Jumaat, 22 Mei 2009

geramnya..

tadi dah taip panjang2 tiba2 komputer ne teroff sendiri.. sakit hati tau.. nak taip balik dah xingat.. aku pn satu hala dok ganas sangt .. kan dah longgar wire komputer.. salah sendiri.. mcm mana hati nak tenang asyik marah jer.. ada orang kata ketenangan itu tidak dapat dicari, ada yang kata ketenangan itu ada dalam diriku sendiri.. aku jadi keliru.. keliru bagaimana nak memahami hatiku sendiri.. mampukah aku aku mencari hati yang tenang sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir.. aku kena sujud kepadanya jika inginkan hati yang tenang.. aku kena ingt padaNya selalu.. itulah pesan seseorang padaku.. sudahkah aku lakukan semua itu? kalau sudah adakah ianya mencukupi? rasa belum cukup lagi coz hati aku masih lagi ada sisa kesedihan yang aku sendiri kadang kala tidak faham kenapa.. kadang-kadang aku ingin bersendirian kerana takut anginku tidak elok dan orang di sekeliling menjadi mangsa kemarahanku.. betulkah tindakan itu? bila hati jadi keliru aku jadi lagi teruk.. knp la hati ku jadi begini.. aku kena mendalami lagi hati ini.. kenapa aku tidak faham hatiku sendiri? berilah bimbingan pada hambamu ini ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan