Isnin, 29 Jun 2009

sebuah perasaan..

apakah ertinya perasaan ini? aku tidak tahu.. aku terasa ingin sekali dekat dengannya, ingin disampingnya, ingin mendengar suaranya selalu, sentiasa tersenyum bila dapat sms drnya, hati jadi tak tenang, jantung berdegup dengan kencang.. perasaan kasih kah ini? atau cintakah namanya itu? aku termalu sendiri.. betulkah aku sedang di lamun cinta? seriuskah ini? aku tak tahu.. tapi kalau cinta aku jadi takut.. takut pada segala-galanya, takut pada kehilangan kemanisan cinta itu.. memang permulaan cinta itu manis tetapi lama kelamaan akan pudar.. itu yang aku tidak suka.. cinta biasanya begitu.. hanya hangat di permulaan tp makin lama makin kelam kerana tidak dibajai dengan kasih sayang.. betulkah itu? entah la.. bak kata orang langit xselalunya cerah.. dalam manis ada pahitnya.. itu la asam garam kehidupan.. adkh bila cinta senang dilafazkan akan senang dilupakan? betulkah begitu?

Sabtu, 27 Jun 2009

fikir-fikirkan lah..

dari pagi tadi aku cari idea untuk mengupdate blog ne tapi xada.. alih2 aku buka tv n tgk satu cerita yang menyayat hati.. nak tau tajuknya.. bukan ku pinta.. bila saya hayati cerita ne saya jadi sedih dan terfikir kenapa orang2 suka menghukum seseorang tu sebelum tahu kesilapan orang tu.. sebelum tahu kebenarannya.. saya juga sering macam tu .. xlari dari semua tu.. saya tau korang pembaca pun mesti pernah wat cam tu kan.. cuma kita tidak sedar.. bila kita sedar semuanya tiada guna.. menyesal pn xguna.. ibarat kata perpatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata padah nasibnya.. itu la kena berfikir dulu sebelum bercakap.. pandai jer nak nasihat orang.. saya pn apa kurangnya.. bukan nak nasihat orang tapi nak mengingati diri saya sendiri supaya jangan alpa ngan semua tu... sebab jika saya alpa saya akan jadi teruk .. dah xjadi manusia masa tu kerana manusia punyai akal yang waras untuk berfikir kan.. marah kalau dilayan akan merosakkan .. ianya hasutan syaitan.. eik camne lak blh menyimpang apa yang aku karang ne. tu la dok layan sms lagi kan idea dah lari.. hahahaha.. apa la aku ne.. ok berbalik pasal tadi.. cuba kita andaikan kita yang berada di tempat orang yang dihukum tu.. apa perasaan kita.. mesti kita rasa sedih kan .. apa tah lagi orang yang kita sayang kita turut menghukum kita bukan kerana kesalahan kita.. jadi bagaimanakah untuk kita mengatasinya? aku pn berfikir dan terus berfikir.. dan akhirnya aku berjumpa jawapananya.. aku rasa ini jer jawapan nya.. kita wat xtau jer.. sebab kebenaran itu akan muncul juga akhirnya.. kita tak perlu berbuat apa pun . kalau nak melenting pn tiada gunanya kerana orang akan ingat kita yang bersalah.. tp bagaimana pula dengan orang yang menghukum orang yang tak bersalah tu? tidakah kamu rasa bersalah dengan apa yang kamu lakukan.. dapatkah kamu hidup dengan tenang? kenapa mudah untuk menyalahkan seseorang itu tapi malu dan sukar untuk meminta maaf? dah tau kita melakukan kesalahn itu apa salahnya kita meminta maaf? tapi itulah yang terjadi dalam kehidupan masa kini.. cerita ku pinta pun telah berakhir.. tapi aku masih tidak tahu memberi tajuk apa kali ne atas apa yang aku karangkan.. entah la ketandusan idea agaknya.. itulah aku kan... nak sibuk mengarang naper.. kn dah xreti.. nak wat pepandai lak. cukup la kot nanti ada idea aku karang balik yer.. sesuai la kot title tu untuk topik ne.. klu xsesuai korang bg la pendapat yer.. hhahaaaa.. smileeeeeeeeeeeeee(<-:)

Khamis, 25 Jun 2009

secebis harapan...

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu TuhanTuhan......

kumengharapkan secebis harapan dari allah agar ku diberikan kebahagiaan yg kuimpikan.. ku hanya mampu berdoa agar apa yg ada sekarang ku hargai sebaik-baiknya.. kerana sukar untuk mendapatkannya..

Ahad, 21 Jun 2009

---- AKU HANYA SEORANG INSAN-------

aku sedar aku hanya seorang insan yang serba kekurangan.. insan yang kerdil di mata sesiapa pn.. aku xlayak dapat apa2 pn .. biarlah aku begini.. hidup dalam sepi.. tak perlu memujuk ku kerana ianya tidak akan berhasil.. telah ku biarkan hidupku ibarat mayat hidup semula.. hanya luaran gembira tp di hati hanya aku yang tahu.. biar la.. agak2nya blh jadi aku ne mayat yang hidup semula.. entah la.. cuba korang bygkan jika aku adalah mayat yang menghantui hidup kalian.. apa akan jadi agaknya... ahh semua tu hanya hayalan dalam igauan mimpi.. tiada yang benar.. tiada kaitan pun.. aku hanya merapu untuk menghilangkan kebosanan dan kemarahanku.. biar la... orang mesti ingt aku ne dah xbetul kan.. hahahaha... hidup kena gembira.. xleh sedih2.. kerana hidup hanya sementara.. entah esok entah lusa maut akan memanggilku menghadap allah..entah mungkin aku ne memang dah xbetul.. nak kena masuk tanjung rambutan agaknya.. biar aman hidup semua orang kan.. xkena kacau dengan aku.. teringat lak aku citer toyol.. entah la apa yang aku merepek ne.. aku bkn nak tarik perhatian sesiapa .. xada niat pn.. aku xperlukan simpati tu semua.. biasalah kekadang mood aku xok jadi mcm ne.. orang xkan faham aku kerana aku sendiri xfaham diri sendiri.. mesti korang gelak kn.. apa la aku ne diri sendiri pn xfaham.. biar la... aku hanya menunggu masa... buhbye(salam maaf dariku)

kemarahan

kenapa sifat amarah ku datang lagi.. dah lama aku kawal sikap marah ku supaya tidak panas baran tapi kenapa sekarang aku jadi pemarah lagi.. perubahan hormon kah itu? entah la .. yang pasti mood aku ngah xelok skrg.. sesape wat pasal ngan aku memang akan kena...kena debik ngan aku.. xtau la camne nak hlgkan kemarahan aku.. punca aku marah.. entah tiba2 jer aku rasa nak marah ne... jadi aku lepaskan geram kat sini daripada aku lepaskan marah kat orang lain nanti diaorg kecik hati ngan aku n xnak kawan ngan aku lak.. biasalah kn aku ne sapa jer di mata diaorg semua.. tunggul kayu agaknya.. atau bola.. atau apa2 jer yang blh diperlakukan sesuka hati.. sebab tu aku xnak ada perasaan macam ne.. aku dah mati.. mati untuk selama-lamanya... semuanya sebab salah aku sendiri... aku mati lagi baik dari menyusahkan orang kan.. biar semua orang puas hati, gembira bila aku xada jadi xada sapa nak kacau kehidupan mereka.. adanya aku hanya mengganggu ketenteraman mereka sahaja.. baik aku akan pergi dan jangan cari aku lagi.. semuanya yang aku karangkan atas dasar kemarahan semata-mata...arggggghhhhhhhhhh

Jumaat, 19 Jun 2009

menipu atau tertipu?




korang mesti pernah wat apa tajuk yang aku letak kat atas kan... sebab aku terkena ... kena tipu .. entah camne aku blh terfikir topik ini tapi ini semua sebagai peringatan kita bersama.. bohonglah kalau aku katakan aku tidak menipu.. biasalah semuanya pernah mengalami zaman budak2.. zaman remaja, alam dewasa, dan masa tua.. adakalanya dalam tidak sedar semua itu berlaku.. bila dah berlaku baru kita sedar.. itu lah manusia yang sering alpa.. aku mengambil masa yang lama utk sambg mengarang ne.. entah tiba2 semuanya jadi tepu.. mungkin sibuk ngan keja dan kuliahku.. entah la.. apa yang korang rasa jika menipu? dan apa yg korg rasa jika kena tipu? mana satu lagi sakit? hanya diri sendiri yang boleh tahu semua tu.. nilailah sendiri.. kalau yang buruk tu elakkan la.. xelok kan.. kenapa kita nak menipu? apa faedahnya? mungkin akn dapat apa yang korang inginkan tp tenteramkah hidup jika terus-terusan menipu.. ini kerana jika menipu sekali tidak mustahil akan menipu lagi.. kalau dulu cikgu selalu peringtkan "siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri".. fikirlah sendiri yer.. aku nak karang lebih2 kang ada yang terasa lak.. mohon maaf dipinta jika ada yang terasa... ini hanya peringatan pada diriku.. yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan ok.. -:>)

Khamis, 18 Jun 2009

kehilangan kedua...

kehilangan kedua.. aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat kerana salahku sendiri.. kenapa semua ini menimpaku.. tidakkah aku berhak untuk semua itu? aku dah mula sayang sahabat ini walaupun singkat perkenalan kami. perkenalan di alam maya sahaja.. belum pernah bersua muka.. aku selesa bersembang dengannya dan akhirnya dia melafazkan dia mencintaiku.. aku tergamam.. terkelu., tidak tahu menjawab apa kerana aku tidak menyangkakan semua ini akan berlaku sekali lagi.. dulu pernah juga berlaku sampai sahabat itu ingin mangambilku sebagai seorang isteri..aku tolak dan aku kehilangnya sampai skrg xtau apa yg terjadi padanya.. sekarang ianya berlaku lagi.. kenapa ianya berlaku lagi.. ini membuatkan diriku sedih dan menyalahkan diriku.. yang lebih menyedihkan lagi adalah dia ingin pergi meninggalkan malaysia bumi yang tercinta.. tidakkah dia terfikir keputusan yang dia buat akan membuat ramai yang sedih.. bukannya aku seorang yang sedih.. aku sedih tidak apa memang patut pn balasan pada diriku.. tidakkah dia memikirkan ayah, ibu, adik-adik, rakan taulan, sanak saudara? pastinya mereka lagi sedih dariku kerana berjauhan dengan anak yang mereka sayang.. seandainya mereka tau pemergian anak mereka kerana aku tidak membalas cinta anak mereka sudah pasti aku akan dipersalahkan.. sudah pasti aku akan dibenci, dihina, dikeji, dimarah dan macam2 lagi.. semuanya salahku ... semuanya kerana aku.. anak mereka membuat keputusan sebegitu.. apa yang patut aku buat bagi menghalang pemergiannya? aku xtau.. kenapa sahabat? kenapa kau buat aku mcm ne? kenapa aku akan kehilangan sahabat bila dah rapat? pada siapa harus aku mengadu.. pada siapa? hanya pada allah ku berdoa semoga dilapangkan dadanya.. sekarang fikirannya tengah bercelaru.. tengah kacau kerana diriku.. aku xnak dia menyesal di kemudian hari.. dia ada tanggungjawab sebagai seorang anak, sebagai seorang abang.. tidak ingtkah dia semua itu? aku akan menjadi lebih sedih bila terdengar lagu2 lama yang seolah-olah mempersendakanku.. bila aku sedih aku mula kuat makan.. aku mula menyibukkan diri dengan perkara yang entah apa2.. tapi mampukah aku menipu diriku.. hipokrit kah aku? egokah aku? kejam kah aku? kenapa semuanya berlaku pada diriku? arghhhhhhhhhhh....