Selasa, 2 Jun 2009

gembirakah aku?

gembirakah aku skrg ne? entah la.. mungkin masa ngan kekawan aku gembira tetapi bila sendirian aku sedih.. hati jadi sayu, sepi dan pilu.. bagaimanakah caranya utk kuubat hati yang rawan ini... mungkin ini hanya dugaan utk menguji hatiku.. semasa bersama dengan kekawan aku wat happy go lucky selalu kerana aku xnak diaorg tau yang aku ada masalah.. lgpn itu hanya masalah dalaman @ peribadi aku sendiri.. bak kata orang hanya diri sendiri yang mampu mengubah diri kita bukannya orang lain. mungkin aku dah ditakdirkan bersifat begini.. atau aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang... entahlah aku pn xtau yang mana satu... atau ini merupakan pembalasan padaku kerana melukakan hati insan yang mencintaiku.. entah la sama ada dia betul-betul menyintaiku tau x.. perkara yang dah lepas.. xbaik aku ungkit kembali kerana hanya menambh luka di hati atau ramai pula yang terluka jika aku diceritakan semula.. biarlah ianya berkubur selamanya.. kucuba utk menerima seorang insan yang lain tapi ianya tidak sama sepertimana aku menyayanginya dulu.. aku masih mencuba menyayanginya sepenuh hatiku tapi dia kami berlainan bangsa dan kekadang aku terfikir sampai manakah perhubungan itu.. aku juga teringin seperti orang lain, disayangi dan menyayangi.. tapi semua tu seolah-olah dah ditarik jauh dariku.. mungkin bagi dia aku hanya sekadar kawan sahaja.. biarlah lebih baik berkawan kn.. kerana xterasa sgt sakitnya jika dilukai oleh kawan tapi kalau dilukai oleh kawan yang rapat tetap sakit.. aku pn xtau mana lebih sakit dikhianati oleh kawan baik atau dikhianti oleh insan yang kita sayang? aku kena fikir dengan lebih mendalam lagi tentang semua tu agar tiada yang disakiti tapi jika aku disakiti untuk mengembirakan orang lain, aku redha.. semua tu ketentuan allah.. kekadang aku risau bila keluargaku bertanya berkenaan pasangan hidupku.. aku hanya mampu memberi alasan yang aku belum bersedia bila dioarg mula mencari jodoh untukku.. memang betul pn aku belum bersedia tapi ibu ayah mana yang tidak risau pada anak yang hidup berjauhan dengan keluarga dan di rantau orang lak tu.. memang la kena pandai membawa diri tetapi keselamatan diriku mcm mana?.. itu yang diaorg risaukan.. aku tahu itu semua tapi aku tidak mampu untuk menerima jika jodohku ditentukan oleh keluargaku tapi andai itu sudah tersurat untukku, apa lah dayaku.. hanya mampu menerima.. lagipun kata org jodoh yang dipilih oleh keluarga jodoh yang baik dan berkekalan.. entah la zaman sekarang boleh dipercayai lagi atau tidak semua tu kerana zaman telah berubah.. sikap orang pun berubah.. aku xnak keluarga aku sedih ngan keputusan yang buat ini.. ibu, ayah maafkan anakmu ini.. di sini lah aku mencoretkan segalanya kerana aku rasa bebas menceritakan apa juga.. maaflah kalau ada yang tersinggung dengan apa yang aku coretkan.. aku xbermaksud pn begitu.. semuanya hanya untuk mengembirakan diriku sendiri atau meluahkan apa yang terbuku di hati.. aku bukan la seorang yang senang bercerita dengan orang tapi kalau mengarang aku blh.. setakat yang termampu oleh ku.. segala kebaikan itu datangnya dari Allah SWT dan segala kekurangan itu dariku sendiri jadi aku mohon maaf pada semua.. semoga semuanya hidup dalam gembira & sihat selalu... insya allah.. amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan