Ahad, 22 Januari 2012

hurmmm,... fuhhhh .. nthla...

Musim cuti-cuti begini ramai yang balik kampung namun aku jua yang masih dikota .. bersendirian tanpa apa-apa.. seringkali teringatkan kampung halaman.. teringat klu di kala ini aku di kampung aku xkn makan maggi setiap hari.. pasti mkn nasi walaupun lauknya xseberapa tp cukup utk alas perut.. aku ingin kembali ke kampung halaman tp pendapatan ku xseberapa dengan keadaan ekonomi sekarang.. aku rindukan mak ayah.. hati yang rawan bertambah pilu bila kawan-kawan tiada di sisi.. entah la.. nk kata sedih pn xtau la bila kawan rapat dh jadi xserapat dulu.. apa puncanya aku pn xtahu.. tapi aku sentiasa merindukan kawan-kawan yang jauh di mata tp dekat di hati...

Isnin, 9 Januari 2012

Aku juga sendiri....

hurmm xtau ape yang perlu aku fikirkan dengan sendiri.. si dia yang dulu telah berbahagia dengan kekasih hati dan mungkin akan bersatu di alam perkahwinan... aku juga sendiri.... cuma adakala aku terkenang saat dulu tp itu cuma tinggal kenangan dan sejarah silam... apa yang penting sekarang... adakah aku layak untuk mana-mana lelaki? adakah aku akan hidup sendirian sehingga akhir hayatku... sahabat baik yang ku sayang juga mempunyai kekasih hati.. aku cemburu yang entah apa dengannya... sedangkan aku telah berjanji dengan diriku memdamkan perasaanku terhadapnya kerana aku tidak pasti perasaan aku sebenarnya pada dirinya... aku takut dia tidak boleh terima diriku seadanya... aku insan biasa yang serba serbi kekurangan... lagipun hala tuju hubungan ku dengan yang nonmuslim tu pn xtau arah tuju.. entah laaa.. aku jadi tawar hati utk meneruskan kehidupan ini... aku jadi seorang pasif semula.. aku jadi pendiam dan tak endah keadaan sekeliling... aku hanya mampu bermenolog dalam diri sendiri.. mungkin kerana aku dahagakan secebis kasih syang... aku tak ada kawan rapat.. aku xrapt dengan keluarga.. aku sentiasa sendiri.. sepi dan terus sepi... sampaikan kedtangan tahun baru kali ini tanpa ada semangat baru... yang aku tau aku ingin tidur.. tidur untuk selama-lamanya jika itu yang menenangkan diriku.. aku tidak tahu nak bercerita dengan siapa kerana bagiku permasalahan masa lampau ku itu tidak patut dikongsikan dengan sesiapa.. biarlah... tahun ini umurku menginjak lagi setahun namun aku masih belum berteman.. masih belum berjumpa dengan pasangan hidupku.. betapa cepatnya masa berlalu.. kalau aku boleh pergi jauh dari sini.. jauh dari orang-orang yang mengenali aku alangkah bagusnya... namun ke mana boleh ku melarikan diri? entah la.. aku hilang punca.. jiwa jadi kosong ...

Selasa, 11 Oktober 2011

terkilan atau terasa hati..

entah mengapa aku rasa jauh hati dengan sahabatku kerana sering kali melupakanku.. kami semakin renggang.. aku xtau kenapa.. xtau sama ada dia yang terkilan dengan diriku atau aku yang terkilan dengannya.. memang aku terkilan dengan sikapnya yang tak seprti dulu... aku terasa tapi apa yang mampu ku lakukan selain memendam rasa kerana jika di luahkan tiada gunanya, hanya menambahkan kesakitan di hati... jika benar dia ingin aku hilang dari pandangannya, aku tak kan muncul lagi.. jika itu lebihbaik darinya.. aku bertekad mendiamkan diri...

Sabtu, 10 September 2011

keletihan.. kepenatan...

aku ingat lari dari sana ke sini itu tidak memenatkan tapi rupa-rupanya amat memenatkan sampai adakalnya aku betul-betul putus asa... air mata yang mengalir usah nk kata la... adakah kerana aku tidak kuat.. tapi kalau aku tidak kuat, mana mungkin aku mampu berdiri hingga ke saat ini.. jika aku tidak kuat, maka rapuhlah dan terus rebah aku ke bumi menghadap ilahi tapi aku masih di sini memunasabahkan diri.. aku tidak tahu nak bercerita dengan siapa kerana aku tidak mempunyai seorang pn sahabat yang betul-betul memahami diriku.. aku takut aku hanya akan menyusahkan mereka dengan masalah yang bertimpa-timpa menimpaku... jadi di sini sahaja la tempat ku untuk meluahkan keletihan, kepenatan yang aku alami... untuk mendapatkan kembali kekuatan, ketabahan yang kian pudar dalam diriku... aku dah xmengharap pada sahabat yang aku selalu rindui itu kerana aku tahu ianya xmungkin kan bersatu kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. biarlah allah yang menentukan jodoh pertemuanku.. aku pasrah.. aku dah penat untuk semua itu.. sekarang ini yang menambhkan kepenatan diriku adalah kereta ku yang sentiasa bermasalah.. dalam setahun jer hampir rm5k aku membelanjakan wang ku bagi membaiki kerosakannya... aku tidak mampu bertahan lagi walau cuma setahun setengah lagi... kenapa? sebab aku terlalu penat mencari rezeki tapi tiada untuk diriku sendiri... wang habis begitu sahaja.. adakah kerana wang gaji yang kuperolehi tidak mendapat keberkatan darimu Ya Allah.... aku keliru... mungkin juga kerana aku adaklanya alpa pada perintah Allah SWT... mungkin ini balasan dariNya bagi insan yg alpa padaNya... hanya menghadapNya

Jumaat, 29 April 2011

Penat

Aku penat untuk memujuk hatiku agar bersabar dengan sikapnya.. aku penat untuk menipu hatiku sendiri.. aku penat berlakon yang aku tak punya apa2 perasaannya.. marah, geram tapi rindu... akn ku cuba lupakan semuanya... aku akn sibukkan diri dengan training... aku xkn mnghubunginya lg kerana byk kali kuhubugi namun tiada jawapan.. biarlah dia.. aku sendiri lagi.. aku hanya ada bila diperlukan . tiada bila tak diperlukan.. itulah aku di mata teman2..

Isnin, 11 April 2011

HaTi.... entahlah

Aku begitu ingin menyepikan diri dari segala-galanya.. maksudnya mendiamkan diri darinya .. namun aku rindu padanya.. cuma tak terluah oleh perkataan.. banyak kali sudah aku bermimpikan dirinya.. paling terakhir aku bermimpi berkenaannya ialah dia pergi untuk selama-lamanya.. aku rindu padanya namun dia bersikap endah tak endah jer.. hanya aku jer yang merinduinya.. bukan dia.. ape lah gunanya.. lagipun aku tau aku tidak setanding dengannya.. aku bkn pilihan hatinya.. aku hanya sahabat dia semata-mata.. bagaimana harus ku kikis perasaan ini.. tidak sabar rasanya untuk habis belajar supaya aku blh melupakan perasaan ku ini terhadapnya jika aku tidak bersua dengannya.. mungkin lebih mudah untuk aku melupakannya.. aku tahu hari ini dia telah kembali bertugas semula namun aku sengaja menyembunyikan diri agar tidak berchatting dengan dia.. aku tak nak setiap kali aku yang memulakan perbualan.. biar la.. klu dia rasa nak sembang ngn aku .. itu terpulang dengan dia.. aku xblh memaksa @ provoke sangat.. hehehee..

Sabtu, 2 April 2011

Puaskah - wali band

Puaskah kau lukai ku
Puaskah kau sakiti ku
Puaskah khianati ku
Puaskah oh sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakkan ku
Setelah kau dapatkan ku

Chorus
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tegar khianatiku

Ulang Chorus 2X

aku still no in good mood.. semuanya kerana hari rabu lepas.. entah bila aku blh chill balik.. ne sampai sakit kepala di buatnya.. semakin teruk skrg sikap sensitif ku terhadapnya.. kenapa aku sedemikian.. sedangkan aku dah buang perasaan kasih, sayang kepadanya.. adakah perasaan itu masih wujud lagi.. apa lagi yang harus ku lakukan bagi menghindari perasaan ini.. tolonglah...