Jumaat, 22 Mei 2009

pertemuan itu..

pertemuan.. tanpa pertemuan tiadalah perpisahan.. betul ke? tapi apa yang aku tahu sebuah pertemuan itu mengembirakan hati dua insan atau lebih.. bak kata pepatah pertemuan pertama sukar dilupakan dan merupakan yang paling indah atau manis.. best kn kalau kita imbas kembali saat-saat pertemuan pertama kali atau sesiapa yang dapat cinta pandang pertama lagi indah kan. tp adakah pertemuan itu sekadar pertemuan atau ada terselit rasa kasih kepada insan yang kita baru kenal. ada orang kata cinta tak mengenal sesapa dan xkira masa. kalau dah terdetik di hati itu cinta, kita tidak mampu untuk menolaknya walau telah cuba sedaya upaya untuk berlagak biasa. saya pernah mengalaminya. pertemuan yang tidak saya jangkakan. masih segar di memori ini pertemuan di dalam train star semasa mengikuti kawan balik ke ipoh. masa itu hanya sekadar pandang sahaja sebab malu-malu lagi.. itupun hanya pandang2 jeling2 melalui cermin yang berhadapan dengan tempat duduk. kebetulan masa tu xramai penumpang. iyolaa kita xkenal kan xkan nak berani lak nak tegus sapa. lagipun di bandar besar ne bahaya bagi seorang gadis. yang dahsyatnya sya dengan kawan saya tersilap dengar ingtkan dah sampai plaza rakyat tp rupanya belum sampai. kami siap bangun lagi masa tu. xtau la merah muka masa tu hanya tuhan yang tahu. xsanggup dah nak berpaling dan duduk semula kerana silap tempatkn. dia pula adalah adik angkat kepada kawan satu ofis saya. lepas peristiwa itu kami mengambil haluan masing2 namun hati ini kuat untuk mengenalinya dengan lebih dekat tapi hanya diamkan jer.. malu tau..lepas balik bercuti dari ipoh kawan saya sibuk tanya nak tak kalau dia bg no tel saya pada adik angkat dia. saya kat nak wat pe kn. dia kata just nk kenal jer.. lama juga saya fikirkan, maklum la saya ne orang merantau jauh. akhirnya saya bagi juga. maka bermula detik-detik sms lepas tu caling2 then kami wat pertemuan rasmi kami iaitu pada 25.12.2003 pada hari krismas. aneh kan? tapi itulah tarikh keramat kami kenal dengan lebih dekat antara satu sama lain. masa tu saya gembira sangat. kalau blh tidak mahu berpisah pun tapi apa kan daya saya perlu kerja kan. setiap hari dilalui dengan perkara yang indah-indah. jarak tempat saya ke tempat dia tidak la berapa jauh cuma tempat dia jam teruk jer. ada masanya saya pergi ke tempat dia dan ada masanya dia pula ke tempat saya. indahnya masa tu. rasa ingin kembali ke waktu itu tapi apa kan daya masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.. kalau la blh kembali pada waktu itu saya akan lebih menghargai dirinya tapi apa kan daya salah saya kerana melukakan hatinya. hatinya luka kerana saya. semuanya berlaku terlalu pantas. hanya maaf yang dapat saya perkatakan. itulah perkara bodoh yang saya lakukan. selepas itu hati ini tidak tidak. telajak perahu boleh diundur terlajak kata tidak boleh kn. akhirnya saya biarkan masa yang menentukannya. adakalanya saya saja2 miscall no dia kerana rindu tapi tak berani nak bersuara kerana tau diri bersalah padanya. perkara itu berlarutan hingga ke hari ini. sekarang dia dah makin handsome, lagi la tidur ini xlena dibuatnya.. hahahaha.. tapi dia xnak berjumpa dengan saya lagi. saya ingin sekali berjumpa dengan dia, ingin meminta maaf secara berhadapan dengan dia. inilah balasan saya kerana melakukan kesalahan pada dia.. seandainya dia membaca cerita ini, saya minta maaf banyak2 kat dia dan kalau boleh saya nak jadi kawan dia semula. itupun kalau boleh. kalau xboleh saya nak wat camne kan. kalau kehadiran saya mengganggu ketenangan hidup dia, saya akan pergi jauh supaya xmengganggu hidup dia. saya xnk kerana saya dia sedih kembali. kalau boleh biar rasa sakit dia, derita dia saya yang rasa kerana saya tidak sanggup melihat atau mendengar dia derita lagi...saya doakan dia beroleh kebahagiaan yang sepatutnya.. ah melalut jauh pula saya.. abaikan la.. itu hanya kenangan yang tidak dapt dilupakan. apa yang pasti saya memang akan ingt pertemuan pertama itu sampai bila2. anda bagaimana pula? pesan saya hargailah apa yang ada dengan anda skarang jangan hargailah apabila ianya telah tiada kerana sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. sama-sama la kita hayati bait-bait lagu ini sebagai renungan kita bersama kerana jika anda menghayati lagu ini anda akan terasa maksud mendalam lagu ini.
Bila diri disayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang
Berakhir malam ku
Tak akan ku jemu
Menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah
Di darat di air
Siapa pun hambar
Keikhlasan doa
Keagungan kasih
Merubah takdir
Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali di pandu
Engkau yang pertama
Tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan
Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang
Di sini di bawah naungan
Kasih dan sayangmu
Ku berserah diri

jadi bila kita disayangi kita haruslah menyayangi insan tersebut sepertimana dia menyayangi kita. semoga dirimu bahagia...maaf jika dirimu marah setelah membaca cerita ini semula.. hidup perlu diteruskan..

2 ulasan:

  1. sedeynye..gi r jumpe si "dia"

    hee

    BalasPadam
  2. dia xnak jumpe saya dah.. biarlah.. sya xnak ganggu kegembiraan, kejayaan & ketenangan dia sekarang.. cukuplah jika dia bahagia xkira dengan sesiapa pun.. sya redha..

    BalasPadam