Rabu, 30 Jun 2010

perubahan

hurmm ku ingtkan perubahan yang kulakukan membawa kegembiraan dalam hidupku namun aku makin tertekan kerana aku merupakan informer tak bergaji mereka dan mereka still mencari aku w/pn aku tidak mengendahkan segala pertanyaan dan panggilan telefon mereka. kejamkah aku berbuat demikian? tapi aku berbuat demikian ada sebabnya.. sebabnya aku terlalu penat.. penat utk menjadi informer.. aku dah xlarat jadi mentor pada semua org.. kenapa aku jadi begini? kerana apa kah? entah la aku pun xtahu cuma aku rasa xlarat nak jawab semua pertanyaan2 itu.. aku betul2 penat.. cukup la selama 5 semester aku kepenatan menghadapi semua ini.. aku bertambh penat apabila aku dengar yang aku ini hanya dipergunakan dan diperalatkan semata-mata demi kepentingan mereka cuma aku yang tidak menyedarinya ... owh tuhan.. berdosakah diriku kepada kawan-kawanku.. aku tidak tahu.. adakah aku berhak berbuat demikian.. pasti bermacam2 sangkaan mereka terhadapku.. ada yang mengatakan aku merajuk dengan mereka dan adanya yang menanyakan sama ada aku sibuk atau ada masalah .. entah lah.. aku masih diam membisu tidak menjawab pertanyaan mereka dan membiarkan ianya sepi di angin lalu.. aku tahu aku hanya diperlukan bila mereka memerlukan . jika tidak aku tidak wujud di kalangan mereka atau di hadapan mereka.. ahhh aku pn xtahu kenapa aku blh berfikir demikian.. aku harap aku kuat melakukan perubahan ini kerana ini juga demi kebaikan diriku.. aku kena fokus pada pelajaran.. tidak boleh terlampau baik mengajar diaorg sedangkan keputusan aku sendiri tidak sebaik mereka.. tapi jika aku berbuat demikian adakah mereka akan mengatakan aku ne kera sumbang... tapi kenapa nak peduli apa orang kata. mereka hanya tahu mengata tapi tidak tahu akan sikap mereka sendiri.. hanya tahu menilai orang lain tapi diri sendiri.. aku juga begitu jadi aku tidak blh menyalahkan mereka kerana aku juga seorang manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. cuma kali ini aku ingin menjadi pendiam.. huh.. aku harap aku blh lega dengan keputusan yang aku buat ini.. insya allah.. perubahan ini ke arah kebaikan... aku blh lakukannya dan fikirkan yang positif.. chaiyok!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan