Khamis, 21 Mei 2009

ketenangan..

mampukah hatiku mencari ketenangan jika hati ini tidak tenteram. sentiasa didatangi rasa bersalah. bersalah pada diri sendiri, bersalah pada kawan-kawan, bersalah pada keluarga, bersalah kepada allah, bersalah kepada semua. aku hanya insan biasa yang inginkan ketenangan yang dicari.. mampukah aku menjumpai ketenangan itu sebelum ku menutup mata ini, sebelum berakhirnya nafasku. aku hanya mampu berserah pada ilahi. aku sentiasa berdoa semoga doaku diterimaNya. akan adakah cahaya ilahi itu untukku yang kerdil ini? ya allah berilah kukekuatan, berilah ku ketabahan, berilah ku semangat untuk mencari cahaya ilahi dalam hidupku.hidup dan matiku allah yang tentukan.. kita hanya mampu merancang tapi allah yang menentukan segalanya. hati yang resah kupujuk dengan meluahkan apa yang terbuku di hati ini.. entah lah kenapa semuanya berlalu dengan cepat tanpa diri ini sedar akan balasannya kemudian hari.. aku kena kuat, kena bangun semula.. bantulah hambamu ini yang allah.. kau terimalah taubatku.. kau bukakan pintu ilahi untukku ya allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan