Khamis, 18 Jun 2009

kehilangan kedua...

kehilangan kedua.. aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat kerana salahku sendiri.. kenapa semua ini menimpaku.. tidakkah aku berhak untuk semua itu? aku dah mula sayang sahabat ini walaupun singkat perkenalan kami. perkenalan di alam maya sahaja.. belum pernah bersua muka.. aku selesa bersembang dengannya dan akhirnya dia melafazkan dia mencintaiku.. aku tergamam.. terkelu., tidak tahu menjawab apa kerana aku tidak menyangkakan semua ini akan berlaku sekali lagi.. dulu pernah juga berlaku sampai sahabat itu ingin mangambilku sebagai seorang isteri..aku tolak dan aku kehilangnya sampai skrg xtau apa yg terjadi padanya.. sekarang ianya berlaku lagi.. kenapa ianya berlaku lagi.. ini membuatkan diriku sedih dan menyalahkan diriku.. yang lebih menyedihkan lagi adalah dia ingin pergi meninggalkan malaysia bumi yang tercinta.. tidakkah dia terfikir keputusan yang dia buat akan membuat ramai yang sedih.. bukannya aku seorang yang sedih.. aku sedih tidak apa memang patut pn balasan pada diriku.. tidakkah dia memikirkan ayah, ibu, adik-adik, rakan taulan, sanak saudara? pastinya mereka lagi sedih dariku kerana berjauhan dengan anak yang mereka sayang.. seandainya mereka tau pemergian anak mereka kerana aku tidak membalas cinta anak mereka sudah pasti aku akan dipersalahkan.. sudah pasti aku akan dibenci, dihina, dikeji, dimarah dan macam2 lagi.. semuanya salahku ... semuanya kerana aku.. anak mereka membuat keputusan sebegitu.. apa yang patut aku buat bagi menghalang pemergiannya? aku xtau.. kenapa sahabat? kenapa kau buat aku mcm ne? kenapa aku akan kehilangan sahabat bila dah rapat? pada siapa harus aku mengadu.. pada siapa? hanya pada allah ku berdoa semoga dilapangkan dadanya.. sekarang fikirannya tengah bercelaru.. tengah kacau kerana diriku.. aku xnak dia menyesal di kemudian hari.. dia ada tanggungjawab sebagai seorang anak, sebagai seorang abang.. tidak ingtkah dia semua itu? aku akan menjadi lebih sedih bila terdengar lagu2 lama yang seolah-olah mempersendakanku.. bila aku sedih aku mula kuat makan.. aku mula menyibukkan diri dengan perkara yang entah apa2.. tapi mampukah aku menipu diriku.. hipokrit kah aku? egokah aku? kejam kah aku? kenapa semuanya berlaku pada diriku? arghhhhhhhhhhh....

3 ulasan:

  1. CINTA TIDAK BOLEH DI PAKSA IA HADIR PENUH PENGERTIAN..
    CINTA BUKAN EMAS PERMATA YANG MAMPU DI MILIKI OLEH SETIAP INSAN..

    By.. Pujangga cinta.

    BalasPadam
  2. CINTA TIDAK BOLEH DI PAKSA IA HADIR PENUH PENGERTIAN...
    CINTA BUKAN EMAS PERMATA YANG MAMPU DI MILIKI OLEH SETIAP INSAN...

    By.. Pujangga Cinta

    BalasPadam
  3. memang cinta tidak boleh dipaksa... cinta pada manusia tidak berkekalan, cinta pada Allah kekal abadi.. namun kita tidak boleh menidakkan cinta.. jiwa akan kacau kerana cinta.. memng indah bila bercinta ... namun adakalanya cinta itu menyakitkan..

    BalasPadam