Khamis, 26 November 2009

jiwa kosong.. hati sepi..

hurm, entah aa naper dr pg td lg diri ini suram, muram jer.. mungkin terkenangkan mak ayah yang berada di kampung.. maafkanlah anakmu ini kerana tidak berada di sisi kedua ibu bapaku... anakmu merantau mencari rezeki... rindunya rasa pada keluarga pada masa ne.. sunyinya kerana jiran2 telah pulang ke kampung halaman.. pilunya rasa hati bila mengenangkan suasana hari raya yang lepas.. alangkah gembira jika saat ini bersama keluarga menyiapkn juadah hari raya.. apa2 pn wahai sang bayu sampai rasa rinduku ini pada kedua ibubapaku.. aku rindukan belaian kedua ibu bapaku.. betapa diri ini dambakan kasih sayangmu.. namun aku telah diajar supaya tidak memanjakan diri.. mampukah aku berlakon bahawa aku setabah apa yang diperlihatkan.. jauh di sudut kecil ku memanggil kasih sayang itu..kenapa aku rasa sedih sgt mlm ne.. sehinggakan aku menangis, aku keseorangan di sini..jiwaku jadi kosong.. xtau arah mana yang nak ku tuju.. hati menjadi sesepinya..

Rabu, 2 September 2009

aKu RaSa LeTiH....

diri ini rasa begitu letih sejak-sejak akhir ini.. rasa tdk kuat utk teruskan perjuangan yang belum selesai.. penat rasanya.. entah la.. tapi memang untuk beroleh kejayaan perlunya bertahan dan berkorban bagi mencapai kejayaan itu.. adakalanya bukan aku penat kerana mengejar kejayaan tapi aku penat menghadapi liku-liku kehidupan yang telah ditentukan untukku.. macam-macam yang berlaku sampaikan aku jadi pendiam sediam-diamnya, sehinggakan kawan baikku terfikir adakah aku lari dari dia kerana aku tidak dapat dihubungi.. aku rasa diam sementara itu mungkin akan menyenangkan semua orang, kan diam lebih baik dari berkata-kata.. kerana jika silap kata-kata yang diluahkan maka akan ada yang terluka.. aku terluka tidak apa kerana telah biasa dilukakan dan ada yang mengganggap aku tiada perasaan.. adakah aku begitu.. aku jua manusia yang punya perasaaan.. aku penat memikirkan dan menjaga perasaan orang lain tapi aku harus menjaga hati dan perasaan orang jika aku nak orang jaga perasaan aku.. adakah aku tidak ikhlas dalam perkara ini? entah lah.. mungkin juga kerana aku rasakan kekurangan dalam diriku.. mungkin kurangnya cahaya penyuluh hidup diri sendiri ini..

Isnin, 31 Ogos 2009

hati ini..


aku xtau nape mlm ne hati ini rasa begitu sunyi, pilu dan rasa keseorangan.. sedih bila kufikirkan aku ditinggalkan sendirian di sini.. beginikah selamanya hati ini.. kawan yang datang hanya sementara, hanya ada semasa mereka memerlukan aku.. apa kah lagi salahku di mata kawan-kawan hinggakan akhirnya aku bersendiri lagi.. aku ingin gembira, ceria selalu seperti org lain.. tidak layakkah aku untk mendaptkan semua tu.. aku tidak meminta banyak pun.. aku hanya inginkan secebis kasih sayang di hati para pembaca.. ingin rasanya ku menangis tapi air mata ini tidak ingin kuar.. katanya aku kena cekal menghadapi hidup ini.. aku mampu tempuhi semua ini tapi aku dah penat berkorban untuk mendaptkan kasih syg.. dr kecil hingga kini. aku rela jadi masa marah org lain asalkan lps tu aku dpt kasih syg w/pn sementra... aku jadi lemah semula.. entah sampai bila aku akana begini.. aku rasa tidak berdaya utk meneruskan semua ini tapi aku kena teruskan sehingga ke akhir hayatku.. pasti aku akan temui apa yg aku impikan, pujuk hati kecilku. mampukah aku menipu hati diri sendiri? entah aaa.. aku pn xtau..

Selasa, 18 Ogos 2009

pengalaman suatu pengajaran..

dah lama aku xmencegah blog ku ini.. rindu rasanya.. maklumlah sibuk dengan tugas-tugas harian. adkalanya gembira, adakalanya berduka, itulah lumrah kehidupan ini.. aku tidak layak berkata-kata seolah-olah aku beroleh kebahagiaan sedangkan kebahagiaan itu jauh dr ku.. tidak mungkin mampu aku gapai setelah apa yang berlaku baru-baru ini.. semuanya berpunca dari silapku.. aku yang bertindak tanpa memikirkan perasaan org di sekelilingku.. itulah padahnya.. padan ngan muka aku.. dengan itu akan bermula episod baru dlm hidupku.. ku rasakan diri ini tidak tahu menghargai dan dihargai.. biar lah.. aku xblh salahkan orang lain, yang perlu disalahkan adalah diriku sendiri kerana tidak tahu membawa diri.. tidak menghargai apa yang ada.. silapku sendiri.. biar la walaupun payah akan ku cuba cekalkan hati.. adakalanya di saaat fikiran ku tidak waras aku ingin pergi jauh dari dunia ini kerana aku fikirkan aku tidak diperlukan lagi di sini.. hanya menyemakan mata dan merosakkan keindahan alam yang ada.. mungkin betul agaknya dengan ketiadaan ku semua orang akan gembira dan bahagia.. biar aku yg rasa sakitnya asalkan orang lain bahagia.. aku hanya menumpang di sudut tepi dunia ini, yang dipandang hina .. hanya ada bila diperlukan tiada bila tidak diperlukan.. mungkin semuanya telah tersurat untukku.. aku kena terima semua ini.. semua ini mengajar aku supaya tidak mudah memberi kepercayaan pada org lain.. begitu sukar ku bina tembok kepercayaan itu, begitu mudah ianya dirobohkn.. apa erti sayang jika tiada kepercayaan? entah la aku tidak layak untuk berbicara tentang syang kerana aku tidak tahu menunjukkan rasa sayang itu sehinggakan menimbulkan salah faham.. biarkn lah aku sendiri dan terus bersendiri kerana bila bersendiri xkn menyakitkan hati sesiapa lagi.. klu sakit pn sendiri yang tanggung tidak menyusahkan orang lain.. lama-kelamaan aku akan hilang di telan zaman, di mamah usia.. ku tidak tahu apa yang kan jadi nanti.. biarlah aku biarkan keadaan yang menentukannya... terima kasih kepada yang mengajar aku erti kehidupan ini, onak durinya dan segalanya.. betulkah cinta itu betul2 indah? iya cinta kepada allah adalah yang betul2 indah.. kenapa aku jauhkan diri dr allah.. inilah padahnya jika melupakan allah.. aku akan bertatih semula untuk mendekatkan diri kepada allah.. dengan itu aku akan mendpat ketenangan drnya.. jika kematian itu dapat menenangkan diriku, aku rela mati dari hidup begini.. tp sudah cukupkah segala amalanku? pastinya belum cukup.. banyak lagi yang perlu aku bawa ke alam barzakh nanti..

Ahad, 19 Julai 2009

fahamilah...

adakah aku akan alpa pada semuanya apabila aku sibuk? mungkin kerana sibuk menelaah atau kerja aku akan kurang bersama dengan kawan, keluarga, sahabat, sanak saudara dan sebagainya... maafkanlah aku wahai teman jika aku terlupa akan janji atau aku tiada masa bersama denganmu teman.. moga-moga kau peringatkan diriku ini teman aga tidak alpa.. jadi aku harap teman-temanku faham akan rutin harianku yang sentiasa sibuk.. tambh2 lagi kuliah telah bermula jadi masa untuk bersukaria telah tiada bagiku.. kerana apa yang penting sekarang adalah masa untuk menelaah.. aku tidak mau kecundang.. jika kecundang bermakna aku gagal.. jika gagal, bagaimana dengan masa depanku.. pastinya tidak cerah.. aku harap semangat ku kuat pada kali ini.. tabah dan sabar menghadapi onak duri ranjau kehidupan ini.. ini jalan yang aku pilih.. aku tidak boleh berundur setelah memilih jalan ini.. aku kena teruskan.. tidak boleh patah semangat atau putus asa.. jika tidak semuanya hanya sia-sia belaka.. rugi masa, bazir wang ringgit, bazir tenaga dan segalanya.. siapa yang rugi? aku juga kan.. tp yang pasti aku tidak akan melupakanmu teman-teman kerana aku juga perlukan sokongan dan dorongan dari kamu semua selain doa restu ayah dan ibuku.. aku harap teman-teman faham dan tidak pergi meninggalkanku.. jika ada kelapangan aku akan luangkan masa bersama teman-teman.. banyak perkara yang perlu dilakukan dan banyak hati yang perlu dijaga.. aku kena berkorban jika ingin berjaya.. doakan kejayaan aku teman..

Sabtu, 11 Julai 2009

aku tetap sendiri

hari ne aku tetap sendiri. merenungi erti suatu kehidupan, merenungi ke mana arah tuju, merenung masa depan yang xpasti.. entah kenapa aku rasa sepi, sunyi, pilu ari ne.. mungkin adalah lebih baik aku sendiri dari mengganggu orang lain walaupun sepatutnya hari ne hari yang paling gembira dalam hidupku.. apa yang aku dok merapu ne.. entah la.. naper jadi mcm ne.. adakalanya aku rasa gembira adakalnya rasa sedih.. sudah jadi lumrah manusia kan.. kita kena terima hakikakt semuanya.. kita kena pasrah atas qada dan qadar nya.. kita memang akan sendiri bila dah mati nanti jadi lebih elok kita sendiri sekarang daripada merana ditinggalkan seorang diri dikemudian.. bagi diriku lebih baik aku sendiri dari berdua kerana adakalanya berdua akan merasa sakit dan pedih .. tp sepatutnya berdua itu sesuatu yang mengembirakan tapi kalau berdua tidak bersefahaman apa gunanya kan.. apa faedahnya.. jika terpaksa berdua tak ada gunanya.. entah la .. lebih baik kita merenungi diri sendiri kita dahulu sebelum kita menilai orang lain, sebelum kita mengadili orang lain dan sebgainya kerana kita kena sedar kita hidup hanya sementara.. mungkin korang ingt aku terlalu memilih atau apa.. terpulang la pada korang nk kata apa pn.. aku terima seadanya kerana ku sedar aku serba kekurangan..

Jumaat, 10 Julai 2009

Sempurnakah kita?

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….
dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …i
tu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”