Selasa, 9 November 2010

bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi

ah, bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi.. begitulah keadaannya dia antara aku dan A.A.K..@ ada aku kisah... hahahaha... aku kena gembira.. aku xleh moody dah.. xpyh fikir pasal cintan cintun.. aku nk hidup sendirian.. itu yang lebih elok w/pn hakikatnya hidup berdua lebih elok.. namun siapa yang hidup dengan aku ne.. xde sape.. ari ne aku ada xm tapi aku xtau aku blh jwb tak.. entah la... aku sayang dia tapi dia seringkali mengungkapkan yang kami hanya sekadar kawan shj.. ungkapan itu yang melemahkan dan menyakitkan bagi aku.. dia kata kami kawan tp layan aku lebih dari seorang kawan.... apa maknanya.. kenapa nak seksa aku sebegini.. sampai bila aku mampu bertahan dengan keadaan sebegini.. argh.. aku perlu bertahan sehingga exam ini berakhir .. lepas tu aku nak tenangkan diri jauh2.. klu aku blh g jauh dr semua ini alangkah baiknya.. klu aku blh melangkah ke tempat yang semua orang xkenal aku alangkah baiknyaa.. tapi blhkah... insya allah... aku tiada harapan antara aku dan dia.. akan aku biarkan hubungan ini hambr seperti di angin lalu dan aku akn biarkn dia lupakan aku utk selamanya tp aku akan ingt dia selamanya.. aku sayang dia... aku hanya mampu meluahkan di sini.. aku tidak mampu menyuarakannya dengan kata-kata, hanya mampu memendam rasa dan meluahkan melalui jari jemari ku yang menari di papan kekunci ini.. hanya di sini sahaja tempatku untuk meluahkan ape yang aku rasa.. sesuatu berlaku antara kami semlm ... tp jap jer begong pastu ok balik.. biasa la kwan baik kan.. arghhh.. gembiralah hati.. aku xnak dia nampak aku sedih.. gembira lah.. aku xnak bila dia tgk aku sedih fikiran dia terganggu.. aku xna benda tu berlaku pada dia... cukup la setakat ne dulu.. aku kena bersiap skrg .. buhbyeeeee...semoga dia bahagia dengan kptsn yang dia buat..

Khamis, 4 November 2010

Kenapa?

kenapa aku baru tau perkara itu selepas 10tahun.. kejamnya.. kenapa tak dari dulu ... rupa-rupanya kawan baik yang sekelas aku masa form4 dulu suka kat aku tp xnk bgtau perasaannya kat aku coz kwn baik dia suka kat aku.. gila.. kenapa aku baru tahu semua ini selepas 10 thn dan selepas dia telah kahwin n mempunyai cahaya mata.. arghh.. sedangkan dulu aku juga menyayanginya dulu.. dia boleh match maker kn aku ngn kwn baik dia tu..

Selasa, 2 November 2010

Aku kalah ....tapi kena kuat..

kenapa aku kalah lagi dengan perasaanku sendiri.. mlm td aku dah bertekad xnak hubungi dia dan buat dia rasa akan kehilanganku... tapi aku sentiasa rindukan dia.. bagaimana ne.. ah... tp pagi2 ne aku dah on9 n nampak dia tukar gambar aku komen lak.. kenapa aku makin sukar melupakannya sedangkan antara kami tiada apa2, hanya kawan.. kami tidak pernah membicarakan soal hati dan perasaan antara kami.. yang ada hanya membicarakan tentang hati dan perasaan dia ngan kekasih hati.. aku hanya memendam perasaan.. adakah kerana aku ne terlalu lama memendam perasaan menyebabkan aku sukar untuk berjauhan atau xberhubungan dengan dia? kami sama-sama selesa dengan perhubungan sahabat selama ini, namun kenapa kali ini aku tak boleh nak terima akan berita yang dia mempunyai kekasih hati yang baru.. xkan aku nak tanya padanya tentang perasaan dia terhadap aku sedangkan aku tau dia br ada kekasih hati.. apa patut aku lakukan,.. dia hanya bgtau akulah kawan rapat dia.. itu yang membuatkan aku lagi sedih tapi ku tahan air mata ini agar tidak tumpah.. aku dah xmampu untuk menangis lagi walau sedih @ terusik hati ini.. mungkin sebab aku dah keraskan hati ku ini.. aku xbalas dah msg dia.. aku nak biarkan sahaja... baik sms, call, chatting dari aku nak abaikan kerana aku perlu bersendirian.. aku takut perasaan aku padanya makin mendalam, kerana ianya makin mendalam makin sukar untuk ku lupakan dia nanti.. aku harus kuatkan diri ..

Ahad, 31 Oktober 2010

Moody? Pasrah ... huhuhu

Minggu ne sepatutnya minggu yang mengembirakan namun ianya berubah menjadi hambar dan "mood" aku berubah-ubah setelah tahu bahawa sahabat baikku mempunyai kekasih hati yang baru... kenapa aku jadi begitu aku tidak pasti pada mulanya namun akhirnya ketemui jua jawapannya iaitu aku mula menyayanginya namun tak mampu meluahkannya.. aku cuba untuk redha menerima kenyataan itu dan berlagak tenang ketika dia gembira menceritakan kebahagiaannya itu, malah aku memberi nasihat lagi kepadanya berkenaan hubungan yang baru terjalin itu.. walaupun sukar untuk ku terima namun hakikatnya memang begitu.. dia memang hanya anggap aku sekadar sahabat biasa semata-mata.. Aku akhirnya pasrah akan kenyataan yang aku xnak terima selama ini.. yang aku xnak terima dan xnak tau tp aku kena hadapinya juga dan kena terima bahawa itu benar-benar berlaku... bukannya mainan, bukannya ujian buatku.. aku memang xpatut menyimpan perasaan terhadapnya kerana aku terlalu jauh untuk menggapai impian itu.. ah itu terlalu sukar utk kucapai.. aku tau dari dulu tapi kenapa aku nak bertahan berada di sisi dan berharap .. dah tau harapan itu tiada tapi masih mengharap lagi.. bodoh kan aku .. aku nak sedih pn xblh coz aku kena tenang menghadapi keadaan itu... kerana dengan ketenangan itu baru lah aku kuat untuk berdepan dengannya.. jika aku blh berlari aku akan berlari sejauh mana yang boleh.. tapi nasib baik la dia xmenyedari akan ape yang berlaku .. lagipun aku memang tidak patut menyimpan perasaan terhadapnya kerana tidak mungkin aku memiliki hatinya malah dirinya... aku patut lupakan perasaan ini dan buang jauh2.. aku tidak sedar pun bila perasaan ini hadir dalam diriku.. entah lah.. adakah aku betul-betul menyintainya atau ini hanya mainan perasaan semata-mata.. ya allah kau kuatkan lah diri ini untuk menghadapi dugaan ini.. ini hanya sikit.. lagipun kami memang kawan baik semata-mata.. jangan aku ubah status itu kerana pastinya akan jadi serba salah jika dia mengetahui perasaanku.. entah2 dia pun xnak kawan dengan aku dah.. dia hanya anggap aku hanya sekadar kawan.. hanya kawan semata-mata.. tolonglah kawal perasaan aku ne.. aku xnak persahabatan ini akan berlakunya perpisahan hanya kerana semua ini.. tapi kuatkah aku untuk bertahan dengan segala cerita berkenaan kekasih hatinya.. dengan melihat dirinya sms dan call kekasih hati... ah itu betul-betul mengusik hatiku, namun aku kena cuba utk kuat dan boleh buat untuk setenang yang boleh.. bkn cuba tapi boleh buat... tolonglah jangan uji aku sedemikian rupa... tapi entah la, kenapa aku seringkali kalah dengan perasaan yang hadir ini.. perasaan yang tanpa diundang... aku boleh jadi gila camne.. aku cuba utk bersikap gembira dengan kebahagiaan dia kecapi malah memberi nasihat lagi kepadanya.. pandainya aku ne berlakon xde ape2 di hadapannya dan malah menjadi pendengar yang setia pada setiap masalahnya dengn kekasih hati dia.. ah.. kenapa nak melukakan diri terus hanya kerana dia.. kenapa? adakah aku terlalu sayang padanya atau kerana kami terlalu rapat.. entah la... memang aku perlu korbankan perasaan ini demi kebahagiaannya kerana aku telah tahu aku bukan pilihan hatinya.. kerana aku bukan ciri-ciri idamannya... aku hanya aku.. dan aku kena pasrah dengan keadaan ini.. pasrah , itu lah yang perlu aku buat sekarang dan bersikap setenang yang boleh walaupun itu menipu diri aku sendiri.. aku lebih rela dilukai dari dia terus dilukai.. jika itu adalah jodohnya.. aku kena restu.. jadi dia akan jadi sahabt aku selama-lamanya ibarat lagu antara kasih dan cinta... itu lah ibarat hubungan aku dengan dia.. aku dah xlarat untuk meneruskannya..doakan aku mampu menghadapi semua ini.. mungkin ini balasan aku... aku kena redha.....

Antara Cinta Dan Kasih

Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

Sambil dengar lagu ne dimainkan, mengingatkan aku siapa aku sebenarnya di sisinya dan aku telah berikan lagu ne khas untuknya namun dia mungkin ingat itu hanya gurauan semata-mata sebab baginya antara aku dan dia tiada yang serius.. semua hanya jenaka.. mulai ari ne mungkin aku patut keraskan kembali hati ini dengan mengurangkan sms dan call kepadanya.. itu lebih baik rasanya.. kerana aku nak dia bahagia dengan pilihan hatinya..

Khamis, 28 Oktober 2010

Sakit hati @ Gaduh @ Manja

Ari ne dok sakit hati, gaduh ngn member yang dah mcm bf aku tu.. sbb kami dua rapat jadi sesuka hati kami jer.. ada masanya dia panggil aku "dear", aku panggil dia "b".. eeeeeee gelinya...tapi itulah kenyataannya.. namun kami berdua xpernah serius, xpernah membicarakan perkara berkenaan hati dan perasaan masing-masing.. mungkin masing2 mengatakan kami kawan baik... betul ke kawan baik.. entah la... ada masa bertekak, ada masa merajuk.. selalunya aku la yang sensitif tu.. ikut kepala aku jer.. yg si member ne pula dok pujuk.. hahaha.. tp aku wat xtau dan tunjukkan hati keras aku... keras ke hati aku..entahlah.. ari ne aku xnk layan dia coz perkara kecil jer sebenarnya tp entah la aku blh gaduh n kata dia degil.. adushh apa2 la aku ne ... adakah aku ne cuma nk ambil perhatian member tu haahahaha.. xde maknanya ... aku dok kata dia kaki perempuan w/pn dia dok kata xbaik tau ko kata aku cmtu.. jahat kan aku.. tp dia tetap bersabar dengan karenah aku tu.. aku pun xtau kenapa la dia ne tahan sangt ngn perangai aku.. dan aku pun xtau nape la aku ne larat nak layan perangai dia tu.. dah terlebih manja ngn aku... semuanya nk aku watkan.. adusshh... tp aku sendiri yg rela.. hahaha... ne nak gadh ker manja atau majuk... hahahha entah la.. aku pun pening pala...

Rabu, 27 Oktober 2010

Rindu


Rindu ini seringkali menjengah diri ini.. rindu pada keluarga, teman-teman... adakalanya bila rindu, ianya mengusik perasaan ku.. hampir2 membuatkan air mata in mengalir namun ku cuba bertahan kerana ku pasti rindu ini tiada penghujungnya.. lebih baik rindu dari membenci... biar ku simpan rindu ini... angin malam, sampaikan rinduku ini kepada yang ku rindu ini.. semoga sesiapa yang kurindui merasai bahawa aku merinduinya... ah.. hati ini.. rindu ini... jika rindu ini memudaratkan diri, maka jauhkan rindu ini dari ku... namun aku percaya rindu ini hanya sekadar rindu, tidak mempunyai maksud tersirat dan tersurat.. ianya timbul secara tiba-tiba, tanpa diundang, ianya ada dalam diri setiap insan, cuma kadang-kadang kita sendiri yang tidak mahu mengakui bahawa rindu itu hadir.. walaupun rindu itu hadir untuk seorang sahabat.. adakalanya kita tidak tahu kenapa kita rindukan seseorang itu.. entah.. kenapa perlu mencari sebab dan alasan untuk menyatakan rindu.. kenapa lidah kelu untuk menyatakan rindu? adakah salah jika kita rindukan seseorang? tidak salah kn.. apa kita akan lakukan jika terlalu merindui ... saya pernah menghukum seseorang sahabat yang merindui diri saya... jahatkan saya.. ahh.. kenapa nak menghukum, sedangkan tak ada kesalahan pn yang dilakukan, hanya merindui.. tapi saya kejam tidak pedulikan rindu itu... walau sebesar mana pun sebabnya kita tidak patut berbuat demikian.. saya sedar kini dan cuba untuk bersikap lebih optimis... tp rindu tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata tapi ku cuba luahkan juga.. jika kita telah rela untuk tidak merindui seseorang yang telah pergi, kenapa rindu itu muncul kembali.. tidak kira orang itu telah tiada di dunia, telah ada pasangan hidup sendiri, seorang sahabat dan seangkatan dengannya.. rindu pada yang telah pergi, kusedekahkan al-fatihah... rindu pada sahabat dan teman-teman, itu biasa berlaku tidak kira sahabat itu lelaki atau wanita..asalkan rindu itu tidak memakan diri sendiri.. saya rindukan semua sahabat saya skrg kerana sahabat saya makin jauh dengan saya kerana mereka takut dengan perubahan diri saya.. saya jadi pemarah semula .. saya tak tahu pe yang merasuk fikiran ini sampai sukar untuk menenagkan diri.. ah tekanan ada di mana-mana...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kenapa teringat, kenapa merindu pada yang sepi

Ah aku xtau kenapa aku masih merindui dia yang sepi dengan diriku.. dengan kawan-kawan lain dia ok tapi mengapa denganku dia tidak mahu melayan karenahku.. apakah salahku kali ini? aku pun xtahu.. entahlah.. jika dengan berbuat demikian dia gembira dan bahagia aku relakan w/pn sebenarnya dia sentiasa di ingatanku.. puas sudah ku cuba melupakan bayangan wajahnya namun tetap muncul di fikiran sedangkan perkenalan kami singkat sahaja, hanya beberapa bulan tapi kenapa ingatanku padanya begitu mendalam.. apakah ertinya? aku cemburu bila dia baik dengan kawan perempuan yang lain tapi dengan aku dia buat xendah, entah2 dah xingat kat aku dah.. iyelaa aku msg pn xberbalas, call pun payah nak angkat.. hati mana yang tak terusik.. dia xnak berkawan dengan aku dah ke? aku ada wat salah ker? entah aku pun xtahu.. aku hanya blh diamkan diri sahaja.. skrg ne aku kerap berbual dan sms dengan sahabat baikku.. dia lah peneman di kala ku kesunyian walaupun jarak antara kami jauh namun kami seringkali berhubung tidak macam dia dekat tapi rasa jauh.. ah.. aku pun tak tahu perasaan ku ini perasaan apa.. aku tidak mahu dipermainkan oleh perasaan diri sendiri.. aku masih cuba untuk melupakan segalanya dan fokus pada pelajaran.. insya allah aku blh lupakan dia.. dah dia xingt aku kan.. lagipun minggu ne aku akan kembali sibuk dengan tugasan-tugasan di pejabat.. jadi xde la aku akan terfikirkan dirinya nanti...