Rabu, 27 Oktober 2010

Rindu


Rindu ini seringkali menjengah diri ini.. rindu pada keluarga, teman-teman... adakalanya bila rindu, ianya mengusik perasaan ku.. hampir2 membuatkan air mata in mengalir namun ku cuba bertahan kerana ku pasti rindu ini tiada penghujungnya.. lebih baik rindu dari membenci... biar ku simpan rindu ini... angin malam, sampaikan rinduku ini kepada yang ku rindu ini.. semoga sesiapa yang kurindui merasai bahawa aku merinduinya... ah.. hati ini.. rindu ini... jika rindu ini memudaratkan diri, maka jauhkan rindu ini dari ku... namun aku percaya rindu ini hanya sekadar rindu, tidak mempunyai maksud tersirat dan tersurat.. ianya timbul secara tiba-tiba, tanpa diundang, ianya ada dalam diri setiap insan, cuma kadang-kadang kita sendiri yang tidak mahu mengakui bahawa rindu itu hadir.. walaupun rindu itu hadir untuk seorang sahabat.. adakalanya kita tidak tahu kenapa kita rindukan seseorang itu.. entah.. kenapa perlu mencari sebab dan alasan untuk menyatakan rindu.. kenapa lidah kelu untuk menyatakan rindu? adakah salah jika kita rindukan seseorang? tidak salah kn.. apa kita akan lakukan jika terlalu merindui ... saya pernah menghukum seseorang sahabat yang merindui diri saya... jahatkan saya.. ahh.. kenapa nak menghukum, sedangkan tak ada kesalahan pn yang dilakukan, hanya merindui.. tapi saya kejam tidak pedulikan rindu itu... walau sebesar mana pun sebabnya kita tidak patut berbuat demikian.. saya sedar kini dan cuba untuk bersikap lebih optimis... tp rindu tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata tapi ku cuba luahkan juga.. jika kita telah rela untuk tidak merindui seseorang yang telah pergi, kenapa rindu itu muncul kembali.. tidak kira orang itu telah tiada di dunia, telah ada pasangan hidup sendiri, seorang sahabat dan seangkatan dengannya.. rindu pada yang telah pergi, kusedekahkan al-fatihah... rindu pada sahabat dan teman-teman, itu biasa berlaku tidak kira sahabat itu lelaki atau wanita..asalkan rindu itu tidak memakan diri sendiri.. saya rindukan semua sahabat saya skrg kerana sahabat saya makin jauh dengan saya kerana mereka takut dengan perubahan diri saya.. saya jadi pemarah semula .. saya tak tahu pe yang merasuk fikiran ini sampai sukar untuk menenagkan diri.. ah tekanan ada di mana-mana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan