Isnin, 15 Jun 2009

sahabat - kekasih - kerja - mana satu yang utama?

ini lah selalu dibualkan oleh semua orang agaknya.. antara sahabat, kekasih , keja mana yang perlu di utamakan terlebih dahulu. mampukah kita membahagikan masa dan keadaan seadilnya? entah la.. ku sendiri tidak tahu.. sama-sama la kita berfikir dan merenung apa yang lebih utama.. sebenarnya jika sahabat dan kekasih faham akan kerja kita diaorg akan memberi ruang untuk kita sendiri melakukan atau menyelesaikan kerja terlebih dahulu.. terutamanya kaum adam.. mereka lebih mengutamakan kerja dari kekasih.. mengutamakan sahabat dari kekasih.. ini semua berdasarkan pemerhatian ku.. maafkanlah bukan semuanya begitu kan.. maklum la kita hanya manusia biasa.. bukan mudah nak puaskan hati sesiapa.. memang nak jaga hati kekasih ngan sahabat tp adakah diaorg faham perasaan kita.. bak kata perpatah di luah mati emak di telan mati bapak.. cubit paha kanan, paha kiri juga terasa.. itu yang sukar.. namun apabila ini terjadi munasabah kan diri anda contohnya bertafakur atau bertahajud memohon padanya agar tiada yang terluka.. aku pernah cuba untuk mengutamakan kedua-duanya tapi tidak berhasil.. maklum lah hati orang mana kita tau kan.. klu blh aku nak sahabat dan kekasih blh gembira bersama.. blh sependapat tp mampukah kita melakukanya.. hanya mampu mengimpikannya.. tapi mustahil untuk kita mencapainya. akan tetapi jika Allah telah menetapkannya ianya akan jadi juga.. kita hanya mampu merancang, memohon tp allah yang menentukan segalanya.. jangan lah kita berasa tidak adil akan kekuasaannya kerana dia yang lebih maha mengetahui.. tp kan dari sahabat @ kekasih sukar juga untuk di buat pilihan kerana di antaranya ada keperluan @ kepentingannya.. klu anda dapat bertemu dengan kekasih yang sekaligus menjadi sahabat alangkah bahagianya.. semua telah tersurat sejak azali.. betul ker? ada sahabat yang mengatakan begitu.. entah lah.. setiap orang berbeza pandangan, berbeza pendapat.. ada hikmah di sebaliknya .. itu lah yang sering diperkatakan.. adakalanya sahabat tak suka kita berkasih dan adakalanya kekasih xnak kita rapat dengan sahabat.. naik pening dibuatnya.. kenapa nak peningkan kepala.. kalau kita jaga perasaan mereka adakah mereka peduli perasaan kita.. di manakah mereka di saat kita memerlukan mereka.. adakah mereka betul2 memahami kita.. entah la aku sendiri sedaya upaya untuk berlaku adil antara sahabat , kerja atau kekasih.. aku ada kekasih ker? entah la.. tapi bila seorang yang ku anggap sahabat hanya ingat aku bila dia memerlukan aku ibarat bila ketwa bersama tapi bila menangis sendirian.. sahabat kah itu? entah la mungkin aku ada melakukan kesilapan yang aku tidak sedari hingga menyebabkan sahabat tidak ingin rapat dengan ku.. adakah aku pembawa malang? sekarang aku sendiri dan terus sendiri.. itu yang lebih baik.. susah nak jaga perasaan semua orang.. kekadang antara sahabat pun berlaku pergaduhan.. tiba-tiba jer xbertegur sapa.. entah mengapa jadi begitu.. kenapa ada rasa tidak puas hati dalam diri kita? atau aku sendiri yang alpa @ tidak kuat.. pertanyaan terus dijawab dengan pertanyaan bukannya jawapan.. aku kena terus munasabah diri dan bertafakur agaknya.. ataupun bermeditasi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan