Isnin, 9 Januari 2012

Aku juga sendiri....

hurmm xtau ape yang perlu aku fikirkan dengan sendiri.. si dia yang dulu telah berbahagia dengan kekasih hati dan mungkin akan bersatu di alam perkahwinan... aku juga sendiri.... cuma adakala aku terkenang saat dulu tp itu cuma tinggal kenangan dan sejarah silam... apa yang penting sekarang... adakah aku layak untuk mana-mana lelaki? adakah aku akan hidup sendirian sehingga akhir hayatku... sahabat baik yang ku sayang juga mempunyai kekasih hati.. aku cemburu yang entah apa dengannya... sedangkan aku telah berjanji dengan diriku memdamkan perasaanku terhadapnya kerana aku tidak pasti perasaan aku sebenarnya pada dirinya... aku takut dia tidak boleh terima diriku seadanya... aku insan biasa yang serba serbi kekurangan... lagipun hala tuju hubungan ku dengan yang nonmuslim tu pn xtau arah tuju.. entah laaa.. aku jadi tawar hati utk meneruskan kehidupan ini... aku jadi seorang pasif semula.. aku jadi pendiam dan tak endah keadaan sekeliling... aku hanya mampu bermenolog dalam diri sendiri.. mungkin kerana aku dahagakan secebis kasih syang... aku tak ada kawan rapat.. aku xrapt dengan keluarga.. aku sentiasa sendiri.. sepi dan terus sepi... sampaikan kedtangan tahun baru kali ini tanpa ada semangat baru... yang aku tau aku ingin tidur.. tidur untuk selama-lamanya jika itu yang menenangkan diriku.. aku tidak tahu nak bercerita dengan siapa kerana bagiku permasalahan masa lampau ku itu tidak patut dikongsikan dengan sesiapa.. biarlah... tahun ini umurku menginjak lagi setahun namun aku masih belum berteman.. masih belum berjumpa dengan pasangan hidupku.. betapa cepatnya masa berlalu.. kalau aku boleh pergi jauh dari sini.. jauh dari orang-orang yang mengenali aku alangkah bagusnya... namun ke mana boleh ku melarikan diri? entah la.. aku hilang punca.. jiwa jadi kosong ...

2 ulasan:

  1. Cuba cerita apa masalah kamu...kita bley bertukar pendapat

    BalasPadam
  2. nothing to share.. just menulis.. meluahkan ape yg dirasakan...

    BalasPadam