Ahad, 7 Jun 2009

kenangan itu..


kenangan itu.. kenapa aku selalu teringat akan kenangan ketika bersama mu.. ianya membuatku jadi sedih.. buat aku jadi rindu... aku xmampu melupakan kenangan tika bersamamu.. ianya sentiasa terbayang di ruang mindaku.. entah la.. apa nk jadi dengan diriku.. hidup dlm kenangan yang telah tiada atau mustahil utk aku capai.. tatkala aku bersendirian kenangan itu datang mencegah kembali ke ruang mindaku.. aku jadi pendiam.. sedih hati ini bila terkenang kan semua itu.. masa yang berlalu tidak blh diulang kembali.. hanya kenangan itu yg mampu tersimpan di hati entah sampai bila.. aku pn xtau.. ianya jadi memori yang indah bagiku.. mengamit jiwaku jadi tidak menentu.. lidah jadi kelu utk berkata-kata hanya jemari dan hatiku yang berbicara mengatakannya.. mungkinkah ianya satu petanda bagiku agar aku melupakan semua kenangan itu.. aku rindu padanya tp aku xblh meluahkannya. hanya memendam rasa.. itu terbaik utk dirinya kerana aku tiada di hatinya. kenapa aku jd begini kembali? kenapa aku jadi lemah lg? bgmana aku nak buktikan bahawa aku mampu menghadapi semua ini? aku tidak mahu jadi selemah-lemah manusia.. yang senang dipijak atau di hina.. jika ku buang kenangan itu bermakna aku membuang dirinya. pernah ku cuba namun tidak berhasil.. xtau kenapa.. adkh mungkin kerana aku rindu? sayang? simpati? atau belas kasihan? entah la.. aku hanya bermonolog pada diri sendiri.. menanyakan diri apa yg terjadi..namun aku tidak jumpa jawapan itu.. adalah lebih baik aku solat tahajud menghadap Allah yang maha esa.. mengadu padanya.. menangis padanya.. memohon petunjuk padanya..dan menyerah diri padanya.. kerana dia maha mengerti dan mengetahui segalanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan