Ahad, 19 Disember 2010

Apakah maknanya

Aku xtahu kenapa aku seringkali terasa hati dan menyebabkan sahabat baikku salah sangka.. dia ingat aku mrah kn dia padahal aku berbuat begitu kerana bagi menggelakkan dia perasan perasaan aku terhadapnya.. apa aku perlu lakukan sekarang ne? sekali lagi kami bertengkar hanya kerana perkara kecil kukira.. aku yang memulakannya.. apa dah jadi ne? kenapa tali persahabatan ini menjadi sedemikian rupa.. aku kah yang membuat kesilapan kerana mengganggap dirinya lebih dari seorang sahabat? ku kira ku telah berjaya menghapuskan perasaan itu kerana aku sedar diriku yang serba kekurangan, yang tak sepadan dengannya, tambah lagi dia telah mempunyai kekasih hati.. sanggupkah aku menghancurkannya? sedangkan aku tahu antara kami berdua mustahil wujud satu hubungan yang istimewa.. tidak mungkin sama sekali.. sedar lah wahai hati, wahai diri ini.. sedarlah akan kedudukanmu dihatinya.. hanya sekadar sahabat baik semata-mata.. bertahan la hati utk setahun lagi kerana selepas ini tidak jumpa dia lagi... dan belajarlah terima hakikat wahai hati... yang dia bukan untukku.. setiap kali dia katakan kami adalah kawan baik, setiap kali itu juga aku merasakan hatiku bagai disayat-sayat sembilu.. tabahkan la hatiku.. mungkin adalah lebih baik aku diamkan diri macam dulu lagi walaupun seksanya ku rasa bila tidak bersembang dengannya. kiranya itu yang lebih baik dari keadaan sekarang ne, asal sembg jer pasti tercetus pergaduhan.. entah la.. aku pun dah xtau bagaimana untuk bersikap seperti biasa dan dia pun sepertinya tak boleh menerima segala gurauan ku.. entah mana silapnya.. masing2 terasa.. aku pun tak tahu bagaimana akhirnya persahabatan ini.. adakah boleh lagi aku memanggil hubungan ini sebuah persahabatan? klu xblh, aku nak panggil apa? hati tabah la menghadapi semua ini.. aku kena bersikap optimis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan