Rabu, 5 Januari 2011

Teman... maafkan aku..

Teman, maafkan aku andai bahasa yang kututurkan telah menyinggung perasaanmu.. aku hanya menuturkan ape yang aku rasa.. tanpa memikirkan dirimu.. betapa aku mementingkan diri sendiri.. aku sedih teman.. kerna kau menghindari aku setelah aku meluahkan apa yang aku rasa... adakah aku tidak layak untuk meluahkan apa yang aku rasa sehingga kau bersikap sedemikian... kenapa kau lakukan itu teman.. kenapa? jika kau tidak dapat menerima apa yang kukatakan, aku tidak kisah .. namun jangan la kau hindar diriku ... sakit rasanya teman bila kau menghindarkan diri dariku.. aku menjadi lebih bersalah padamu teman kerana menyebabkan kau bersikap sedemikian.. betapa jahatnya aku teman... aku memang bukan seorang teman yang baik.. tapi jika itu keputusan yang telah kau buat & kau gembira dengan keputusan itu, aku akur teman .. demi kebahagiaanmu... aku rela melepaskanmu walaupun payah.. cuma aku nak kau tahu, aku sentiasa mengingatimu teman... aku takkan melupakan mu teman... kerana aku menyayangimu... maafkan aku teman kerana telah menyayangimu lebih dari seorang sahabat... perasaan itu hadir tanpaku duga. puas kutepis teman, namun ianya tetap datang.. jadi bagaimana lagi harus aku lakukan teman agar perasaan itu hilang? aku sentiasa cuba memadamkan perasaan itu dari bertambah marak namun makin aku cuba padamkan, makin ianya tumbuh ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan