tp kerana ada yang perlu ditanyakan.. jika tidak handset ku akan menyepi.. kekasih kah itu.. entah la.. akhirnya perasaan itu bertukar hanya tiada apa pada perhubungan kami.. seolah-olah hanya pada nama hubungan kami.. pandangan kawan-kawan sepejabat mengatakan kami pasangan yg bahagia kerana hanya mendengar cerita-cerita dariku sahaja, begitu juga dengan teman-temannya melihat kami berdua seolah-olah tiada masalah sedangkan entah la.. aku tidak merasa kemanisan dalam bercinta.. jadi aku tidak tahu sama ada aku ne mempunyai kekasih atau tak kerana layanan sebagai seseorang kekasih itu tiada.. ah mungkin salah dari diri ku juga kerana tidak memainkan peranan kot.. entah la aku pn tak tahu.. aku seringkali terfikir sejauh manakah hubungan kami ini.. dia pernah mengatakan seandainya aku atau dia berjumpa dengan lebih baik..dia merelakannya.. sebab itu hati ini terusik juga bila ada kawan-kawan yang memberi perhatian pada diriku.. pada kawan-kawan sekuliah ku katakan aku tidak punya kekasih tapi pada teman-teman sepejabat aku tidak boleh mengatakan begitu kerana mereka tahu aku mempunyai kekasih iaitu dia dan mereka pernah bersua.. keluarga ku sampai sekarang masih tidak tahu akan hubungan ini.. entah la..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan