Selasa, 16 Jun 2009

-----entah - aku pun tak tahu-----

aku xtau nak mengarang apa hari ini untuk menenangkan hati ini sekaligus mengembirakan hati.. hahaha kelakarnya.. ari ne penat gak ler kerana sebelum subuh lagi dah drive jauh-jauh.. nak wat kerja rasa malas jer ari ne tp kena juga wat nanti bos marah.. aku rasa penat sgt.. risau mood aku xbetul jer nanti... aku dah xada idea nak berbahasa puitis.. puitis.. pandaikah aku? hahaha.. apa dah jadi ne? kenapa semuanya serba tak kena.. apa yang aku fikirkan sebenarnya? entah la.. adakah kerana aku dalam kerisauan.. kerisauan memikirkan sesuatu yang aku xpasti jawapan.. yang aku xtau arah puncanya.. yang aku xtau jawapannya namun aku kena menjawabnya.. entah betul atau tidak semuanya? aku pun xtahu.. hanya tuhan yang tahu.. mcm tajuk lagu jer.. kumpulan unic kalau xsilap.. kalau silap tu maaflah yer.. aku ingin mengarang dan terus mengarang.. mengarang yang entah apa-apa.. hanya kosong.. tiada isi, tiada nasihat, tiada apa.. adakah kerana jiwa ini yang kosong dan akhirnya melahirkan sesuatu yang tidak bermakna pun. tetapi kan bila aku fikir balik elok juga mcm ne.. aku xsakitkan hati sesiapa.. aku hanya meluahkan apa yang aku rasa.. tidak tahu kalau ada yang terasa. sekiranya ada yang terasa maaflah.. aku hanya insan biasa di dunia fana ini.. panjangkah umur ku? entah la semua tu kerja Allah bukan kerja kita.. yang pasti kenalah bersedia untuk mati kerana ianya akan datang menjemput kita tidak kira apa jua keadaan. tapi bersediakah aku untuk mati? cukupkah amalan ku? aku bermonolog sendirian lagi.. terdiam sejenak memikirkan semua itu.. aku jadi keliru.. jadi lesu.. jadi takut.. adakah aku faham akan diri ku sendiri? persoalan itu hanya dibiar ditiuo angin salju.. yang menyejukkan, mendinginkan dan membekukan hatiku.... betulkah dingin hati ini.. aku hipokrit kah? entah.. terpulang pada orang yang menilai diriku.. itu lebih baik kerana orang lebih nampak apa kekurangan dan kelebihan kalau ada pada diriku kerana ku tahu aku hanya insan kerdil di muka bumi ini yang mencari sudut @ tempat di mata dunia ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan